Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Disember 2010

Aku dan Persiapan Naik Sekolah




Lagi seminggu sessi persekolahan baru akan bermula. Bagaimana dengan persiapan anak2 anda? Baju sekolah, beg sekolah, alat tulis, kasut, buku2, yuran2 dan yang penting sekali bagaimana dengan anak2 anda sendiri? Dah bersedia ke nak ke sekolah semula? Yang bersunat dah baik ke belum?

Tahun depan anak2 aku akan naik ke darjah 4, darjah 5 dan tingkatan 2. Segala persiapan emak mereka yang uruskan. Aku cuma keluar duit aje. Segala2nya mahal. Walaupun kerajaan kata free education, senarai yuran yang kena bayar pun masih panjang berjela. Contohnya di sekolah agama. Ada yuran khairat, yuran pusat sumber, yuran kokurikulum, yuran keceriaan, yuran badan kebajikan dan yuran motivasi. Nilainya memang tak banyak tapi aku tak nampak ke mana pergi duitnya. Sekolah agama mana ada perpustakaan? Mana ada aktiviti kokurikulum? Kalau nak buat aktiviti seperti majlis Maulidur Rasul, kutip yuran lagi. Nak buat majlis Sambutan Hari Raya, kutip yuran lagi. Tapi aku malas nak berkira sangat dah. Kira derma ikhlas untuk cikgu2 yang bersusah payah mengajar anak2ku sembahyang dan mengaji Quran.

Ada satu yang aku perhatikan. Tahun depan anak2ku langsung tak pakai baju putih dah. Yang sulung baju warna kuning sebab jadi pengawas. Yang tengah baju biru sebelah pagi dan merah di sebelah petang sebab kena jadi pengawas jugak. Yang bungsu pun baju biru dan hijau sebab jadi pengawas di sekolah pagi dan jadi ketua kelas di sekolah petang. Kan bagus camtu. Dulu masa aku jadi pengawas sekolah, baju masih putih. Seluar pun putih jugak. Jenuh emak aku nak membasuhnya. Kasut sekolah sekarang pun dah tak putih lagi. Semua pakai warna hitam sebab jadi pengawas. Lagi bagus. Tak payah susah2 nak cuci setiap hujung minggu.

Korang jangan tanya aku pasal buku dan yuran anak2 sebab semuanya aku serah bulat2 kat wife aku. Untung jadi orang lelaki ni ya?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan