Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Disember 2010

Aku dan Persiapan Naik Sekolah







Urusan pakaian sekolah, kasut, alat tulis, buku2 dan yuran semua wife aku boleh uruskan tetapi hal fesyen rambut dan hantar ke kedai gunting rambut, mati hidup balik mereka takkan pergi dengan emak mereka. Mereka nak jugak aku yang hantarkan. Sebabnya?

Hanya bapaknya yang tahu fesyen rambut anak2nya dan hanya bapaknya yang boleh supervised mamat2 warga India yang tak berapa fasih cakap melayu tu untuk potong macamana. Kalau pendek sangat, nanti merajuk bila sampai rumah. Kalau panjang sangat, nanti emaknya pulak yang marah2. Jadi kena adil. Tak boleh biar panjang sangat dan tak boleh pendek sangat. Kang ada yang segan tak nak ke sekolah pulak.

Kedai gunting ni memang favorite spot aku. Cuma tukang gunting yang biasa denganku bercuti sebulan balik kampung. Pening jugak nak cakap dengan mereka. Semua tukang gunting adalah diimport daripada India. Tak kira hari apa pun, kedai mesti bukak punya sebab mereka makan tidur di situ juga. Bayaran dikenakan adalah berpatutan dan servis mereka bagus. Daripada jauh mereka dah senyum dan menyapa kita. Begitu juga masa kita balik. Kalau boleh, pintu kereta pun mereka nak bukakkan.

Aku malas nak ke salon ataupun kedai2 gunting yang fancy2 tu. Bayarannya mahal dan suasananya terlalu moden. Eii! Tak sanggup aku nak suruh amoi2 comel2 dan seksi2 tu pegang rambut aku.

Apa yang aku melalutkan ni...


2 ulasan:

  1. Hahahahaha gatal jugak !
    Kemain amoi comel seksi !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ziarah.
      Terima kasih baca cerita2 merapu saya.

      Padam