Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Disember 2010

Aku dan Pop Kuiz

  1. Anda bercuti panjang selama seminggu di Kelantan. Atas faktor2 tertentu, awal pagi ini anda baru tiba daripada kampung sedangkan anda sepatutnya memulakan kerja pagi ini. Anda rasa tak larat nak bangun pagi dan hadir ke klinik. Layakkah anda mendapat MC hari ini?
  2. Anak kesayangan anda dah 3 hari dimasukkan ke wad kerana demam panas. Dah 3 hari isteri anda bercuti kerana menemankan anak di wad. Isteri menyuruh anda mengambil giliran menjaga anak pulak. Cuti tahun anda dah habis. Patutkah anda hadir ke klinik dan meminta MC semata2 untuk menjaga anak anda?
  3. Anda sedang bersiap2 untuk ke tempat kerja petang ini. Ketika anda masuk ke bilik air, entah kenapa pintu bilik air tidak boleh dibuka dan anda terkunci didalamnya. Tiada sesiapa di rumah ketika itu dan suami anda hanya pulang selepas jam 8 malam. Layakkah anda mendapat MC untuk hari tersebut?
  4. Cuti panjang persekolahan hampir berakhir. Persediaan sekolah anak2 perlu disiapkan. Peralatan sekolah, pakaian, kasut, beg dan yuran2 perlu diselesaikan sebelum sekolah bermula. Cuti tahun anda berbaki sedikit sahaja dan anda bercadang untuk menggunakannya kemudian hari. Patutkah anda ke klinik mengambil MC kerana nak pergi menguruskan keperluan anak2 anda?
  5. Anda telah membeli tiket bas untuk balik kampung hujung minggu ini. Pada awalnya cuti anda telah diluluskan tetapi dibatalkan disaat2 akhir oleh majikan anda. Patutkah anda ke klinik mengambil MC bagi menggantikan cuti anda yang dibatalkan itu?
  6. Jiran anda akan mengadakan majlis kenduri kahwin esok. Anda terlupa untuk memohon cuti lebih awal dan disaat2 akhir begini, cuti anda pasti tidak akan diluluskan. Bolehkah anda ke klinik untuk mendapatkan MC bagi membantu rewang di rumah jiran anda?
  7. Motosikal anda pancit ketika anda nak pergi kerja pagi ini. Kerana tiada pengangkutan lain, anda tak dapat nak ke tempat kerja. Selepas pukul 5 petang, barulah anda sampai ke klinik. Layakkah anda mendapat MC pada hari tersebut?
  8. Esok anda akan bercuti panjang di Kelantan. Pada mulanya anda ingin memandu kereta sendiri tetapi kawan2 anda mengajak anda berkongsi kereta. Malangnya mereka bercuti awal dan akan bertolak ke kampung hari ini juga. Patutkah anda singgah ke klinik terlebih dahulu untuk mendapatkan MC?
  9. Anda bekerja di sebuah kilang sebagai seorang Juruteknik. Anda mendapat tawaran untuk kerja dan gaji lebih besar di tempat lain. Anda dipanggil untuk menghadiri temuduga hari ini. Anda tidak berani mintak cuti dengan majikan anda semata2 nak pergi temuduga. Patutkah anda ke klinik selepas selesai menghadiri temuduga tersebut kerana anda nak MC pada hari tersebut?
  10. Rumah jiran anda terbakar malam tadi. Sepanjang malam anda sibuk membantu memunggah barang2 untuk diselamatkan. Pagi ini anda keletihan. Patutkah anda ke klinik untuk mendapatkan MC?

3 ulasan:

  1. Jawapan bagi pop kuiz 1-10 semuanya: TIDAK LAYAK untuk dapat MC. Hehehe...

    Sepatutnya doc diberi kuasa utk issue:
    1. MC
    2. Surat belas ikhsan yg membolehkan tidak dtg kerja.

    BalasPadam
  2. susahnya nak determine mereka layak atau tidak

    BalasPadam
  3. print out benda ni, bagi patient yg masuk baca dulu sebelum jumpa doktor, bagus jugak kan??? (plinggg.. tetiba keluar mentol kat atas kepala)

    BalasPadam