Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Disember 2010

Aku dan Saman Trafik


Anda memandu kenderaan?
Anda dah check berapa banyak saman tertunggak anda?
Masuk kali ini dah banyak kali kerajaan buat Cheap Sale Mega.
Mari! Mari! Mari! Bayar saman anda!
Ada diskaun 50 %.
Cepat! Cepat! Cepat!

Apa tujuan sebenarnya?
Nak cari dana untuk menyara perbelanjaan kerajaan?
Nak cari dana untuk pilihanraya umum yang bakal menjelang?
Atau nak mendidik masyarakat?
Atau nak tunjuk bahawa kerajaan kita prihatin dengan kesusahan kita?
Apa jadi dengan kempen pemanduan berhemah?
Bagaimana nak turunkan kadar kemalangan kalau kita boleh memandu sesuka hati?
Apa susah, kalau kena saman pun boleh tunggu waktu Cheap Sale Mega?

Dah lebih 15 tahun aku memandu.
Aku tak pernah kena saman.
Pemandu berhemah gitu.
Tapi wife tak bernasib baik.
Tengok saman yang aku check kat rilek
Pukul 8.12 pagi polis dah buat speed trap.
Hari Sabtu lak tu.
Itu bukan ke nak cari duit tu?
Masa tu wife ada exam di OUM Stulang.
Tu yang terlaju tu...
Selalunya wife aku bising kalau aku bawak laju sikit.
Tapi laju2 pun, aku tak pernah kena speed trap.
Ha ha ha. Siapa lagi cekap?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan