Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Disember 2010

Aku dan Menulis Surat Sokongan

Selepas 14 tahun jadi doktor cabuk ni, macam2 jenis manusia aku jumpa. Macam2 jenis permintaan aku kena tunaikan. Antaranya ialah menulis surat2 sokongan. Tak nak kerja sif malam, tak nak kerja dalam air cond, tak nak pergi kursus, tak nak buat OT hujung minggu dan sebagainya. Yang mintak surat supaya dapat parking kereta depan ofis pun ada.

Emak bapak yang mintak surat supaya anak tak payah aktif sukan pun ada. Kena semputlah, allergik dengan rumputlah. Yang mintak surat sokongan supaya anak dapat duduk depan kat kelas pun ada. Anak dah tinggi macam zirafah pun nak mintak duduk depan? Supaya lebih penumpuan katanya.

Ada juga mintak surat laporan perubatan untuk dapatkan pembantu rumah. Emak kat kampung sihat walafiat, disuruhnya tulis dah kena stroke dan kanser ke apa. Biar senang Imigresen nak luluskan permohonan mereka.

Hari ini ada satu Untie ni datang klinik. Dah lebih 5 tahun dia tak datang klinik aku. Pening kepala aku memikirkan permintaannya. Suami dia ada buat part-time jual barang2 direct selling. Disebabkan sale dia bagus dan capai target, boss dia beri dia tiket dan percutian percuma di Korea Utara ( Utara ke Selatan?). Suami dia tak nak pergi sebab sibuk dengan kerja dia. Jadi dia nak pindahkan hadiah tu kat untie nilah. Masalahnya, company dia nak surat menyatakan suami dia tu sakit dan tak boleh nak ke Korea. Dengan surat itu barulah tiket tu boleh dipindahmilik.

Pelik sungguh company ni. Polisi syarikat katanya. Untie ni suruh aku tulis suami dia ni tak tahan sejuk. Kan kat Korea ni tengah musim sejuk sekarang? Masalahnya suaminya ni langsung takda rekod denganku. Camna aku nak karang cerita?

Bulan lepas ada satu warga India buat medical check-up denganku. Dia datang dengan boss dia. Boss dia suruh aku gagalkan mamat India ni sebab dia tak nak kerja kat sini. Dia nak balik kampung. Biasanya aku terima permintaan mintak tolong lepaskan pemeriksaan FOMEMA, tapi kali ini terbalik pulak. Aku kena gagalkan dia supaya boss dapat mohon pengganti. Kalau dia hantar balik gitu sahaja, Imigresen pasti tak benarkan permohonan baru.

Bila semua dah selesai, boss dia datang balik jumpa aku. Dia kata mamat tu nak kerja kat sini pulak. Dia nak mintak aku tukar balik keputusan FOMEMA dia. Apa jadi seterusnya?

Aku pun pengsan....

2 ulasan:

  1. kihkihkih
    macam2 kan...
    kadang2 terpikir.. diorg ni ingat aku ni kerani ke apa???

    paling tension bila dah bagi referral letter.. 6 bulan kemudian dia datang balik.. 'dr, boleh tak tulis balik surat rujukan hari tu? yg dr bagi hari tu saya tak pegi ambik appointment la'

    BalasPadam
  2. Rajin awak layan macam2 permintaan tu ya. Customer always right ke?

    BalasPadam