Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Disember 2010

Aku dan Tips Mengurangkan Stress



Tip Kesihatan ni aku jumpa dalam diari lama aku. Aku tak tahu professor mana yang beri ni tapi ianya bagus dan boleh dipraktikkan. Tapi tak semualah. Ikut kesesuaian masing2.

Kalau hidup selalu tertekan:

1. Jangan minum kopi, Nescafe atau Tongkat Ali 5 dalam 1 banyak2. Nanti tak boleh tidur malam.

2.Mandi air suam? Yang ni aku tak pernah cuba kerana aku tak suka mandi air hangat atau panas. Walau sesejuk macamanapun, aku tetap pilih air paip jugak.

3.Kurangkan gula dalam minuman dan makanan.

4.Luahkan perasaan dengan menulis surat atau blog. Tapi jangan beri orang lain baca. Simpan atau delete.

5.Banyakkan senyuman dan sentiasa ingat kenangan2 manis. Semak entri blog yang lama2 dan tengok gambar2 masa pergi bercuti dulu.

6.Tumpukan perhatian pada pekerjaan? Mana boleh? Kalau dah tension, tutup kedai dan balik rumahlah.

7.Menangis memang boleh meredakan ketegangan. Aku sokong. Tapi janganlah tunjuk kat orangramai masa menangis. Hilang kejantanan korang.

8. Luangkan sedikit masa untuk berhibur setiap hari dengan menonton movie di Channel HBO HD jika ada. Kalau tak CD cetak rompak pun bolehlah.

9.Lakukan aktiviti yang boleh menggembirakan dan menimbulkan keceriaan seperti bermain dengan anak2, membelai kucing atau beri ikan kaloi makan. Juga boleh bawak famili keluar makan di restoran ataupun window shopping. Tapi ingat! tinggalkan kad kredit di rumah.

10. Sembahyang atau mengaji Quran pun boleh mengurangkan tekanan.

11. Balik kampung jumpa emak abah dan mintak restu mereka.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan