30 Disember 2010

Aku dan Ikan Bakar Sekinchan

Hari ini aku try resepi baru. Teringin nak makan Ikan Bakar Sekinchan yang mahal tu. Aku dapat cari resepinya kat internet. Banyak variasi. Jadi aku ubahsuai ikut selera aku. Nak cuba?

1. Ikan kembung segar dibelah dua dan bakar atas daun pisang. Tutup dengan sesuatu supaya cepat masak.

2. Kisar Cili kering, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan belacan.
3. Tumis hingga garing.
4. Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
5. Tutup api bila kuah jadi agak pekat.


6. Siramkan kuah ke atas ikan, perahkan limau dan makan semasa panas.
7. Ikan kembung boleh diganti dengan ikan2 lain seperti cencaru, pari, siakap dan jenahak.
8. Kalau sedap, lain kali boleh bakar lagi. Tak perlu susah2 nak pergi ke Sekinchan.

Aku gila kalender

1. Lekat kat dinding

2. Lekat kat pintu

3. Letak atas meja

4. letak atas akuarium

5. Letak atas modem Wifi

Aku dan persiapan sekolah(2)




Urusan pakaian sekolah, kasut, alat tulis, buku2 dan yuran semua wife aku boleh uruskan tetapi hal fesyen rambut dan hantar ke kedai gunting rambut, mati hidup balik mereka takkan pergi dengan emak mereka. Mereka nak jugak aku yang hantarkan. Sebabnya?

Hanya bapaknya yang tahu fesyen rambut anak2nya dan hanya bapaknya yang boleh supervised mamat2 warga India yang tak berapa fasih cakap melayu tu untuk potong macamana. Kalau pendek sangat, nanti merajuk bila sampai rumah. Kalau panjang sangat, nanti emaknya pulak yang marah2. Jadi kena adil. Tak boleh biar panjang sangat dan tak boleh pendek sangat. Kang ada yang segan tak nak ke sekolah pulak.

Kedai gunting ni memang favorite spot aku. Cuma tukang gunting yang biasa denganku bercuti sebulan balik kampung. Pening jugak nak cakap dengan mereka. Semua tukang gunting adalah diimport daripada India. Tak kira hari apa pun, kedai mesti bukak punya sebab mereka makan tidur di situ juga. Bayaran dikenakan adalah berpatutan dan servis mereka bagus. Daripada jauh mereka dah senyum dan menyapa kita. Begitu juga masa kita balik. Kalau boleh, pintu kereta pun mereka nak bukakkan.

Aku malas nak ke salon ataupun kedai2 gunting yang fancy2 tu. Bayarannya mahal dan suasananya terlalu moden. Eii! Tak sanggup aku nak suruh amoi2 comel2 dan seksi2 tu pegang rambut aku.

Apa yang aku melalutkan ni...

Aku tak boleh cuti...

TERKINI! SETELAH MENIMBANGKAN SEGALA CADANGAN, ULASAN, RAYUAN DAN JUGA MENGAMBILKIRA FAKTOR2 EKONOMI, SOSIOLOGI, GEOGRAFI DAN SEBAGAINYA, OFIS AKAN DITUTUP PADA JUMAAT, SABTU DAN AHAD. OFIS AKAN DIBUKA SEMULA TAHUN DEPAN. TERIMA KASIH.


Penyokong kita...

Pasukan kita...

Hero kita...

Najib declares Friday a holiday

KUALA LUMPUR: Tomorrow has been de-clared a public holiday to celebrate Malay-sia’s first ever victory in the Asean Football Federation (AFF) Suzuki Cup championship. The Prime Minister made the announcement last night. Datuk Seri Najib Tun Razak also congratulated the Malaysian football team for making the country proud.

“Well done, Malaysian Tigers! You played well as a team and have made your country very proud. Congratulations!” Najib wrote in his Twitter yesterday.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin also praised the team, saying: “The victory proves that nothing is impossible if we truly want to win.”

MCA president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek said the victory was a timely boost to Malaysian football and all Malaysians were united in cheering the team.

Aku kalah tapi tetap juara!

Indonesia Menang, tapi Tak Juara

AFP PHOTO/BAY ISMOYO

JAKARTA, KOMPAS.com — Kesebelasan nasional Indonesia mampu menang 2-1 atas Malaysia pada laga final kedua Piala AFF 2010 di Gelora Bung Karno, Rabu (29/12/2010). Indonesia pun mengakhiri turnamen sebagai runner-up, mengingat mereka kalah 0-3 pada laga pertama, Minggu (26/12/2010).

Bermain sebagai tuan rumah dengan kewajiban menang 4-0, Indonesia tampil agresif sejak menit awal. Sayang, usaha itu tak diimbangi dengan ketenangan dan fokus tinggi. Pada momen-momen krusial, Indonesia kerap melakukan kesalahan umpan atau terburu-buru melakukan eksekusi. Di tengah kesulitan itu, Indonesia mendapat hadiah penalti, menyusul handsball yang dilakukan Mohd Sabre bin Mat Abu pada menit ke-18. Firman Utina yang dipercaya mengeksekusi bola mengirimnya secara akurat ke sudut kiri bawah gawang. Sayangnya, tendangan terlalu lemah sehingga bola mudah ditangkap Khairul Fahmi.

Setelah penalti itu, Malaysia mencoba bangkit. Melalui Mohamad Ashari bin Samsudin, mereka hampir saja mencetak gol pada menit ke-20. Untung saja, Markus Horison masih mampu menepis tembakan akurat Ashari. Indonesia mencoba membalas. Namun, belum lagi mampu menciptakan ancaman serius, Indonesia kembali terancam kebobolan pada menit ke-32. Saat itu, Mohd Safee bin Mohd Sali berhasil masuk kotak penalti dan menembakkan bola, yang melenceng dari sasaran.

Ancaman itu dibalas Indonesia dengan sejumlah serbuan yang tuntas dengan eksekusi. Namun, Malaysia mampu menghindarinya sampai peluit turun minum berbunyi, dengan skor 0-0 tertera di papan skor. Permainan tak banyak berubah pada babak kedua. Indonesia masih lebih dominan dalam penguasaan bola dan serangan, tetapi masih bermasalah dengan sentuhan akhir, baik saat mengumpan maupun menembak.

Masalah itu belum selesai ketika Malaysia malah mampu unggul 1-0 berkat gol Mohd Safee pada menit ke-54. Dalam sebuah serangan balik, Safee berhasil menguasai sebuah umpan terobosan dan menggiringnya melewati duo Maman dan Hamka sebelum melepaskan tendangan keras dari tengah kotak penalti, yang mendesak jaring dalam gawang Markus Horison. Setelah itu, Indonesia mengalami penurunan performa. Untuk mengatasi hal itu, pelatih Alfred Riedl menarik Firman Utina dan Irfan Bachdim, lalu memasukkan Eka Ramdani dan Bambang Pamungkas pada menit ke-58.

Perubahan itu perlahan menaikkan kualitas permainan Indonesia, sampai akhirnya bisa menyamakan kedudukan berkat gol Muhammad Nasuha pada menit ke-73. Memanfaatkan bola muntah hasil tembakan Ahmad Bustomi yang ditepis Khairul Fahmi, Muhammad Nasuha membobol gawang Malaysia. Gol itu semakin mendongkrak kepercayaan diri Indonesia. Mereka terus berusaha mencetak gol pada waktu tersisa. Setelah berjuang hingga menit ke-85, Indonesia berhasil mengungguli Malaysia berkat tembakan Muhammad Ridwan.

Menguasai bola di luar kotak penalti, ia menggiring bola sebelum menembakkannya. Bola sempat membentur pemain lawan sebelum mendesak jaring gawang tim tamu. Pada waktu tersisa, permainan berlangsung semakin sengit. Sementara Indonesia masih mengejar gol, Malaysia juga mencoba memberikan tekanan untuk mengurangi ancaman Indonesia.

Sejumlah situasi berbahaya menghinggapi kedua kubu. Namun, sampai peluit berbunyi panjang, papan skor tetap menunjukkan angka 2-1. (*)

Susunan pemain:
Indonesia:
Markus Harison; Mohammad Nasuha, M Ridwan, Hamka Hamzah, Zulkifli Syukur, Maman Abdurachman, Arif Suyono (Tony Sutjipto 71), Firman Utina (Eka Ramdani 58), Ahmad Bustomi, Irfan Bachdim (Bambang Pamungkas 58), Cristian Gonzales

Malaysia: Khairul Fahmi bin Che Mat; Mohd Sabre bin Mat Abu, Mohd Asraruddin Putra, Safiq bin Rahim, Norshahrul Idlan bin Talaha, Mohd Safee bin Mohd Sali (Izzaq 87), Amar bin Rohidian, Kunanlan Subramaniam, Mohamad Muslim bin Ahmad, Mohamad Ashari bin Samsudin, Mohd Fadli bin Mohd Shas.

Aku dan tip kesihatan


Tip Kesihatan ni aku jumpa dalam diari lama aku. Aku tak tahu professor mana yang beri ni tapi ianya bagus dan boleh dipraktikkan. Tapi tak semualah. Ikut kesesuaian masing2.

Kalau hidup selalu tertekan:
1. Jangan minum kopi, Nescafe atau Tongkat Ali 5 dalam 1 banyak2. Nanti tak boleh tidur malam.
2.Mandi air suam? Yang ni aku tak pernah cuba kerana aku tak suka mandi air hangat atau panas. Walau sesejuk macamanapun, aku tetap pilih air paip jugak.
3.Kurangkan gula dalam minuman dan makanan.
4.Luahkan perasaan dengan menulis surat atau blog. Tapi jangan beri orang lain baca. Simpan atau delete.
5.Banyakkan senyuman dan sentiasa ingat kenangan2 manis. Semak entri blog yang lama2 dan tengok gambar2 masa pergi bercuti dulu.
6.Tumpukan perhatian pada pekerjaan? Mana boleh? Kalau dah tension, tutup kedai dan balik rumahlah.
7.Menangis memang boleh meredakan ketegangan. Aku sokong. Tapi janganlah tunjuk kat orangramai masa menangis. Hilang kejantanan korang.
8. Luangkan sedikit masa untuk berhibur setiap hari dengan menonton movie di Channel HBO HD jika ada. Kalau tak CD cetak rompak pun bolehlah.
9.Lakukan aktiviti yang boleh menggembirakan dan menimbulkan keceriaan seperti bermain dengan anak2, membelai kucing atau beri ikan kaloi makan. Juga boleh bawak famili keluar makan di restoran ataupun window shopping. Tapi ingat! tinggalkan kad kredit di rumah.
10. Sembahyang atau mengaji Quran pun boleh mengurangkan tekanan.
11. Balik kampung jumpa emak abah dan mintak restu mereka.

29 Disember 2010

Kucingku Castelloku





Aku sokong team Malaysia(5)



Demi pasukan Malaysia,
aku sanggup angkat tv yang berat tu ke klinik.
Demi nak tengok pasukan Malaysia main bola,
aku hantar mesin ultrasound aku untuk servis.
Malangnya,
antenanya tak cukup panjang.
Cuma dapat tengok tv3 aje.
Dapatlah tengok Indiana Jones yang belum lagi tua.
Bosannya...

Aku sokong team Malaysia(4)

Lirik lagu ini dah cukup menggambarkan segala2nya. Tahniah pasukan Malaysia.

Aku dan azam 2011


Upgrade ke ACR 50.
Daripada 'mata sepet' ke 'mata ninja'.
Kita mula dengan berangan2 dulu.
Lepas tu tanamkan azam.
Capai ke tidak lain cerita...

Aku dan diari lama(2)


Ini entri aku tulis pada 9 Disember 1995 bila pasukan bola sepak Malaysia kalah teruk di Sukan SEA Chiang Mai, Thailand. Semoga aku tak perlu menulis kembali hal2 negatif pasal pasukan Malaysia di masa akan datang.

Semoga Malaysia menang lagi malam ini. Malaysia Boleh!

Aku dan diari lama

Ini buku diari lamaku. Yang ke tiga rasanya selepas 2 lagi buku dah penuh. Masa ni aku di Tahun ke 4 Medik UM. Sekitar 1995 iaitu kira2 15 tahun yang lalu. Bila baca balik, rasa benda2 yang aku alami tu baru aje berlalu. Syahdu beb...


Bermula 1995 hingga aku jadi Houseman di Hospital Muar. Bila aku pindah ke Johor Bahru, aku berhenti tulis diari.

Tiket bas SKS KL-Seremban pun aku masih simpan. Sekarang tak tahulah berapa harga tiketnya.

Tiket wayang pun ada. No 118 itu bermakna kali ke 118 aku pergi tengok wayang sepanjang 7 tahun aku di Kuala Lumpur. Masa tu tiket kelas satu baru RM4.50. Masuk panggung tengok midnight pukul 11 malam dan balik ke kampus pukul 2 pagi. Apa aku kisah, aku bukan bawak awek pun. Semuanya kawan lelaki. Jemie, Ezanee, Fatahul, Neil, Tengku, Jeri dan Man Cina. Mana semuanya pergi sekarang agaknya ye?

Ini tiket bas nak balik JB. Paling best memang Ekspres Nasionallah sebab basnya baru2, air condnya sejuk dan selalunya ada tayang movie sepanjang jalan. Cerita2 P. Ramlee yang paling best.

Aku rindu saat2 itu. Walaupun duit selalu takda dan tahap pokai memanjang, hatiku senang.

Aku dan Police Brutality?

Nak percaya ke tidak? Ada duit cash 13 ribu tapi tak mampu nak bayar road tax? Pukul 11 malam pun berani bawak cash 13 ribu? Kerja buat frame gambar aje tapi duduk kat Tropicana? Kalau aku jadi polis pun, aku nak tahu jugak apa kejadahnya bawak duit banyak2 malam2 buta begitu? Rasanya mamat ni pun tak pandai sangat cakap Melayu. Aku tak tengok warna kulit tapi sebagai rakyat Malaysia, hormatilah undang2 negara sendiri. Duit banyak pun, road tax tu bayarlah...

p.s Aku masih yakin dengan polis kita.

Assaulted trader wants justice

By WONG PEK MEI and STEVEN CHIEW
newsdesk@thestar.com.my

KUALA LUMPUR: Businessman Chia Buang Hing, who recently alleged that he had been assaulted by police after being stopped for not having a valid road tax, says he does not harbour any ill-feeling towards the officers. However, he said, justice must be done.

“I would rather die than be defamed,” said Chia, who broke down yesterday when saying that his reputation and business had suffered from the alleged police brutality.

I am just an ordinary citizen with no political background." ( ...)

Emotional: Bruised Chia in tears during the press conference in Kuala Lumpur Monday.

I cannot imagine that the police would torture me just because I refused to pay a bribe for an expired road tax,” said the 34-year-old Chia, who hails from Tanjung Sepat and runs a photo frame business.

Chia was speaking to reporters in Mandarin at a press conference where Segambut MP Lim Lip Eng acted as interpreter. He had claimed that on Dec 18, he was beaten up by a few policemen, who also “took” away RM13,000 after they stopped him at a roadblock while he was on his way to Kota Damansara from his home in Tropicana at 11pm. He further alleged that he was also assaulted while in police custody from Dec 19 to Dec 22.

When in custody, Chia claimed the policemen ordered him to make a false report that he had been injured in a car accident and that, if he refused, they would plant a blood-stained parang or drugs in his car. Chia, who was remanded for four days, was released on bail on Dec 22. He lodged a police report the next day.

During the press conference yesterday, he denied having any drugs or parang during the incident, and claimed the police did not inform him that he could lodge a police report while in the lock-up. Chia’s lawyer Marcus Tan, who was also at the press conference, said he was not allowed to meet Chia until Dec 20, and said no civil suit had been filed yet against the police. Lim said he wanted the Shah Alam police to handle the case as they did not have confidence in the Petaling Jaya police.

In PETALING JAYA, the two constables detained in connection with Chia’s assault were released after an application for their remand was denied by the magistrate’s court registrar yesterday. One of the constable’s defence counsel Suraj Singh said registrar Zalina Ahmad Rani rejected a seven-day remand order following his objection that an investigation must be conducted first before they are detained. The two constables were arrested on Sunday after Chia picked them out among six suspects lined up at the Petaling Jaya police headquarters here on Saturday.

Aku, MCO dan Private Specialists

Dalam perubatan, 1+1 tak semestinya 2. Itulah nasihat seorang professor masa aku student dulu yang aku pegang sampai sekarang. Setiap pesakit adalah unik dan perawatan serta proses penyembuhan adalah berbeza antara satu sama lain. Aku tak nafikan bahawa ada sesetengah hospital yang buat ujian2 tak perlu kepada seseorang pesakit tetapi kadang2 susah nak menyakinkan pesakit terutamanya yang hypochondriac.

Bila seorang lelaki berumur 30 tahun datang mengadu sakit dada dan takut dia mungkin sakit jantung, apa yang perlu dibuat? Setelah mengambil sejarah dia, anda pasti ianya adalah sakit2 biasa sahaja tetapi kadang2 anda susah nak menghilangkan kerisauan dia. Kalau kita tak buat ECG kat dia, dia takkan rasa senang hati dan pasti akan ke klinik lain untuk buat ECG untuk menyedapkan hatinya. Mungkin ada doktor lain yang lebih berpengalaman merasakan dia perlu buat Stress Test dan complete blood test untuk pengesahan. Manalah kita tahu kan? Adakalanya dia masih tak puashati dan meminta dirujuk ke klinik pakar kerana dia ada Medical Card. Tapi kalau Specialist terus direct buat Angiogram ataupun sengaja nak buat Echocardiogram, itu dah melampau dah...

Susah beb nak buat keputusan...

Watch on errant hospitals

By ISABELLE LAI
isabellelai@thestar.com.my

PETALING JAYA: Private hospitals will be monitored to ensure that they do not put patients through unnecessary procedures just because they have medical insurance, said Health Ministry director-general Tan Sri Dr Ismail Merican.

“The ministry will continuously direct private hospitals, managed care organisations (MCO), insurance companies and other interested parties to ensure that the cost of healthcare is reasonable, detailed and transparent.

“This will help patients make informed decisions on getting treatment as they will be more aware of the charges that will be incurred,” he said in a statement here yesterday.

He said the ministry would also look at ways to address the discrepancies between charges for self-paying patients and those with insurance policies as this problem had also contributed to overall healthcare costs. He said the problem was also compounded by some private hospitals being pressured by their shareholders to charge more to fulfil their key performance index.

His statement came following a meeting last Friday with the Association of Private Hospitals Malaysia, Malaysian Medical Asso­ciation, Malaysian Medical Council, hospital chief executive officers, private hospital and MCO representatives, insurance companies and several healthcare professional groups and independent professionals.

“The purpose of the meeting was to explore ways of curbing increasing private healthcare costs,” said Dr Ismail, adding that several points were agreed upon, including making insurance policy holders aware of the medical coverage they were entitled to. Hospitals, he said, must also inform patients about all professional and potential charges before they were admitted or treated.

He said it was also agreed that MCOs must not interfere with the clinical judgment management of patients by medical practitioners, including by general medical practitioners.

Aku dan Saman Trafik


Anda memandu kenderaan?
Anda dah check berapa banyak saman tertunggak anda?
Masuk kali ini dah banyak kali kerajaan buat Cheap Sale Mega.
Mari! Mari! Mari! Bayar saman anda!
Ada diskaun 50 %.
Cepat! Cepat! Cepat!

Apa tujuan sebenarnya?
Nak cari dana untuk menyara perbelanjaan kerajaan?
Nak cari dana untuk pilihanraya umum yang bakal menjelang?
Atau nak mendidik masyarakat?
Atau nak tunjuk bahawa kerajaan kita prihatin dengan kesusahan kita?
Apa jadi dengan kempen pemanduan berhemah?
Bagaimana nak turunkan kadar kemalangan kalau kita boleh memandu sesuka hati?
Apa susah, kalau kena saman pun boleh tunggu waktu Cheap Sale Mega?

Dah lebih 15 tahun aku memandu.
Aku tak pernah kena saman.
Pemandu berhemah gitu.
Tapi wife tak bernasib baik.
Tengok saman yang aku check kat rilek
Pukul 8.12 pagi polis dah buat speed trap.
Hari Sabtu lak tu.
Itu bukan ke nak cari duit tu?
Masa tu wife ada exam di OUM Stulang.
Tu yang terlaju tu...
Selalunya wife aku bising kalau aku bawak laju sikit.
Tapi laju2 pun, aku tak pernah kena speed trap.
Ha ha ha. Siapa lagi cekap?

28 Disember 2010

Aku dan persiapan sekolah




Lagi seminggu sessi persekolahan baru akan bermula. Bagaimana dengan persiapan anak2 anda? Baju sekolah, beg sekolah, alat tulis, kasut, buku2, yuran2 dan yang penting sekali bagaimana dengan anak2 anda sendiri? Dah bersedia ke nak ke sekolah semula? Yang bersunat dah baik ke belum?

Tahun depan anak2 aku akan naik ke darjah 4, darjah 5 dan tingkatan 2. Segala persiapan emak mereka yang uruskan. Aku cuma keluar duit aje. Segala2nya mahal. Walaupun kerajaan kata free education, senarai yuran yang kena bayar pun masih panjang berjela. Contohnya di sekolah agama. Ada yuran khairat, yuran pusat sumber, yuran kokurikulum, yuran keceriaan, yuran badan kebajikan dan yuran motivasi. Nilainya memang tak banyak tapi aku tak nampak ke mana pergi duitnya. Sekolah agama mana ada perpustakaan? Mana ada aktiviti kokurikulum? Kalau nak buat aktiviti seperti majlis Maulidur Rasul, kutip yuran lagi. Nak buat majlis Sambutan Hari Raya, kutip yuran lagi. Tapi aku malas nak berkira sangat dah. Kira derma ikhlas untuk cikgu2 yang bersusah payah mengajar anak2ku sembahyang dan mengaji Quran.

Ada satu yang aku perhatikan. Tahun depan anak2ku langsung tak pakai baju putih dah. Yang sulung baju warna kuning sebab jadi pengawas. Yang tengah baju biru sebelah pagi dan merah di sebelah petang sebab kena jadi pengawas jugak. Yang bungsu pun baju biru dan hijau sebab jadi pengawas di sekolah pagi dan jadi ketua kelas di sekolah petang. Kan bagus camtu. Dulu masa aku jadi pengawas sekolah, baju masih putih. Seluar pun putih jugak. Jenuh emak aku nak membasuhnya. Kasut sekolah sekarang pun dah tak putih lagi. Semua pakai warna hitam sebab jadi pengawas. Lagi bagus. Tak payah susah2 nak cuci setiap hujung minggu.

Korang jangan tanya aku pasal buku dan yuran anak2 sebab semuanya aku serah bulat2 kat wife aku. Untung jadi orang lelaki ni ya?

Aku dan hobiku(2)







Koleksi mainanku dah memenuhi 70% daripada ruang almariku.
Masih ada ruang lagi untuk aku menambah koleksiku.

Kucingku beranak lagi...




Castelloku beranak lagi untuk kali ke-2 semalam. Kali ini dia lebih pengalaman. Anak2nya dijaga cukup rapi. Tengok muka dan bulunya. Bersih. Aku dan booking yang hitam tu. Yang lain2 aku nak serah kat orang lain.

Buat masa ini aku tak pasti lagi jantina masing2. Tapi rasanya bapak dia memang baka Persian. Tempahan dibuka sekarang. Harga boleh dirundingkan. Ala, harga kawan2 gitu...Dapat lepas duit beli makanan, beli susu dan pasir cukuplah.

Sekarang ni Chomelku pun tengah sarat mengandung jugak. Rasanya sebelum tahun baru beranak lagi dia. Ini dah kali ke empat dia beranak. Aku dah tak risau pasal dia. Cuma, aku dah larat nak menolong menjaganya.

27 Disember 2010

Aku sokong team Malaysia(3)

Malaysia main ngelat ke? Aku rasa tidak. Aku cukup bangga dengan pasukanku walaupun Indonesia macam tak puashati aje kena 0-3 semalam. Apa2pun, piala dah ada dalam genggaman. Rabu ni Malaysia main 5-5-1 pun takpa. Semua nak main defence pun boleh. Kalah 2-0 pun takpa ( tapi tak patutlah kalau kalah kan?). Yang penting piala tu dah kita punya. Hidup Malaysia!

p.s Walaupun hari ini hari Isnin, mood aku cukup baik. Patient ramai pun aku happy aje. Takda seorang pun yang kena marah dengan aku hari ini. Malam Rabu ni tutup kedai. Tengok bola lagi...


KUALA LUMPUR, Malaysia (AP)—Furious Indonesians have flooded Twitter with accusations that Malaysia unfairly won a key regional football match after fans in Kuala Lumpur apparently distracted Indonesian players with laser beams.

At least four of the top 10 words and phrases most popularly used on the social network site were linked to tirades against Malaysia soon after the home team beat Indonesia 3-0 Sunday night in the first leg of the ASEAN Football Federation Cup final.

For nearly an hour, “malaysiacheatlaser” ranked No. 1 on Twitter’s global “Trending Topics” chart. Other phrases used were “Use Laser,” “Curang,” which is Indonesian for “cheat,” and “Support Garuda,” a reference to the Indonesian squad.

The match was halted for five minutes shortly after halftime when Indonesia’s goalkeeper and another player complained that bright green lights were directed at them from laser pens used by an unidentified few among the 85,000-strong crowd at the Bukit Jalil Stadium in Malaysia’s largest city.

Officials then warned fans to stop using laser pointers. All of Malaysia’s goals came later between the 61st and 73rd minutes.

Many Malaysians were quick to defend their team, saying there were no beams shone on the field during those 12 minutes of goal scoring.

“NONE of the 3 goals had anything to do with (cheating). It had to do with a weak Indonesian defense," Khairy Jamaluddin, a prominent Malaysian government politician and former deputy president of Malaysia’s football association, wrote on Twitter.

But Malaysians were no match for the Indonesians online. Indonesia, which has a population of nearly 240 million people compared to Malaysia’s 28 million, boasts Asia’s largest numbers of Twitter users by country.

Responding to the laser controversy, Indonesian President Susilo Bambang Yudhoyono told the official Antara news agency he hoped Indonesian fans attending the match would support fair play and “not be like Malaysia.”

The second leg of the final will be played Wednesday in Jakarta.

26 Disember 2010

Aku sokong team Malaysia(2)



Lama tak merasa keseronokkan menonton bolasepak. Team Malaysia pulak tu. Stadium penuh sesak. Pemain main bagus dan bersungguh2. Aku jangkakan boleh score 2 tapi dapat 3. Mungkin boleh dapat 4 kalau pengadil bagi tendangan penalti bila Kunalan dijatuhkan. Tahniah Malaysia. Aku cukup bangga dengan kejayaanmu.

"Esok takda cuti istimewa ke boss?" mungkin itulah persoalan sesetengah penyokong Malaysia. Kalau ada cuti kan bagus ye?

Peluang Indonesia Juarai Piala AFF Sangat Tipis


[BUKIT JALIL] Peluang Indonesia untuk memenangi Piala AFF Suzuki 2010 samakin tipis setelah kalah 0-3 dari Malaysia di Stadion Bukit Jalil, Malaysia pada leg pertama final Piala AFF Suzuki 2010, Minggu (26/12). Pada leg kedua di Stadion Gelora Bung Karno pada 29 Desember mendatang, Indonesia harus unggul lebih dari 3 gol atau minimal tiga gol tanpa balas untuk mendapat adu tendangan penalti.

Tetapi untuk itu Indonesia harus bekerja keras mencari strategi terbaik untuk menjinakkan Malaysia di kandang sendiri. Wasit pada laga asal Jepang pada laga itu sempat menghentikan sementara laga final Piala AFF Suzuki 2010 karena ada sinar laser. Bermula dari ketika Malaysia mengambil tindakan tendangan bebas di luar garis 16 wilayah pertahanan Indonesia. Tetapi sinar laser menyasar penjaga gawang Indonesia.

Tidak hanya itu, petasan terus membahana di Stadion Bukit Jalil. Akibatnya, wasit menghentikan sementara pertandingan. Hingga berita ini diturunkan, pertandingan belum dilangsungkan lagi. Sementara itu, pada awal babak kedua, Christian Gonzales berhasil menjebol gawang Malaysia. Sayang gol itu dianulir oleh wasit karena Gonzales sudah terlebih dahulu terjebak off side.

Gol itu tercipta bermula dari umpan silang Firman Utina. Sebelum bola itu sampai ke Gonzales, sempat menyentuh kepala pemain Indonesia terlebih dahulu. Sontekan kaki kiri Gonzales menyusur tanah dan ditempatkan di pojok kanan gawang Malaysia. Tetapi wasit menganulir gol tersebut. Selepas gol yang dianulir itu, pemain tengah Indonesia mencoba menembak langsung, tapi sayang bola itu jatuh di pelukan penjaga gawang Malaysia.

Di cilok dari suarapembaruan.com

Aku dan kasut sekolah





Malam tadi ada Cerekarama 'Kasut' di TV3. Memang kena dengan masanya bila budak2 sekolah sedang sibuk membuat persiapan untuk kembali ke sekolah minggu depan. Cerita pasal kasut ni bukan pertama kali aku tengok. Ada satu filem daripada negara Iran " Children of Heaven" yang juga bercerita pasal kasut sekolah. Filem itu kemudian dibuat semula oleh Jack Neo yang famous tu daripada Singapura tetapi ditukar tajuknya menjadi "Homerun". Baca di sini untuk kisah selanjutnya. Memang tragis bila sepasang kasut dikongsi 2 beradik. Kasutnya pun dah buruk sangat dah. Dah layak dibakul sampahkan. Tapi disebabkan kemiskinan, ianya tetap dipakai jugak.

Anak2 sekarang sangat beruntung. Setiap kali awal tahun nak naik sekolah, masing2 dapat dua pasang kasut baru. Kasut jenama biasa2 yang murah2 dan boleh dapat di kedai Bata atau kedai apek sebelah pasar mereka tak nak. Nak beli kat kedai besar2. Nak jenis Converse atau Everlast dengan tapak merah. Sepasang dah seratus lebih. Kasut2 harga RM29.90 dan ke bawah tak cukup best. Tak cukup glamour nanti. Apatahlagi kalau yang berharga RM8.00 seperti dalam Cerekarama semalam. Mati hidup balik pun takkan pakai punya.

Zaman aku sekolah rendah dulu pun, aku pernah mengalaminya juga. Sepanjang tahun cuma ada kasut sepasang aje. Kalau musim hujan atau banjir, kasut siap letak atas tungku kayu supaya cepat kering. Kalau tak sempat kering, kenalah pakai jugak sebab takda pilihan. Masuk sekolah menengah, dapatlah kasut 2 pasang untuk digilir2kan memakainya. Masa tu budak2 yang ada2 pakai kasut Warrior tapak merah. Aku masih pakai Fong Keong biasa aje. Selain kasut sekolah, kasut itulah kasut raya juga kasut untuk jalan2. Jangan harap nak ada kasut sukan Nike untuk jogging, boot Adidas untuk main bola, kasut kulit untuk jalan2, sandal Converse untuk bersantai dan sebagainya.

Apa2pun, zaman susahku dah berlalu. Aku harap anak2ku tak perlu melaluinya.