Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

Aku dan RHB Cawangan Senai

RHB Senai.
Antara tempat terakhir yang aku akan pergi.
Pergi bawa masalah.
Balik pun bawa masalah.
Ini kali ke tiga dalam masa 2 tahun aku datang.
Dah 2 tahun aku tak dapat statement pinjaman rumah aku.
Dah 2 kali aku isi borang tukar alamat.
Tapi tak juganya sampai kat aku.

Pinjaman rumahku dah berusia lebih 10 tahun.
Namun macam tak berkurangan.
Dulu kata kalau bayar lebih,
lebihan akan ditolak ke pokok.
Kali ini jawapannya lain pulak.
Aku ambik jenis konvensional bukannya islamik.
Bayaran lebih akan disimpan (!),
dan diforward ke instalment akan datang (!).
Pokok tetap sama, bunga pun tetap sama.
Sekarang aku dah terlebih bayar sampai bulan 4 tahun depan.
Kalau aku nak bayar habis dalam tempoh 5 tahun ini,
aku kena denda dan bayar ekstra 3,500 (!).
Haram jadah betul.

13 tahun yang lalu,
aku tak tahu apa2 pasal pinjaman perumahan.
Yang aku tahu nak interest rendah dan bayar kurang.
Islamik ke konvensional aku peduli apa?
Jahilnya aku masa itu.
Aku ada juga bertanya pegawai2 tu,
tet…

Aku dan Tentang Dhia

Seperti sedia maklum,
aku jarang tengok drama2 bersiri.
Panjang meleret2.
Setiap 10 minit break untuk iklan.
Tetapi kalau setiap hari
emak dan anak2 berlonggok depan tv,
makan malam depan tv,
sembahyang Maghrib depan tv,
mengaji Quran depan tv,
bersenam pun depan tv,
aku pun terpaksa masuk kelab.
Tentang Dhia ceritanya.
Kisah moden.
Kisah anak orang ada2.
Kisah ibu mertua.
Walaupun dah kaya dan moden,
nasib anak2 bukan Tuhan yang tentukan.
Bomoh Pak Boon yang tentukan.
Aku tak nak komen jalan ceritanya.
Tapi aku tak puashati sangat2 dengan penutupnya.
Akhirannya tak happy ending.
Aku nak tengok pembalasan kat emak mertuanya itu.
Mati muntah darah ke,
Kubur tak nak terima ke,
macam cerita Tanah Kubur tu.
Barulah puashati sikit.
Tapi aku bukan pengarahnya.
Terima ajelah seadanya.

Klik sini untuk pendapat peribadiku tentang drama Melayu.



Aku beremosi bila...

Aku beremosi bila...
Sahabat lama mula aktif dengan politik.
Pagi2 lagi dah hantar SMS.
Nak kena jumpa VVIP.
Ada urusan politik.
Urgent.
Nak mohon cuti tak sempat.
Nak mintak tolong tuliskan MC sehari.

Aku beremosi bila...
Lepas sebulan baru dia datang.
Menagih MC yang entah bila aku pun dah lupa.
Maklumlah ahli politik.
Sibuk dengan urusan melihat kawasan.
Padahal klinik hanya di depan mata.

Aku beremosi bila...
Hari2 cuti pun ada sahabat call.
Bukannya bertanya khabar berita.
Tanya kenapa tak bukak klinik.
Bukannya apa.
Nak ambik MC untuk anak.
Ada urusan peribadi di Kuala Lumpur.

Aku beremosi bila...
Lepas 2-3 hari anaknya datang ke klinik.
Menagih MC yang dipohon.
Ayah cuma berkirim salam.
Sambil berterima kasih diangin lalu.

Inilah sahabat zaman sekarang.
Hanya ingat aku bila perlukan MC.
Langsung tak ingat bila hari raya.
Langsung tak ingat bila buat rumah terbuka.
Langsung tak ingat bila dah kaya.
Langsung tak ingat bila dah berkuasa.
Aku sangat beremosi hari ini.


Aku Dah Semakin Bosan...

RM20,000 fine for leaking infoBy YEE XIANG YUN
xiangyun@thestar.com.my JOHOR BARU: A former Iskandar Investment Bhd (IIB) senior vice-president was slapped with a RM20,000 fine by a High Court here for abusing his position when he leaked information about the tender value of a construction project.
Rostam Razali, 51, pleaded guilty to revealing the Jalan Abu Bakar interchange construction’s bid value to Kimlun Sdn Bhd chief executive officer Sim Tian Liang. He did this at the IIB office here in April 2008 while he was still with the company, which was known as Southern Johor Investment Corporation Bhd then.
Rostam, who was in charge of the firm’s several projects, leaked the information to Sim after learning about the project value from its consultant on April 3, 2008. Kimlun was among five bidders listed for the project after that.
Rostam told Sim to place a bid of between RM118mil and RM128mil for the project, which Kimlun won on Oct 21, 2008. He was convicted under the …

Aku dan Wordless Wednesday

Tiada WiFi connection.
Tak tahu nak ubah setting camna lagi.
Macam2 cara dah try.
Baru 3 bulan pakai.
Contract pun belum habis lagi.










Aku dan Lawak Jawa

Maharaja Lawak Mega sampai di JB semalam.
Gegak gempita stadium tengok gelagat Abon.
Diawal2 dulu aku tak jangka OsBon boleh menyengat.
Aku prefer Jalil Hamid banding mereka.
Tapi cempedak dan jadi nangka.
Lawan spontan Abon memang sesuai dengan jiwa.
Lawak kampung ala-ala Sepah gitu.
Tapi dia lagi kelakar.
Pantun2 spontan dia cukup klasik.
Semalam dia cerita tentang orang2 Jawa.
3 prinsip utama orang Jawa;
Beras, Waras dan Kerja Keras.
Tak sah jadi orang Jawa kalau anak takda 10 katanya.
Kalau nyambil2 pun sekurang2nya 5.
Sakit perut aku ketawa semalaman.
Aku harap dia dan Os dapat duit 350 ribu tu.
Kumpulan Indon dan Spore tu memang tak boleh challenge dah.
Mereka sekadar mencukupkan kuota.
Juga SMS penonton untuk bayar duit pemenang.
Hidup OsBon!
Hidup Jawa!
Dulu bila Sepah menang aku bangga jadi orang Kulaijaya.
Bila OsBon menang, aku bangga jadi orang Jawa.

Aku dan Adam Adli Abdul Halim

Hari itu kecoh2 pasal budak Melayu di Dublin.
Sekarang ni kecoh pasal budak UPSI pulak.
Halnya kecik aje.
Tapi sebab ianya melibatkan bendera gambar Najib,
riuh satu Malaysia.
Pencacai2 UMNO semuanya nak tunjuk taring.
Semuanya beriya2 nak mempertahankan Najib.
Tengok dalam FB, Twitter dan juga blog pro-UMNO.
Macam2 dikutuknya budak seorang ni.


Dengar temuramah ini.
Dan fahami isihatinya.
Aku salute keberaniannya.
Aku sokong tindakannya.
Aku pun pernah jadi mahasiswa jugak.
Cuma aku tak seberani dia.
Aku patut malu dengan diri sendiri.

Aku dan Marc Jacobs

Tengok dokumentari ini kat Astro Lifestyle Li Channel.
Marc Jacobs and Louis Vuitton.
Filem tahun 2007.
Mengisahkan dunia gila pereka fesyen ternama.
Juga kenapa produk2 mereka mahal gila harganya.
Dunia fesyen barat.
Wanita2nya kurus kering.
Lelaki2nya gay.
Mereka bekerja bagai nak gila.
Tiada istilah gaya hidup sihat untuk mereka.
Semuanya demi menaikkan jenama.
Dan wang ringgit yang tidak ternilai.


Aku dan Wordless Wednesday

Jumpa kat FB.
Ada diagnosis baru.
Recurrent Appendisitis.
Sengal.



Aku dan Pesakit Hari Ini

Lelaki berusia 43 tahun.
Bekerja sendiri.
Tiada insurans.
Tiada KWSP.
Tiada PERKESO.
Anak 10 orang.
Ada Kencing manis sejak 2002.
Tapi tak makan ubat moden.
Kononnya tak boleh telan ubat biji.
Ini kali pertama dia ke klinik aku.
Dia bawa keputusan ujian darah dan surat rujukan ke hospital.
Tapi dia tak nak masuk hospital.
Dia nak try test ubat aku dulu katanya.
Keadaannya?
Mukanya pucat, nafasnya pendek, kakinya bengkak.
BP 180/100.
Gula 21.4
HBA1C 12.6 %
Creatinine level 180
Urea level 7.3
Hb 12.4
Urine Sugar 4+
Urine Albumin 4+
Nak apa lagi aku tanya dia.
Dah complete package dah tu.
Darah tinggi, kencing manis, cholesterol dan buah pinggang.
Sekejap lagi jantung dan lepas tu...
Anak dia yang 10 tahun menangis bila aku cerita keadaan bapaknya.
Tapi dia sangatlah degil.
Egonya sangat tinggi.
Masih nak cuba ubat2 kampung.
Masih nak juga ubat2 direct selling.
Dia kata ubat biji tak boleh nak telan.
Tapi ubat2 lain boleh pulak.
Aku tahu apa sebabnya.
Dia salahkan ubat2 moden sebab 'anu&…

Aku dan Ariff Alfian

KUALA LUMPUR 12 Dis. – Hasrat seorang bapa melihat anak lelakinya, Ariff Alfian Rosli yang menuntut di Dublin, Republik Ireland, untuk menjadi doktor perubatan hampa apabila anaknya itu bukan sahaja tidak meneruskan pengajian, malah gagal dihubungi di negara tersebut sejak tiga tahun lalu.
Pesara pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah berkhidmat selama 31 tahun, Rosli Haron, 56, kini buntu mengesan anak kedua daripada empat beradik itu setelah mencuba pelbagai usaha termasuk membuat laporan kepada polis, Wisma Putra, Kedutaan Malaysia di Ireland dan Kedutaan Ireland di sini, dalam tempoh tersebut.
Malah, katanya, dia dan isteri, Kamariah Hashim, 55, telah lapan kali ke Dublin dan Universiti College Dublin (UCD) untuk mencari anaknya itu yang merupakan ketua pengawas dan tokoh pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 5 Wangsa Maju pada 2001.
Rosli memberitahu, Ariff, 28, yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapat tajaa…

Aku dan Mission: Impossible 4

Aku bukan peminat Tom Cruise. Aku juga tak minat filem2 Mission Impossible sebelum ini. Tapi siri tv dia aku minat sangat. Misi2 mustahil. Terutama bab menyamar dan tiru wajah dan suara orang lain. Filem ini dapat rating tinggi. Sana sini memujinya. Jadi kena tengok kat panggung. Baru puas. Anak2 naik hairan bila aku ajak tengok cerita hantu. Sebab mereka tahu aku benci cerita2 hantu. Tajuknya aje Ghost Protocol. Takda hantu2 terbang dalam filem ini. Hantu pocong atau pontianak tidak dipanggil berlakon.
Salam hujung minggu kawan-kawan!

Aku dan Nasib Mat Punk

Ini betul2 berlaku di Banda Acheh.
Pengikut2 konsert Punk Rock ditahan polis.
Dibotakkan kepalanya.
Ditanggalkan baju lusuh dan jeans mereka.
Ditanggal juga segala gelang dan rantai.
Direndam di dalam air.
Dan akan menjalani proses pemulihan.
10 hari duduk dalam kem.
Kena berkawat.
Kena sembahyang.
Kena mengaji Al-Quran.
Golongan Barat juga pejuang hak asasi mesti bising punya.
Tapi salahkah dari segi hukum agama?
Terlalu keras ke?
Cara lembut rasanya dah tak jalan.
Sebab itu cara ekstrem digunakan.
Harap2 kalau PAS memerintah takkan berlaku begini.






source

Aku dan Wang Perlindungan

Medical Protection Society.
Pertubuhan yang memberi khidmat nasihat guaman kepada doktor.
Tempat doktor mengadu kalau ada kes2 medikolegal.
Hari ini dapat surat peringatan.
Tempoh perlindungan aku dah nak expired.
Setiap tahun aku bayar wang perlindungan tanpa gagal.
5 tahun aku tak pernah guna.
Dan harap2 begitulah seterusnya.
Belum ada pesakit atau waris pesakit nak saman aku dan klinik aku.
Tetapi kena juga berjaga-jaga.
Pesakit2 sekarang dah well-educated.
Mereka tahu hak2 mereka.
Wang perlindungan aku dah naik 100 ringgit banding tahun2 lepas.
Namun masih sikit banding Pakar Perbidanan punya perlindungan.
RM 57 ribu setahun sama dengan harga sebuah kereta Nasional.
Tapi berbaloilah dengan pendapatan mereka.
Dengan risiko yang ditanggung.
Aku lebih rela jadi doktor cabuk.
Walaupun pendapatan kurang tapi kurang stress.
Rasa nak cuti, tutup kedai aje.
Rasa takda mood, boleh balik awal.
Rasa target dah sampai, boleh pergi 'house call' selalu...



Aku dan Buku Baru

Selain baca buku2 pasal kamera,
aku suka baca buku2 politik.
Buku ini aku baca sepanjang cuti tempohari.
Ditulis oleh Zainal Abidin Ahmad.
Seorang bekas ahli UMNO.
Idea dan pendapatnya sama macam aku juga.
Aku bukan penyokong tegar UMNO.
Aku juga bukan penyokong pembangkang.
Aku lebih sayangkan negaraku daripada UMNO.
Aku lebih sayangkan tanahairku banding UMNO.
Apa yang tinggal untuk anak2 dan cucu2ku nanti
jika pemerintah negara terus-menerus begini?
Harta negara dibelanja sewenang2nya.
Pinjaman wang untuk bela lembu diguna untuk beli kondo. 
Isteri PM dapat peruntukan 100 juta setahun tanpa perlu diaudit.
Wang zakat diberi kepada golongan bukan asnaf.
FELDA diurus oleh seorang yang sah perasuah.
Peralatan tentera dibeli dengan harga berlipat kali ganda.
Ini sekadar contohlah.
Banyak lagi cerita politik yang tak boleh habis jika ditulis.

Cuba baca blog ini.
Seorang ahli UMNO juga.
Yang dah muak dengan parti sendiri.
Jangan takut.
Tiada ayat2 maki hamun dan cerca-mencerca di sini.

Aku di Klana Resort Seremban

Dulu namanya Allson Klana.
Dulu resort ni sangat famous.
Taraf 4 bintang.
Harga bilik mesti lebih 400 punya.
Tapi sejak ada Royale Bintang,
resort ni dah turun tarafnya.


Famili Room cuma 210 ringgit sahaja.
Siap dengan free breakfast untuk 2+2 orang.
Biliknya biasa2 sahaja.
Dan Famili Room sangat jauh daripada lobi.
Kena naik turun tangga untuk sampai.
Sesuai untuk membakar kalori yang berlebihan.
Lokasi resort juga agak jauh ke dalam di Taman Tasik Seremban.
Dikelilingi oleh pokok2 yang menghijau,
terasa sunyi dan sangat sesuai untuk rehat2.
Landskap dan kolamnya dijaga rapi.
Kolamnya pula sangatlah besar.
Ada Gym sebelah kolam renang untuk dicuba.



Secara keseluruhan boleh tahan juga resort ini.
Cuma stafnya kurang peramah.
Sarapan pagi sangat mendukacitakan.
Nak telur goreng pun kena tunggu 5 minit.
Markah aku beri 6.5/10.



Aku dan Muzium Seri Menanti

Istana Seri Menanti.
Dibina pada tahun 1902.
Sangat luas dan sentiasa dijaga rapi.
Cantik luar dan dalam.
Jenuh nak membaca sejarah Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan.
Banyak koleksi barang2 lama turut dipamerkan.
Tiada ditempat lain rasanya.



Di luar istana,
ada sebatang pokok rambutan sedang berbuah.
Dah masak ranum.
Aku saja bertanya.
Dan kakak Jaga di situ telah beri kebenaran.
Untuk memetik dan merasa buahnya.
Manis sungguh rasanya.

Klik ini untuk pelajaran sejarah.


Aku ke Muzium Lukut

Kota dan Muzium Lukut.
Terletak di tepi jalan antara PD-Seremban.
Lengang.
Tiada orang.
Kena mendaki anak2 tangga.
Juga tak boleh ambik gambar dalam muzium.
Jadi aku jalan2 kat luar sahaja.
Makan durian Raja Kunyit di tepi jalan lagi syiok.

Klik di sini



Aku ke Muzium Tentera Darat

Muzium Tentera Darat.
Dibuka pada tahun 2005.
Letaknya di depan Kem Tentera Si Rusa Port Dickson.
Masuk percuma.
Tempat yang bagus untuk anak2 belajar sejarah.
Bermula daripada zaman Kesultanan Melaka,
zaman penjajahan Portugis dan Belanda,
zaman penjajahan Inggeris,
penubuhan Regimen Askar Melayu,
dan paling best,
ada koleksi barang2 rampasan Parti Komunis Malaya.
Muziumnya dijaga rapi.
Bersih dan sunyi.
Ada jambatan gantung untuk dilalui.
Ada terowong bawah tanah untuk dirasai.
Tak sia2 tersesat jalan.

Lanjut klik di sini



Aku ke Negeri Sembilan

11-12 Disember 2011.
Aku bercuti lagi.
Tahun ni banyak benar aku bercuti nampaknya.
Asyik cuti aje kata patient aku.
"Enjoying life.''
Itu motto kehidupanku.
Sementara anak belum pandai berdikari.
Sebelum anak2 belum pandai jalan2 sendiri.
Bersama2 mereka adalah sesuatu yang indah.
Dan akan dikenang sepanjang hayat.


Percutianku kali ini konsep santai.
Free and easy.
Aku sekadar pandu kereta.
Kalau ada nampak signboard tempat2 menarik,
aku ikut dan pergi ke sana.
Langsung takda niat nak ke PD sebenarnya.
Tapi sampai sana jugak akhirnya.


Aku tak tahu pun Selangor cuti 2 hari hujung minggu tu.
Jadi jalan agak sesak.
Hotel2 pun penuh jugak.
Grand Lexis pun full house.
Tak sampai hajat nak surprise kan anak2.


Aku sempat pusing2 sekitar maktab wife di Sikamat.
Dapatlah mengimbau kenangan 3 tahun belajar di sana.
Ada yang dah berubah.
Ada yang masih macam dulu juga.


Aku balik ikut jalan kampung.
Paroi-Seri Menanti-Kuala Pilah-Tampin-Ayer Keroh.
Seronok tengok suasana kampung.

Aku dan pagi ini

8.30 pagi.
Hari Isnin.
Duduk di Coffee House.
Bersama2 famili.
Borak2 dan sembang2.
Sambil minum kopi.
Sambil baca buku politik.
Tiada pesakit menunggu giliran.
Tiada MC untuk disain.
Tiada salesrep nak jual ubat.

Selamat bercuti kawan2!


Aku dan hujung minggu

Ahad, Isnin dan mungkin Selasa aku takda kat Johor.
Mogok.
Tak nak jumpa dan tengok patient.
Jemu menghadap kaki2 MC di pagi Isnin.
Aku ada disekitar Putrajaya/Seremban.
Free and Easy.
Takda rancangan apa2.
Sekadar cuti2 merehatkan fikiran.
Dah lama tak pegang kamera.
Dah lama anak2 tak main air.




Aku dan Free Health Screening

Dalam 2 hari ni ada beberapa pesakit datang klinik.
Bawak slip keputusan pemeriksaan kesihatan mereka kepadaku.
Pemeriksaan percuma di shopping complex.
Dilakukan oleh non-medical people.
Menggunakan peralatan2 kesihatan.
Kemudian memberi nasihat2 kesihatan.


Dengan menjalankan ujian yang simple,
didapati satu badan semua dah tak sihat.
Tulang tak kuat.
Metabolik lambat.
Usus banyak toksik.
Lalu dipujuk supaya makan vitamin macam2.
Lalu dimomok2kan tentang kanser dan sebagainya.
Tak mahal.
Satu hari sekitar RM 10 sahaja.
Sebulan? Setahun? Selama2nya?
Jangan berkira tentang duit katanya.
Yang penting sihat dan jauh daripada penyakit.


Penyakit kejadah apa kalau sekadar kata usus tak sihat,
tulang dah reput, vitamin semua dah kurang.
Lepas tu semua benda tak boleh makan.
Kena pantang macam2.
Kalau daging, ikan, sayur semua tak boleh makan nak sihat camna?
Makanlah multivitamin yang dijual.
Sebulan 200-300 ringgit sahaja.


Aku tak faham dengan KKM kita.
Selagi takda orang mati sebab terle…

Aku dan pagi ini

Selang satu kedai daripada ofis aku,
ada dua restoran non-muslim.
Restoran ni sibuk sepanjang hari.
Terutamanya pagi sampailah tengahari.
Mungkin masak sedap sebab tu pelanggan tak pernah putus.
Aku takda masalah dengan tauke restoran.
Walaupun awal pagi dah susun meja kat atas jalan.
Aku tak kisah kena parking jauh2.
Boleh exercise sikit.
Yang aku kisahkan ialah pelanggan2 mereka.
Walaupun kereta besar2 dan panjang menjalar,
Otak mereka tak sebesar kereta mereka.
Konon nak cepat maklumlah sibuk mengejar masa.
Jadi parking kalau boleh nak kat sebelah meja.
Ataupun sehampir mungkin dengan restoran.
Menegak, melintang, senget , tegak, double-parked,
Naik atas tebing pun ada.
Janji dapat makan sarapan cepat2 dan pergi kerja cepat2.
Pagi ini aku sangat bengang.
Aku sangkut dalam jem depan ofis aku.
Lebih 5 minit tak bergerak2.
Laluan 2 lorong dan jadi selorong.
Nak ke depan tak boleh nak mundur pun tak boleh.
Aku rasa macam nak tinggalkan kereta kat situ aje.
Dan selamba masuk ofis.
Per…