Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

Aku dan Tragedi Musim Tengkujuh

Di kampungku,
hujan turun tanpa henti sejak Sabtu yang lalu.
Dah lebih 72 jam.
Belum ada tanda hujan akan berhenti.
Banjir mula kedengaran di mana2.
Ini keadaan tanah runtuh di kawasan belakang rumahku.
Masa banjir besar tahun 2006, tembok penghalang ini pun runtuh jugak.
Mungkinkah peristiwa 2006 berulang kembali?


Aku ke Pizza Hut

Hujung minggu.
Di Johor, hujan dah lebih 24 jam.
Semua program tergendala.
Nak masak pun malas.
Tapi perut lapar.
Teringin nak makan pizza.
Dah lama tak ke Pizza Hut.
Jadi, hujan lebat pun ku redah jugak.

Aku dan Cerita MC Lagi

Doktor mana yang beri MC 3 minggu kepada kakitangan kerajaan ini? Kalau accident patah tangan layaklah. Tapi kalau kononnya tekanan perasaan sebab kena transfer 24-hours itu dah berlebih2. Semestinya klinik kerajaan kerana doktor swasta tak boleh tulis MC lebih 2 hari untuk kakitangan kerajaan. Betul ke? Maarof akan dikenakan tindakan LABIS 28 Jan. - Tindakan suami calon Pas, Normala Sudirman yang didakwa menyalahgunakan sijil cuti sakit selama 21 hari bagi membantu isterinya berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bakal mengundang padah. Ini kerana Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tatatertib ke atas Maarof Abd. Mutalib kerana berbohong semasa memberi perakuan bagi mendapatkan cuti sakit tersebut, dengan menyatakan beliau sakit sedangkan keluar membantu isterinya berkempen sejak minggu lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat peruntukan yang membenarkan Jabatan Pelajaran Negeri mengambil tindakan tatat…

Aku dan Sahabat Lama

Doktor ini aku kenal sangat. Dia pernah ajak aku jadi downline dia tapi aku tak berminat. Semasa dia jadi MO di hospital kerajaan, dia memang dah aktif dengan MLM. Hampir semua staf hospital termasuk abang ipar aku dipujuk untuk jadi downline dia. Macam2 syarikat MLM dia join. Dan akhirnya dia terus lekat dengan produk Transfer Factor ini. Dia meletak jawatan dengan kerajaan, bekerja dibeberapa buah klinik swasta sebelum melibatkan diri sepenuhnya dengan produk ini.

Aku tak irihati dengan kejayaannya tetapi ramai orang yang membeli produk ini kerana percaya ia boleh menyembuhkan segala penyakit termasuk kanser. Ubat ini tidak murah. Beratus2 ringgit untuk bekalan sebulan. Dan ianya perlu dimakan untuk tempoh yang lama untuk melihat hasilnya. Tapi setakat ini aku tak pernah jumpa orang yang sembuh daripada kanser kerana makan ubatan ini. Aku kasihan orang2 yang membeli produk ini dengan harga mahal dan yakin penyakitnya boleh disembuhkan. Padahal ianya hanyalah makanan kesihatan yang…

Aku dan Iklan Olympus

Iklan dalam suratkhabar hari ini.
Apa pandangan anda?

Aku dan Stress Zaman Remaja

Zaman remaja adalah zaman paling mencabar dalam perjalanan kehidupan seseorang. Anak sulungku sedang melaluinya dan aku dah nampak perubahan pada dirinya. Dia mula mendiamkan diri, mudah naik angin dan mula meninggikan suara bila ada sesuatu yang tak disukainya. Dia juga mula berminat mencari rakan2 sebaya dan mula mengurangkan aktiviti2 bersama keluarga.

Aku telah melalui zaman itu. Ianya satu tempoh masa yang panjang, yang menyedihkan dan penuh dengan tekanan. Sebagai anak lelaki sulung, aku tiada sesiapa untuk dijadikan contoh. Bapakku membiarkan aku seorang diri dan dia langsung tidak menghulurkan bantuan. Aku terkapai2 dan tercari2 mana arah nak dituju. Aku lebih rapat dengan beberapa orang rakan sebaya daripada emak bapakku. Kami sama2 meneroka pengalaman baru dialam baru seolah2 mencari jalan pulang setelah tersesat di dalam hutan. Sesungguhnya tak semua yang berjaya dan ada yang terus sesat atau hanyut ke tengah lautan.

Zaman remajaku agak membosankan. Banyak kali aku member…

Aku dan Masalah Anak Remaja

Zaman kanak-kanak membesar menuju keremajaan adalah satu perjalanan membuat keputusan yang bertanggungjawab secara berdikari. Ia dianggap penuh cabaran kerana peralihan yang sukar bagi remaja itu sendiri dan ibu bapa mereka. Ibu bapa yang mempunyai anak sedang membesar pasti memikul tanggungjawab berat terutama dengan pelbagai gejala sosial melanda masyarakat seperti seks bebas, keganasan, penyalahgunaan dadah, alkohol, merokok dan gagal dalam pelajaran.

Risiko berkenaan juga biasanya berkaitan antara satu sama lain. Oleh kerana pelbagai risiko yang dihadapi remaja berkait rapat antara satu sama lain, begitu juga jalan penyelesaiannya. Ikuti panduan berikut yang mungkin dapat membantu ibu bapa menangani pelbagai masalah seharian:

* Luangkan masa dengan anak

Luangkan masa bersama anak dengan membabitkan diri dalam aktiviti yang sesuai dengan umur dan minat mereka. Kongsi pengalaman dalam membina satu perhubungan mesra berasaskan kasih sayang dan kepercayaan yang menjadi asas b…

Aku dan Tahun Baru Cina 2011

Entri ini ditujukan kepada anak2ku.
Duduk berjiran dengan masyarakat Cina,
kena tahu juga adat dan budaya mereka.
Cuma yang aku tak faham.
Kenapa perlu bakar mercun dan bunga api selepas detik dua belas malam?
Dan selang sejam berikutnya sampailah ke pagi.
Pukul 7 pagi pun dah start bakar mercun lagi.
Tahun ni kena sambut tahun baru di kampung lagi.
Aku tak tahan...







Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradis…

Aku dan Spot Diagnosis

Lama tak buat Pop Kuiz.



Diagnosis?
Cause?
Treatment?
Any suggestion?

Aku dan Urine Drug Test

Minggu lepas ada seorang ibu datang ke klinik. Dia risaukan anak bujangnya yang selalu keluar malam. Dia risaukan anaknya terjebak dengan perkara2 negatif. Dia suruh aku buat Urine Drug Test kat anak dia.

Ibunya terkejut sebab semua line ada dua garis. Macam test mengandung jugaklah kan? Kalau dua garis tu maksudnya positif. Ibunya dah nak menangis dah. Anaknya dah pucat dah. Tapi aku steady aje. Aku tunjukkan penutup ujian seperti gambar di bawah.

Dua garis maknanya NEGATIF. Kalau satu garis baru kira positif.

Ibu tak jadi menangis. Anaknya mula tersenyum. Alhamdulilah.

Aku dan Perubatan: Dulu & Sekarang

Zaman dulu, bidang perubatan adalah untuk mereka2 yang terpilih sahaja.
Masa tu cuma ada UM, UKM dan USM.
Setahun tak sampai 1000 doktor baru dikeluarkan.
Kadar yang failed, yang kena extend, yang kena repeat pun ramai.
Budak2 yang pandai2 bersaing untuk tempat yang terhad.
Persaingan yang sihat.
Tak kira miskin atau kaya, ada duit atau takda duit.
Kalau ada rezeki dapatlah.
Kalau tak, masuk Fakulti Pergigian atau Fakulti Sains ajelah.
Nak ke luar negara pun sama.
Kena bersaing jugak.



Zaman sekarang, bidang perubatan adalah satu perniagaan yang menguntungkan.
Tiada lagi persaingan.
Ada duit semua boleh jadi.
Ada berpuluh2 Fakulti Perubatan dalam Malaysia sekarang.
Nak ke luar negara pun tak susah.
India, Indonesia, Russia, pilih aje.
Janji ada cukup duitnya.
Kalau masuk, gerenti lulus punya.
Seratus peratus.
Jarang yang kena repeat, kena extend.
Apatahlagi yang failed.



Bila kena buat Houseman, baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
Ambik darah tak pandai.
Clerking patient macam tak ma…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Aku kesian kat mamat Bangla ni.
Tangan dia masuk dalam mesin.
Ada tulang yang patah.
Ada banyak urat2 yang putus.
Compound # lagi.
Ini keadaan tangannya selepas 7 hari.
Buruk bebeno rupanya.
Darah kering takda sapa nak cucikan.
Siapalah punya tanggungjawab ni?
Walaupun dia bukan warganegara,
hormatilah dia sebagai seorang manusia.

Aku, Pilihanraya Kecil dan Duit Kita

Politik di Malaysia ibarat Cinetron Indonesia yang banyak ditayang kat TV3, TV9, Astro Prima, Astro Aruna dan Astro Tayangan Hebat. Ianya tak pernah ada kesudahan. Meleret2 panjangnya. Tak habis2. Apa tujuannya? Nak untung banyaklah apa lagi. Begitu juga dengan suasana politik kita. Dahlah gaduh tak habis2. Belumpun 3 tahun, dah ada 15 dan mungkin 18 pilihanraya kecil yang terpaksa diadakan semula. Boleh masuk dalam Guinness World Record.

Kalau satu pilihanraya kecil melibatkan kos RM 8 juta hanya untuk bayar elaun polis dan pasukan keselamatan, cuba korang darabkan dengan 18. Ini belum lagi dikira kos yang ditanggung oleh parti2 pemerintah untuk merayu undi, untuk menjalankan kempen2 bagi memastikan mereka kekal berkuasa. Sewa rumah, sewa hotel, sewa khemah, kos katering, kos sound system semuanya naik berlipat kali ganda. Pegawai2 kerajaan semua dikerah turun padang untuk buat ceramah, forum, majlis ramah mesra dan sebagainya bagi menunjukkan kerajaan yang ada sekarang prihatin denga…

Aku dan Berita Hari Ini

Tulis blog boleh untung 1 juta setahun? Ini fakta ke auta? Aku dah lebih 6 bulan register dengan Nuffnang. Nak dapat seratus ringgit pun macam payah bebeno. Kalau setahun boleh dapat seribu pun dah kira bagus dah. Sapa ada tips bagus2 untuk naikkan rating silalah beritahu...





M’sian bloggers earn up to RM1mil annually
BLOGGERS and blog operators these days are able to chalk up revenues of up to RM1mil annually, according to Berita Harian’s front-page report. According to the daily, bloggers, who post their personal accounts are now exploiting their blogs for business transactions or advertisement placements, earning an average monthly income of RM70,000.
The daily highlighted blogger Mira Abu Bakar, whose highest monthly income revenue through advertising revenue was RM12,000 in 2008. Mira, who has been operating her blog Redmummy.com since 2005, earns an average monthly revenue of RM2,000. She admitted that she had to declare her side income with the Inland Revenue Board (IRB) …

Aku dan Homework Anak

Namanya kerja rumah.
Kena siapkan kat rumah.
Tapi emak dan bapak punya kerja untuk siapkan.
Anak sekadar tengok dan komplen.
Lainlah kalau kerja sekolah.
Kena siapkan kat sekolah.


Nama aje kerja berkumpulan.
Tapi yang cari bahan dan siapkan hanya seorang.
Itupun emak dia yang buat.
Yang lain2 sekadar bubuh nama aje.
Ini tak adil...


Aku dan Hujung Minggu Ini

Restoran Rahmat
Jalan Pantai,
Kg Pasir Putih,
81700 Plentong.
1 26' 2" N ; 103 55' 50" E


Aku Ke Perjumpaan MEOG

Ada sesiapa nak join kelab?
Segera mendaftar di sini.
Pendaftaran percuma.


Aku dan Konvoi MEOG

Hari minggu.
Jalan-jalan cari makan.
Ada member geng Estima ajak konvoi.
Ronda-ronda sekitar Pasir Gudang.
Sambil makan-makan.
Sambil kenal-kenal.
Ada 10 buah Estima kesemuanya.
Tiga daripada Kulaijaya.
Dua daripada Kluang.
Satu daripada Melaka.
Selebihnya sekitar JB.
Memang happening.


Aku ke Pasar Tani Flat Temenggong

Pagi Ahad.
Temankan wife ke Pasar Tani.
Sambil bawak kamera.
Nak try 'miniature effect'.
Aku dah agak dah.
Orang pasti ramai.
Dan ramai juga yang aku kenal.
Hanya aku sorang yang bawak kamera ke pasar tani.
Lantaklah.



Aku, PASKAL dan Lanun Somalia

Berita muka depan kebanyakan suratkhabar hari ini. Berdiri bulu roma membaca keberanian dan kecekapan anggota komando kita. Walaupun Amerika ramai superhero, komando Malaysia pun boleh jadi superhero jugak. Syabas dan tahniah!
M'sian tanker and crew saved from pirate attack in GulfReports by K. ASHRAF KAMMED, SHARIDAN M. ALI, SHAUN HO and ZUHRIN AZAM AHMADKUALA LUMPUR: The Royal Malaysian Navy earned a feather in their cap when they rescued Malaysian chemical tanker MT Bunga Laurel and its 23 crew members from Somali pirates in the Gulf of Aden. All 18 pirates surrendered. The Singapore-bound tanker, which was carrying lubricating oil and ethylene dichloride, was attacked by pirates about 300 nautical miles (555km) east of Oman but swift action by navy commandos on board the RMN ship Bunga Mas 5 saved the day. Over at the Arabian Sea, Somali pirates suffered another blow after South Korean special forces stormed a hijacked freighter. Other developments: > Prime Minister Datuk S…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Seorang kakak berusia 34 tahun.
Dah 2 tahun berkahwin.
Mengandung anak sulung.
Hadir ke klinik aku setiap bulan untuk regular check up.
Genap 37 minggu semalam.
Segala2nya normal sebelum ini.
Mengadu bayi kurang bergerak semenjak seminggu yang lalu.
Tak hiraukan sebab nak tunggu jumpa aku semalam.
Segala2nya normal kecuali denyut jantung bayi dah tiada.
Sungguh berat nak memberitahu berita buruk kat dia dan suaminya.
Tak tahu macamana nak mulakan ayat.
Hampir satu minit aku terdiam di depan skrin ultrasound.
Sebak juga dihati bila melihat kakak tu menitiskan airmata.
Siapa yang patut dipersalahkan?
Baca disini untuk mencari sebab-sebabnya.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Anak anda berumur 13 tahun dan baru seminggu duduk di asrama. Penyelia asrama menelefon anda memberitahu bahawa anak anda mengalami sesak nafas dan telah di hantar ke hospital kerajaan. Walaubagaimanapun, anda kemudiannya diberitahu bahawa anda tiada sakit yang serius dan telah dibenarkan pulang ke asrama. Anda membawa anak kesayangan anda ke klinik berhampiran rumah anda untuk pemeriksaan lanjut. Doktor yang memeriksa anak anda memang ada memberitahu anda, bahawa anak anda sakit biasa sahaja. Dia memberi ubat penahan sakit, ubat angin dan ubat sakit urat kepada anak anda. Anda masih tak tahu apa penyakit anak anda walaupun banyak ubat yang diberikan. Bila anda tanya kat doktor, doktor cuma cakap sakit biasa aje. Sakit biasa tu apa? Bahaya ke tidak? Serius ke tidak? Anda risau kerana anda nak tinggalkan anak kesayangan anda jauh di asrama sana. Apa akan jadi selepas ini? Bila penyakitnya boleh sembuh?

Maka anda pasti akan pergi ke klinik lain malah ke rumah tok bomoh kerana banyak …

Aku di Ayer Hitam(2)

Apa ada di pekan Ayer Hitam?

1. Alat2 perhiasan perkahwinan.

2. Bunga2an bergantung2an.

3. Aneka jenis produk IKS.

4. Kepala paling kilat pernah aku jumpa...

5. Pedang Power Rangers.

Aku dan Facebook

Aku adalah salah seorang daripada 10 juta penduduk Malaysia yang ada akaun Facebook. Dulu masa baru bukak akaun, aku memang kemaruk dengan Facebook. Satu hari beberapa kali aku bukak akaun aku. Aku juga pernah kemaruk main game Facebook seperti Mafia Wars dan Bejeweled. Dulu aku rajin gak update dan chatting dengan kawan2 lama tapi sejak dua menjak ni aku dah makin jarang dah. Sebabnya?

Banyak sangat link dan iklan2 yang mengarut ada dalam akaun aku. Dah jadi macam akaun Yahoo! jugak akhirnya.Banyak sangat kawan2 lama ajak jadi downline MLM atau skim pyramid.Banyak sangat tengok gambar kawan2 melancong ke seluruh dunia. Aku jadi sangat frustrated dan depressed.Aku lebih suka layan blog ini banding Facebook aku.
Muka depan The Star hari ini tajuknya FACECROOKS. Baca seterusnya di sini. Tahukah anda bahawa pemilik Facebook untung 2 Billion Dollars tahun lepas? dan mendapat anugerah Man Of The Year 2010 oleh majalah Times? Hebat kan?


According to Socialbakers.com, a website dedicated to glo…