Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Januari 2011

Aku dan Ana Raffali

Sejak 25 tahun yang lalu, aku jarang missed tengok Anugerah Juara Lagu. Lagu2 berhantu daripada Wings dan Search aku ingat sampai sekarang. Sejak beberapa tahun yang lepas, muzik Indie atau Underground mula menyertai carta Muzik Muzik. Lagu2 Indie biasanya lari daripada trend semasa iaitu asyik bercinta, frust menonggeng, melankolik, jiwang, syahdu dan juga rock leleh. Aku tak minat sangat lagu2 budak2 sekarang ni tapi album iTunes dalam komputer aku penuh dengan lagu2 sebegini kerana anak2 aku selalu upload daripada internet. Nak tak tak kena dengar jugak.

Kemenangan Ana Raffali membuka mata banyak pihak mengenai artis yang sorang ni. Tahun lepas tahun Yuna, tahun ini giliran dia pulak. Aku suka identiti dia. Aku harap dia tak berubah dengan kemenangannya ini.

Tapi aku tengok AJL bukan kerana Ana Raffali. Aku tengok AJL kerana aku suka dengan celoteh Elly Iskandar dan Faizal Botak tu. Skrip dia nampak spontan tapi mesti ada punch-line dia. Mereka saling mengenakan antara satu sama lain. Ada aje topik baru selepas setiap persembahan.

Aku juga tengok AJL kerana persembahan artis2 yang bertanding biasanya mencari kelainan dan ada sesuatu yang baru. Faizal Tahir is among the best. Macam ahli silap mata gitu. Yang lain2 juga tak kurang hebatnya. Artis2 sekarang ramai yg kreatif dan otak giler2. Syabas!

Apa2pun, Ana Raffali adalah pemenang AJL 25. Tahniah! tak sabar nak tunggu edisi tahun depan pulak.

Ana Raffali Buat Album Kerana Hidup Susah

HASRAT mahu membantu ibu bapa dan adik-beradik dari hidup susah, akhirnya Ana Raffali berjaya menghasilkan album pertamanya, Ketika Aku Kecil. Pemilik nama sebenar Ana Nur Hidayah Mohd Raffali itu semakin dikenali ramai menerusi single pertamanya, Hujan Bunga di Kuala Lumpur yang hangat disiarkan di stesen-stesen radio.

Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL).

Ana bersama album yang memuatkan enam buah lagu termasuk lagu hits Hujan Bunga di Kuala Lumpur.

Sejak daripada itu, dia turut melibatkan diri dalam pelbagai persembahan di gig kecil dan memuat naik rakaman nyanyiannya di laman sesawang YouTube.

Dari situ, komposer terkenal Aidit Alfian menonton rakaman nyanyiannya dan tertarik untuk mengambilnya sebagai penyanyi pertama di bawah syarikat rakamannya, Aidit Alfian Records. Malah Aidit turut menyertai Ana membuat persembahan gig atas jemputan Universiti Teknologi Mara (UiTM). Kehadiran gadis yang terkenal dengan identiti mengadakan persembahan dengan mengenakan baju kurung atau berkebaya bersama gitar akustik itu turut disokong oleh kumpulan The Marhaens.

Selain Aidit kumpulan itu turut dianggotai oleh Azizi Masri (GG), Andy (Flop Poppy), Alfa Booty, Rumie Booty, Mie, Cha’a, Pito, Iqbal, Nazrin, Rohnie, Geeka dan Bobo.

Ana bersama ibu dan bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor dan Halijah Rashid yang membakar semangat Ana untuk meneruskan perjuangan dalam bidang muzik ini.

Bukan mudah untuk Ana Raffali mengecap kejayaan seperti sekarang. Dia bertuah apabila bertemu komposer terkenal, Aidit Alfian yang ‘menyelamatkannya’ daripada membuat persembahan secara percuma. "Saya rasa sebak bila Aidit beritahu tentang sejarah pembikinan album saya. Biar apa pun dugaan yang saya tempuhi, saya membuat sesuatu yang saya suka dan sentiasa ingat apa yang saya impikan.

“Segala-galanya kerana saya nak raih pendapatan untuk menolong ibu bapa. Saya ada perjuangan tersendiri.

“Selain itu, saya juga mahu masyarakat hargai lagu-lagu kita selain menempa nama dalam industri ini,” kata anak kesembilan daripada 11 beradik itu di majlis pelancaran album tersebut di Felda Villa, semalam.

Dalam pada itu, Aidit berkata dia mengenali Ana sejak November 2007. Pada Mac 2008, dia dan Ana mula membuat persembahan secara akustik di universiti Ana.

Ana di samping penerbit albumnya, Aidit Alfian ketika sesi soal jawab di majlis pelancaran albumnya.

Banyak perkara yang ditimba oleh Ana termasuk perkara di luar dari industri hiburan. Misalnya dia membuat persembahan tanpa menerima apa-apa bayaran.

“Saya cuba membantunya apa yang perlu. Dari situ dia belajar tentang perbincangan. Dia sudah merasa pengalaman mendapat bayaran show dan ada yang tiada bayaran.

“Sekali dua mungkin okey tapi kita semua cari makan dengan muzik. Jadi, kita kena fikirkan caranya,” ceritanya.

Kini, Ana sudah mampu berdiri sendiri dengan menubuhkan syarikat penerbitannya iaitu Ana Raffali Muzik Enterprise. Nama Ana Raffali semakin hebat dengan kemunculan album yang mempertaruhkan enam buah lagu yang digubah dan ditulis sendiri olehnya.

Lagu-lagu tersebut ialah Hujan Bunga Di Kuala Lumpur, Cuba Jangan, Tolong Ingatkan Aku, Ketika Aku Kecil, Biarkan Kau Terlepas dan Bentes.

Album edaran Universal Music Malaysia itu telah berada di pasaran sejak akhir April lalu.

sumber mStarOnline.

6 ulasan:

  1. eh, senior saya laa..haha..senior 4 sem

    ramai lecturer suka dia,lagipun one of the best students here..merendah diri dia ni..

    BalasPadam
  2. Harap2 seterusnya begitulah.
    Jangan bila dah famous,
    lupa daratan...

    BalasPadam
  3. suara sedap. music ala2 taylor swift.

    BalasPadam
  4. heheh..smalam baru aku kenal ini ana..theheheh..ketinggalan sungguh aku..

    BalasPadam
  5. RazzaQ,
    Sibuk kira duit aje.
    Mana ada masa nak tengok tv kan?
    :)

    BalasPadam