Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Januari 2011

Aku dan Cerita MC Lagi

Doktor mana yang beri MC 3 minggu kepada kakitangan kerajaan ini? Kalau accident patah tangan layaklah. Tapi kalau kononnya tekanan perasaan sebab kena transfer 24-hours itu dah berlebih2. Semestinya klinik kerajaan kerana doktor swasta tak boleh tulis MC lebih 2 hari untuk kakitangan kerajaan. Betul ke?

Maarof akan dikenakan tindakan

LABIS 28 Jan. - Tindakan suami calon Pas, Normala Sudirman yang didakwa menyalahgunakan sijil cuti sakit selama 21 hari bagi membantu isterinya berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bakal mengundang padah. Ini kerana Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan tatatertib ke atas Maarof Abd. Mutalib kerana berbohong semasa memberi perakuan bagi mendapatkan cuti sakit tersebut, dengan menyatakan beliau sakit sedangkan keluar membantu isterinya berkempen sejak minggu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terdapat peruntukan yang membenarkan Jabatan Pelajaran Negeri mengambil tindakan tatatertib kerana jelas Maarof menyalahgunakan cuti sakit tersebut, sekali gus bertentangan dengan moral sebagai seorang guru.

"Tindakan ini bukan kerana dia menyokong calon Pas. Itu hak dia dan sebagai suami, sepatutnya dia menyokong isteri sendiri tetapi janganlah sampai menyalahgunakan hak bercuti itu dengan mendakwa sakit tetapi sebenarnya tidak sakit.

"Maknanya, dalam kes Maarof ini, sudah ada petanda penyalahgunaan cuti sakit. Dia dapat cuti, dia gunakan untuk tujuan lain. Biasanya orang dapat cuti sampai 21 hari ini sudah terlantar tapi dia tegak berdiri meredah kawasan Tenang," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian semasa diminta apakah jenis tindakan yang boleh dikenakan ke atas Maarof ekoran tindakan tidak bertanggungjawabnya mengambil cuti sakit selama 21 hari atas alasan mengalami tekanan. Tindakan itu menjadi kontroversi kerana Maarof dilihat sentiasa mengiringi Normala ke mana-mana sahaja untuk berkempen bagi meraih undi bermula hari penamaan calon pada 22 Januari lalu hingga semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri turut mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri supaya menyiasat apakah asas cuti sakit itu dikeluarkan walaupun Maarof layak untuk mendapat kemudahan cuti sakit seperti yang termaktub dalam peraturan-peraturan perkhidmatan awam.

"Siasat apakah benar dia sakit atau sekadar menjadikan 'sakit' itu sebagai alasan. Jabatan Pelajaran Negeri kena dapatkan laporan daripada pengetua berhubung perkara ini kerana sebagai guru dia sepatutnya amanah, bukannya memberi perakuan bohong," katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Muhyiddin mahu pengundi di DUN Tenang menilai sendiri sikap Maarof sebagai penyokong Pas, sama ada wajar dihormati atau tidak, sedangkan golongan tersebut sentiasa bercakap soal agama. Menurutnya, Pas dan penyokongnya yang sentiasa mendakwa diri mereka kononnya mengamalkan Islam yang tulen, tetapi tidak pula memperlihatkan hakikat sebagai Muslim yang jujur kerana sering kali menipu dan berbohong dalam banyak isu sejak sekian lama.


5 ulasan:

  1. assalamualaikum doc..aduhai..sian jugak.nak ambik cuti tanpa gaji..mungkin dah tak sempat.
    sebagai suami..tanggungjawab dia menjaga isteri.
    tapi..setahun..kalau kaki tangan kerajaan pun layak 14 hari je mc swastakan..
    tak tau lah akak kalau dah bertambah.ketinggalan la ni..

    BalasPadam
  2. Salam..

    Kalau cuti sakit swasta tak boleh lebih 15 hari setahun utk rawatan pesakit luar..tp kalau rawatan pesakit dalam dapat 180 hari setahun...confirm la doktor atau MA klinik kerajaan yg bagi tu...

    integriti dalam perkhidmatan awam?erk...apa tu? ;)

    Selamat berhujung minggu...

    BalasPadam
  3. Kak Erna,
    Ini dah kira menyalahgunakan MC.
    MC maksudnya cuti sakit.
    Cuti sakit kena duduk berehat kat rumah.
    Bukannya jalan2 menemankan isteri pergi berkempen.
    Walaupun itu tanggungjawabnya.
    Tapi kak,
    Kalau BN yg buat, sure tak jadi isu punya.
    Dalam BN, semua boleh!

    Salam hujung minggu.

    BalasPadam
  4. Azizi AR,
    Dalam kerajaan sekarang,
    mana ada intergriti lagi?

    Semua main langgar aje...

    BalasPadam
  5. tapi doc, kalo dah salah tue tetap salah, kalo BN buat salah, takkan parti laen nak buat perkara yang sama, dan dianggap, parti BN buat boleh, takkan parti laen buat tak boleh. yang salah dibangkang, cuba dikenkang,bukan disokong sakan...

    BalasPadam