18 Januari 2011

Aku dan khamar


Meminum arak adalah haram dalam agama Islam, menurut firman Allah SWT:

“Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar (arak), berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah 5:90)

Sebab musabab pengharaman itu adalah kerana ia boleh mengganggu fungsi otak dalam berfikir, bercakap dan bertindak. Kita sedia maklum seseorang yang mabuk boleh melakukan pelbagai perkara di luar batasan perilaku kemanusiaan seperti membunuh, memandu laju, membuat bising atau melakukan perkara yang memalukan seperti hadis Rasulullah SAW yang menyebut

“Arak adalah ibu segala maksiat dan ia adalah maksiat paling mengaibkan.” (Riwayat Ibnu Majah).

Begitu juga penggunaannya dalam kuantiti yang sedikit sebagai perasa dalam makanan atau sebagainya tetap haram walaupun tidak memabukkan kerana Rasulullah SAW ada bersabda “Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walaupun dalam jumlah yang sedikit.” (Riwayat Ibnu Majah). Oleh itu, tidak ada alasan untuk meminum arak walaupun seteguk atau setitik.

Kesimpulannya, peminum arak memberi kesan amat buruk kepada diri individu berkenaan, merosak imej agama, malah mengganggu ketenteraman masyarakat dan boleh menjejas kekuatan negara. Masyarakat wajib menjauhi arak dan terbabit dengannya sama ada secara langsung atau tidak langsung kerana menurut satu lagi hadis Rasulullah SAW

“Sepuluh orang yang dikutuk Allah mengenai khamar (arak): Pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan wang hasilnya, pembayarnya dan juga pemesannya.” (Riwayat Ibnu Majah).

Sumber: http://www.bharian.com.my

Ban violates human rights, says Yen Yen

KUALA LUMPUR: The Subang Jaya Municipal Council’s move to ban Muslims from working in entertainment outlets serving liquor should be rescinded as it goes against the principle of human rights, said Tourism Minister Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Ng, who is also MCA vice-president, said the Selangor Pakatan Rakyat state government should have known better despite being a new government.

“We are very concerned with the ban especially since it affects the right of a person to work. Why was the order even appro­ved in the first place?

“It is an important issue as it touches on human rights and a person’s livelihood.

Aku bengang bila hal2 berkaitan agama dipolitikkan. Isu berkenaan arak, judi dan menyembah berhala telah dijelaskan dengan terang dan nyata di dalam Al-Quran dan hadis. Jadinya, larangan tentang arak tidak sepatutnya dikeluarkan kerana sebagai seorang Islam yang berilmu, mereka sepatutnya tahu apa yang halal dan apa yang haram. Kalau ikut hadis Nabi Muhammad S.A.W, bukan hanya orang minum arak dilaknat, ada lagi 9 orang yang lain termasuk yang membuat, menuang, membeli malah yang memakan hasil daripada jualan tersebut pun dilaknat Allah. Cubalah anda bayangkan, anak anda bekerja di kedai 24 jam yang ada menjual arak. Bagaimana dengan duit gajinya? Bagaimana dengan duit gajinya yang diberikan kepada anda sebagai membalas budi? Bagaimana anda hendak membelanjakan wang pemberian tersebut?

Aku lagi bengang bila ada 'Ustazah' membangkitkan hal2 Human Rights atau hak2 kebebasan bila kita cuba menghalang orang Islam daripada terlibat dengan penjualan arak. Apa tujuannya berkata demikian kalau tidak nak menjadi jaguh politik? Mana orang2 UMNO? Mana orang2 PAS? Mana orang2 PKR yang berani menyanggah pendapat 'Ustazah' ini? Tuan Guru Nik Aziz pun tak boleh nak jawab.

Sedih.

4 komen:

  1. Sepatutnya org2 berpendidikan agama tinggi mesti bangun mempertahankan maruah agama. Perkara macam ni perlu diberi penerangan/perbincangan. Memang sepatutnya orang islam dilarang bekerja di tempat yang menjual arak. Saya sokong 100%, bersesuaian kehendak agama Islam. Saya pasti orang2 Islam tak ada masalah bila pengharaman ni diteruskan, kecuali mereka yg tak faham agama je atau sudah tak mengendahkan agama lagi.

    BalasPadam
  2. DrSatriaN,

    Masalahnya orang bukan Islam pun menyibuk sekali memberi pandangan...Human Rights? Inilah jadinya bila isu2 ugama dipolitikkan.

    BalasPadam
  3. Jual arak untuk orang bukan islam sahaja ... itu saya setuju...

    Jual arak oleh orang islam ... itu saya tidak setuju.

    Jelas. Apapun segala hukuman ini ditanggung oleh pemerintah, jadi pilihlah pemerintah yang adil dan saksama.

    http://hasrulhassan.blogspot.com

    BalasPadam
  4. hasrul hassan,

    Salam perkenalan.
    Salam ziarah.

    Terima kasih jadi pengikut saya.

    BalasPadam