Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Januari 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini sambungan kisah pesakit 2 hari lepas. Hari ini dia datang untuk follow up. Aku suruh dia datang sebab aku nak ambik gambar dia sebenarnya. Tak datang follow up pun takpa. Aku juga ganti dressing dia Free Of Charged.

"Kau benarkan aku ambik gambar tangan kau kira Ok dah."



Aku terpaksa guna Silk 5 0 sebab aku kehabisan stok Dafilon aku. Dah dua minggu order tak sampai2. Jadi benang dia nampak serabut sikit. Aku dah cakap kat patient tapi dia tak kisah.

" Doktor jahit ajelah. Janji nampak cantik OKlah."



Ini tempat yang dijahit oleh doktor daripada Singapura. Satu benang dah tanggal bila aku buat dressing tadi.



Luka dia memang nampak hodoh sikit tapi aku dah buat yang terbaik untuk dia. Nak kena kejar sikit salesrep yang jual Dafilon kat aku tu. Janji tak tertunai...


6 ulasan:

  1. salamm doc..ya allah..sian nay..sakit agaknya tu kan..
    banayk jahitan nya..
    doktor pun tau kan apa yang terjadi kat klinik kerajaan kita ni..macam tulah yang akak alami..
    ulang alik ambik darah..tapi..bila ditanya..masih jugak..kta..mungkin itu..mungkin ini..dan akak pulak yang banyak bertanya..
    sepatutnya doktor yang memberitahu
    Tapi..nak buat macam mana..redho dan pasrah aje la..dua bulan sekali..ambik darah..
    bulan lepas 3 kali di ambik darah..

    BalasPadam
  2. Kak Erna,
    Saya simpati dengan nasib kakak.
    Juga pesakit2 lain.
    Dahlah appointment berbulan2.
    Tunggu berjam2.
    Dapat jumpa doktor tak sampai 5 minit.
    Ditanya tak tahu nak jawab.
    Kakak sakit apa sebenarnya?
    Apasal ambik darah selalu?

    Maaf sebab saya busybody...

    BalasPadam
  3. salam dr.zoul..
    tak pe..seorang doktor bertanya..buka kerana busy body kan..
    akak selalu keletihan..lesu sangat..
    tu yang doktor suruh ambik darah selaalu.
    bila masa letih..sampai tak berdaya nak buat apa pun..
    setakat ini dok.cuma teruskan ambik darah..dia kata mungkin kerana kolesterol tinggi..7 bacaannya..
    kencing manis..tak de..darah tinggi tak de..jantung..dia ada buat yang tengok graff tu..ok katanya..
    dah bertahun jugak..datang dan pergi..macam tu je la..
    akak ada cakap..soh doktor cek betul2 takut ada penyakit merbahaya..dia kata tak ada..
    pi klinik tu..bagi vitamin dan ubat kolesterol aje..

    BalasPadam
  4. Kak Erna,
    Entahlah. Susah saya nak cakap.

    Tapi kadang2 ubat kolesterol yang akak makan boleh jadikan badan rasa lemah. Kalau akak makan Simvastatin, memang banyak kesan sampingan seperti loya2, sakit kepala, kekejangan, sakit2 badan, kebas2 dsbnya. Tapi tak semua orang mengalaminya.

    Kolesterol level 7 tu agak tinggi. Saya tengok resepi2 dlm blog akak tu memang standard orang kitalah. Byk kolesterol. Selain makan ubat, makanan pun kena jaga jugak...

    BalasPadam
  5. ni kes mencuri ke sampai kena pakuk tangan? hmmm seriau tengok luka tu!

    BalasPadam
  6. DrNotts,
    Kerja wireman.
    Panjat memanjat.
    Jatuh tangga.
    Tangan sangkut kena aluminium.
    Rezeki halal beb...
    Tapi dah nama kemalangan.
    Begitulah nasibnya.
    Kalau tidak, doktor takda kerja pulak.

    BalasPadam