Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Januari 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Biasanya aku bercerita tentang rawatan di hospital kerajaan yang berhampiran dengan klinik aku. Tapi kali ini aku nak cerita pasal rawatan di klinik yang berada di seberang tambak. Rawatan di negara Singapura yang kononnya dah maju serba-serbi.

Ada seorang lelaki Malaysia bekerja di Singapura sebagai Wireman. Beliau terjatuh dan mengalami luka di tangan kanan beliau. Terdapat satu luka yang besar dan panjangnya lebih 4 inci di pergelangan tangan dan satu luka kecil sepanjang 1 inci di tapak tangan. Beliau telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta di sana dan rasanya doktor tersebut macam tak pernah kerja di Unit Kecemasan. Luka yang kecil dijahitnya manakala luka yang besar dibiarkan. Dia cakap kat pesakit biar luka itu sembuh sendiri dan tak perlu dijahit. Orang tak sekolah tinggi pun tahu luka tersebut perlu dijahit tapi doktor enggan menjahitnya. Beliau diberi satu suntikan dan dibekalkan Ponstan 250mg, Doxycycline 100mg dan Famotidine untuk elak gastrik bila makan antibiotik.

Beliau berjumpa denganku petang tadi dan meminta pendapatku tentang luka dan rawatan yang diberikan oleh doktor di Singapura. Aku merasa aneh, pelik dan hairan kerana luka yang besar memang teruk keadaannya. Sampai hati doktor tu tak nak jahit luka tersebut. Hairan juga aku kerana luka yang di tapak tangan taklah seteruk mana tapi 3 jahitan diberikan. Aku juga hairan kenapa Doxycycline dan bukannya Cloxacillin yang diberi kepada pesakit.

Sepanjang 45 minit aku menjahit lukanya, dia tak henti2 membodohkan doktor Singapura tu. Walaupun mereka sama sebangsa, dia memang memaki hamun doktor tersebut sepuas hati. Aku tak sempat nak ambik gambar luka dia. 10 jahitan kesemuanya. Bila dia tengok luka ditangannya dah 'cantik' barulah dia berhenti memaki hamun. Dia kata aku nak charged berapa banyak pun, chargedlah. Dia tak kisah katanya. Yang penting tangannya nampak seperti asal.

Rasanya kemerosotan kualiti doktor2 sekarang bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di luar negara juga.

Tadi ada satu patient lain. Aku rujuk beliau ke hospital untuk x-ray tulang belakang kerana dia mengadu sakit pinggang dah 4 tahun. Pemeriksaan x-ray beliau normal tetapi doktor di hospital beritahu dia kena penyakit batu karang pulak. Lumbosacral x-ray untuk tengok batu karang? Belum sempat dia duduk dan nak bertanya pasal batu karangnya, doktor dah siapkan preskripsi ubatnya. Dia tak tahu batu tu kat mana, besar ke kecik, bahaya ke tidak? Yang dia tahu, makan ubat sampai habis. Tiada penerangan pasal penjagaan, pencegahan ataupun rawatan susulan.

Memanglah Unit Pesakit Luar tu ramai patient. Tapi takkanlah tak boleh luangkan sedikit masa untuk memberi penerangan kepada pesakit? Padaku, doktor itu merawat x-ray dan bukannya pesakit. Confirmed ke tu batu karang dan bukannya phlebolith ataupun benda2 asing dalam usus?

Doktor dah makin ramai sekarang. Kalau kat hospital kerajaan, nisbah doktor:pesakit dah makin kurang. Tapi kenapa kualiti perkhidmatan masih tak juga berubah? Rasanya mutu perkhidmatan masih macam dulu2 jugak. Doktor2 sekarang kurang skil untuk bertanya soalan kat pesakit sedangkan 70-80% penyakit boleh diketahui hanya dengan bertanya soalan2 kat pesakit. Doktor2 sekarang lebih bergantung kepada ujian darah dan x-ray berbanding dengan mengambil sejarah riwayat pesakit dalam mengenalpasti sesuatu penyakit.

Aku menyokong cadangan kerajaan untuk mewajibkan semua doktor2 baru mengambil peperiksaan sebelum boleh menjadi Houseman. Ianya patut diwajibkan untuk semua doktor baru sama ada yang grad daripada luar atau dalam negara.

Baca blog drpagal.com untuk ulasan selanjutnya.

8 ulasan:

  1. laceration 4 inci takyah jahit???
    dia takut pitam tgk darah kot. kihkih
    padahal luka yg besar tu la yg bawak profit lebih ;)

    BalasPadam
  2. doxy for open wound?
    and is it necessary to prescribe Famotidine?

    pelik kan.
    rasnya MA kat sini pun lebih bijak dari Dr kat temasik tu

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. H4ni3,

    Bukan 4 inci. 4 cm...
    Salah kira2...

    BalasPadam
  5. luka besar 4cm x jahit? saya x ambik perubatan puuunn tahu..


    doktor kat spital daerah sy kebanyakannya bg penerangan..tanya pun byk!!..haha

    BalasPadam
  6. Hm.. betul tu. Kalo wound tu dirty pun, bole irrigate giler2. Dah bersih, mestilah kena jahit. Faster & clean wound healing. Biasanya kalo luka dah berhari2 &infected, baru la kita tak jahit. Tapi mesti cuci hari-hari.
    Hm.. peringatan utk diri sendiri, mesti bagi penerangan kat pesakit sebelum mereka balik. InsyaAllah!

    BalasPadam
  7. Doktor kena tahu tanggungjawap profession dia. Jangan cuma nak title Dr je... Kerja biar la ikhlas/ bersungguh2.. Kalau tak minat jadi Dr.. buat kerja lain.. Zaman skrg ni kadang2 Parent paksa anak jadi doktor.. ini la jadinya. IPT especially IPTS gilakan duit nak latih doktor baru.. tapi kualiti hancus..

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama,
    Wah! anda macam ahli politik.
    Terima kasih atas perhatian.
    Kalau semua orang berfikiran macam anda,
    selamat sikit dunia.

    BalasPadam