Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

19 Januari 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini


Anak anda berumur 13 tahun dan baru seminggu duduk di asrama. Penyelia asrama menelefon anda memberitahu bahawa anak anda mengalami sesak nafas dan telah di hantar ke hospital kerajaan. Walaubagaimanapun, anda kemudiannya diberitahu bahawa anda tiada sakit yang serius dan telah dibenarkan pulang ke asrama. Anda membawa anak kesayangan anda ke klinik berhampiran rumah anda untuk pemeriksaan lanjut. Doktor yang memeriksa anak anda memang ada memberitahu anda, bahawa anak anda sakit biasa sahaja. Dia memberi ubat penahan sakit, ubat angin dan ubat sakit urat kepada anak anda. Anda masih tak tahu apa penyakit anak anda walaupun banyak ubat yang diberikan. Bila anda tanya kat doktor, doktor cuma cakap sakit biasa aje. Sakit biasa tu apa? Bahaya ke tidak? Serius ke tidak? Anda risau kerana anda nak tinggalkan anak kesayangan anda jauh di asrama sana. Apa akan jadi selepas ini? Bila penyakitnya boleh sembuh?

Maka anda pasti akan pergi ke klinik lain malah ke rumah tok bomoh kerana banyak persoalan tentang anak anda yang anda tiada jawapannya. Bukan ubat yang dimahukan tetapi jawapan kepada soalan2 yang bermain dibenaknya. Kalau nak ubat, dah banyak sangat dah ubat kat rumah tu.

Budak yang berumur 13 tahun itu baru pertama kali duduk di asrama. Waktu tengah malam, dia tiba2 sakit dada dan sesak nafas. Keesokan harinya, penyelia asrama membawa dia ke klinik kesihatan dan Pembantu Perubatan hanya beri ubat angin sahaja. Malam berikutnya, sakitnya datang lagi dan beliau dibawa ke klinik swasta pulak. Ubat yang sama diberikan dan keadaannya masih tak berubah. Beliau di rujuk semula ke klinik kesihatan dan seterusnya dibawa menaiki ambulans ke hospital daerah. Ujian darah dan x-ray semuanya normal.

Bagaimana anda menghadapi situasi ini? Perlukah anda merujuk pesakit ke hospital pakar kerana bapanya meminta pemeriksaan 100% ke atas anaknya? Ubat apa yang paling mujarab untuk anaknya dan yang penting, apa diagnosisnya?

bersambung.

6 ulasan:

  1. rasanya budak ni ada masalah yg sama dgn adik saya dulu
    obat paling mujarab.. bawa saje pulang ke rumah.. biar dia menempel kat bawah ketiak mak :D

    BalasPadam
  2. arwah atuk sy meninggal sbb asma, emak saya pun sakit asma..dan beberapa lagi ahli keluarga saya yg lain juga penghidap asma..

    saya rasa sesak nafas tu mcm bahaya je..

    BalasPadam
  3. Zie,
    dah beberapa klinik dia pergi termasuk hospital.
    X-ray dan darah pun semua dah test.
    Semuanya normal.
    Ini bukan asthma.
    Ini namanya 'Somatization'.

    Macam Dr H4ni5 cakap,
    Balik rumah duduk bawah ketiak emak.
    Itulah ubatnya...

    BalasPadam
  4. hahahaha..mmg tricky sungguh bdk tu..haha..

    BalasPadam
  5. thehehe..teringat zaman aku lari dari asrama dulu..sebab nak balik umah rindu kat mak..

    BalasPadam
  6. its normal la utk budak2 yg baru tinggal berjauhan...
    coz sy pernah urus budak mcm tu..buat2 sesak nafas...lepas tu pengsan..sy plak automatik in charge budak2 yg stay kat hostel{uitm student]...kira under medical..but im not medical student..huhu...bila check ok jer...rupanya..bila tanya dr keesokan hari..sy bg tau nama budak tu...dr ckp...len kali amek minyak kapak..sapu kat idung...confirm sehat budak tu

    BalasPadam