Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Januari 2011

Aku dan Perubatan: Dulu & Sekarang



Zaman dulu, bidang perubatan adalah untuk mereka2 yang terpilih sahaja.
Masa tu cuma ada UM, UKM dan USM.
Setahun tak sampai 1000 doktor baru dikeluarkan.
Kadar yang failed, yang kena extend, yang kena repeat pun ramai.
Budak2 yang pandai2 bersaing untuk tempat yang terhad.
Persaingan yang sihat.
Tak kira miskin atau kaya, ada duit atau takda duit.
Kalau ada rezeki dapatlah.
Kalau tak, masuk Fakulti Pergigian atau Fakulti Sains ajelah.
Nak ke luar negara pun sama.
Kena bersaing jugak.



Zaman sekarang, bidang perubatan adalah satu perniagaan yang menguntungkan.
Tiada lagi persaingan.
Ada duit semua boleh jadi.
Ada berpuluh2 Fakulti Perubatan dalam Malaysia sekarang.
Nak ke luar negara pun tak susah.
India, Indonesia, Russia, pilih aje.
Janji ada cukup duitnya.
Kalau masuk, gerenti lulus punya.
Seratus peratus.
Jarang yang kena repeat, kena extend.
Apatahlagi yang failed.



Bila kena buat Houseman, baru tahu langit tu tinggi ke rendah.
Ambik darah tak pandai.
Clerking patient macam tak masuk akal.
Order investigation macam hospital tu bapak dia yang punya.
Full blood investigation termasuk yang tak relevan.
Diagnosis langsung tak kena.
Management memang sah out.
Nak resus patient bukak buku dulu.
Nak refer patient tak pandai.
Nak present case lagi tak pandai.
Itu belum kira bedside ethics and manners.



Tolonglah.
Kalau ada anak,
Jangan paksa mereka jadi doktor.
Walaupun mampu, carilah course yang mereka minat.
Doktor tak menjamin kekayaan.
Doktor tak menjamin kebahagiaan.
Doktor tak menjamin keglamouran.

Tolonglah.
Semua orang boleh menjadi doktor.
Doktor Mickey Mouse pun ramai.
Boleh beli degree kat internet.
Tak susah.

Tapi kasihanilah para pesakit yang datang.
Yang memerlukan pertolongan dan rawatan.
Nyawa pesakit ditangan anda.
Good doctors learned from their mistakes.
But everybody else keep repeating it.




3 ulasan:

  1. Saya setuju benor la dgn entry ini. Ramai parents and grandparends paksa anak/cucu sebab dia dulu tak dpt jadik doktol.

    Eh dgr citer doktol kat Malaysia dah terlebih eh?

    Org Malaysia nak title DR tu aje punn...

    BalasPadam
  2. zul,semua nak ada title DR kat depan .kat pekan sini tukang kasut pun letak title Dr juga.Dr. Kasut yang punya klinik kasut..dasyat kan?

    BalasPadam
  3. Saya jadi doktor kat dlm bilik consultation sahaja.
    Kalau kat luar, saya tak suka orang panggil saya doktor.
    Too formal...

    BalasPadam