Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

29 Januari 2011

Aku dan Sahabat Lama





Doktor ini aku kenal sangat. Dia pernah ajak aku jadi downline dia tapi aku tak berminat. Semasa dia jadi MO di hospital kerajaan, dia memang dah aktif dengan MLM. Hampir semua staf hospital termasuk abang ipar aku dipujuk untuk jadi downline dia. Macam2 syarikat MLM dia join. Dan akhirnya dia terus lekat dengan produk Transfer Factor ini. Dia meletak jawatan dengan kerajaan, bekerja dibeberapa buah klinik swasta sebelum melibatkan diri sepenuhnya dengan produk ini.

Aku tak irihati dengan kejayaannya tetapi ramai orang yang membeli produk ini kerana percaya ia boleh menyembuhkan segala penyakit termasuk kanser. Ubat ini tidak murah. Beratus2 ringgit untuk bekalan sebulan. Dan ianya perlu dimakan untuk tempoh yang lama untuk melihat hasilnya. Tapi setakat ini aku tak pernah jumpa orang yang sembuh daripada kanser kerana makan ubatan ini. Aku kasihan orang2 yang membeli produk ini dengan harga mahal dan yakin penyakitnya boleh disembuhkan. Padahal ianya hanyalah makanan kesihatan yang mungkin tiada unsur2 penyembuhan. Tiada hasil kajian saintifik yang telah membuktikan keberkesanannya. Hanya sekadar testimoni2 yang boleh dibeli dengan wang ringgit.

Aididleaks memang anti betul dengan doktor ini dan isterinya. Habis dimaki-hamunnya. Sekali lagi aku katakan, aku tak irihati dengan kejayaannya. Tetapi aku sedih kerana bangsa kita begitu mudah percaya dengan benda2 tak masuk akal ini. Bila namanya produk luar negara terus terima bulat2. Yang penting, duit masuk dan boleh hidup senang-lenang.

Ini bukan cara hidupku. Aku lebih rela hidup susah daripada hidup senang dengan memperdayakan orang lain.

p.s Sebagai International Diamond, berapalah agaknya pendapatan dia sebulan ye? Dan sebagai doktor perubatan yang berdaftar dengan MMC, bolehkah dia terlibat secara langsung dengan produk2 seperti ini? Aku musykil...


1 ulasan: