Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

28 Januari 2011

Aku dan Stress Zaman Remaja


Zaman remaja adalah zaman paling mencabar dalam perjalanan kehidupan seseorang. Anak sulungku sedang melaluinya dan aku dah nampak perubahan pada dirinya. Dia mula mendiamkan diri, mudah naik angin dan mula meninggikan suara bila ada sesuatu yang tak disukainya. Dia juga mula berminat mencari rakan2 sebaya dan mula mengurangkan aktiviti2 bersama keluarga.

Aku telah melalui zaman itu. Ianya satu tempoh masa yang panjang, yang menyedihkan dan penuh dengan tekanan. Sebagai anak lelaki sulung, aku tiada sesiapa untuk dijadikan contoh. Bapakku membiarkan aku seorang diri dan dia langsung tidak menghulurkan bantuan. Aku terkapai2 dan tercari2 mana arah nak dituju. Aku lebih rapat dengan beberapa orang rakan sebaya daripada emak bapakku. Kami sama2 meneroka pengalaman baru dialam baru seolah2 mencari jalan pulang setelah tersesat di dalam hutan. Sesungguhnya tak semua yang berjaya dan ada yang terus sesat atau hanyut ke tengah lautan.

Zaman remajaku agak membosankan. Banyak kali aku memberontak dan ada kalanya aku rasa cukup benci dengan kehidupanku dan emak bapakku. Zaman remajaku, aku banyak tak dapat apa yang aku inginkan. Emak bapakku tak dapat memberikan semua yang aku hajatkan. Kemiskinan hidup bermakna duit belanja keluarga adalah terhad. Aku selalu kesedihan kerana kawan2 sebaya boleh beli baju dan kasut mahal2, boleh beli basikal BMX, boleh pakai beg sekolah cantik2 bila ke sekolah dan berbelanja mewah bila dikantin sekolah. Bila giliran aku menjadi bapa, aku tak mahu anakku melalui pengalaman pahit sepertiku. Aku harap aku boleh sentiasa berada di sisinya, memberi tunjuk ajar dan bimbingan juga menjadi rakan kepadanya.

Mendidik anak bukan mudah sebenarnya terutama di zaman sekarang yang sentiasa terbuka luas. Pengaruh media massa terutamanya internet memang cukup besar. Aku tak boleh menghalang anak2ku daripada melayari internet kerana ianya telah menjadi satu keperluan. Aku juga tak boleh menghalang anak bermain PSP dan menonton Animax kerana keadaan di luar sana adalah lebih berbahaya. Aku tak boleh benarkan anak2ku bermain bola sepak atau mengayuh basikal tanpa pengawasan. Biarlah mereka duduk terperuk dalam rumah daripada dibiarkan di luar sana.

Kawan sekolah aku semasa di sekolah menengah tak lebih 10 orang. Kawan anak sulung aku di Facebook ada lebih 2 ribu orang. Mana dia dapat, aku pun tak tahu. Apa yang budak2 sekarang tulis kat FB aku langsung tak faham. Ayat2 pelik dengan simbol2 yang pada aku menjadikan budak2 sekarang lebih malas. Cuba tanya budak2 sekarang, siapa sahabat pena mereka. Cikgu suruh tulis surat tak rasmi pun tak tahu nak cerita tentang apa.

Mendidik anak2 remaja tidak boleh terlalu keras ataupun lembut. Ibarat bermain layang2, adakalanya tali perlu direntap kuat dan ada kalanya perlu dilepaskan perlahan2. Tapi pernah ke korang main layang2? Main masak2 pun dalam FB sekarang ni. Buat kek, bancuh air, mixed aiskrim semua guna tetikus sahaja. Dah takda siapa nak main layang2 sekarang kecuali masa Pesta Layang-Layang Pasir Gudang.

Konflik antara remaja dan ibubapa wujud kerana kedua2 pihak sentiasa mempunyai pandangan yang berbeza. Antaranya:
  1. Ibubapa jarang dapat memahami perasaan dan keperluan anaknya yang telah meningkat remaja. Mereka masih beranggapan bahwa anaknya masih kecil yang sentiasa patuh dan taat kepada ibubapanya.
  2. Ibubapa sebagai orang lebih tua sentiasa beranggapan bahawa mereka 'lebih mengetahui' dan sukar menerima pandangan anaknya.
  3. Ibubapa terlalu memberi harapan yang tinggi terhadap pelajaran anaknya menyebabkan emosi mereka tertekan. Ini menyebabkan mereka sentiasa takut kepada ibubapa sendiri seterusnya melahirkan perasaan benci.
  4. Ibubapa selalu mengenakan peraturan yang ketat kepada anaknya kerana takut anaknya akan terpengaruh dengan persekitarannya. Ini menyebabkan mereka merasa terkongkong seterusnya akan memberontak.
Sebagai anak remaja:
  1. Remaja menunjukkan perasaan ingin bebas daripada kawalan ibubapa. Mereka mulai menunjukkan sifat autoriti dalam memilih jalan hidup sendiri.
  2. Remaja mula cenderung untuk berpisah daripada sekatan keluarga dan lebih rapat dengan rakan2 sebaya. Mereka merasakan rakan2 lebih memahami perasaan dan kehendak mereka.
  3. Remaja merasakan matlamat yang ditentukan oleh ibubapa tidak sesuai atau realistik.
  4. Ibubapa menghalang persahabatan mereka dengan rakan2 sebaya menyebabkan mereka rasa tercabar.
Konflik antara anak dan ibubapa hanya akan berakhir setelah anak mencapai usia 17-20 tahun. Lama lagi tu. Jadi bagaimana nak mengelak daripada berlakunya konflik?

Strategi Asmah Bee (1994)
  1. Pemberian kasih sayang yang ikhlas dan sejati. Ianya perlu ditunjukkan secar berterusan dan tidak bersyarat. Tidak bersyarat bermakna masih menyayangi walaupun anak melakukan kesilapan.
  2. Memperuntukan masa bersama2 dengan bermain, berbual dan bercakap2 dengan anak2.
  3. Mengenakan disiplin yang kukuh dimana ibubapa perlu bersikap autoritatif dan tegas dalam melaksanakan undang2 asas seperti sembahyang, menghormati orang tua, adab2 ketika makan dan sebagainya.
  4. Saling hormat-menghormati dengan ibubapa bertindak sebagai contoh tauladan.
  5. Memberi didikan yang betul kepada anak2 iaitu menghormati, mengawasi, memberi penjelasan dan memberi peluang kepada anak untuk membuat keputusan.
  6. Layan anak2 dengan mesra.
  7. Memberi peluang anak bersuara dan mendengar pendapat mereka.
  8. Bersifat realistik dan menggalakkan anak supaya berdikari.
Menjadi remaja hanya sekali. Menjadi bapa juga hanya sekali. Belajarlah memahami kehendak anak remaja dan bukannya sentiasa mencari kesalahan mereka. Kadang2 kita perlu biarkan anak2 melakukan kesilapan sekali-sekala kerana mereka juga perlu belajar daripada kesilapan. Kejayaan adalah 99% kesilapan, itu kata Einstein.

p.s Entri ini ditujukan khas kepada myWife yang turut bertungkus-lumus membesarkan anak2.


5 ulasan:

  1. di satu peringkat, penah saya rasa malu dgn mak abah saya... malu nak kenalkan kepada kawan2.. bila dah besar, terasa teruknya saya ketika itu.. tapi itu semua adalah part and parcel masa teenager.. saya harap anak saya pun tak malu dgn saya nanti..

    BalasPadam
  2. Ulasan mantap dan menarik! Suke! :)

    BalasPadam
  3. Salam..

    kebanyakan pengalaman silam ibubapa sudah tidak boleh diguna untuk mendidik anak, terutama remaja, kerana zaman dan jurang generasi yang sangat berbeza, dan membanding-bandingkan dengan mereka boleh membuatkan mereka menjadi lebih jauh...

    trend dan kehendak remaja hari ini juga boleh menjadi sangat berbeza, bahkan lapuk, berbanding apabila adik2 mereka pula menjadi remaja...

    Ibubapalah yang terpaksa berusaha lebih keras untuk memahami kehendak dan trend mereka yang terlalu cepat berubah itu...

    gambatte, doc...=)

    p/s:kadang2 pening bila membaca tulisan2 pakcik2 dan makcik2 di fb..menulis dgn gaya bahasa org lama, adussss......

    BalasPadam
  4. salam doc..

    tulisan doc kali ini betul2 membuatkan saya terkedu.. kerana memikirkan apakah sejarah mungkin berulang. kerana saya agak keras kepala dikala remaja.

    kini bila jadi ibu, baru terasa jerihnya nak membesarkan anak perempuan. apakah mental fizikal saya bersedia utk berhadapan masalah mereka ini nanti..

    BalasPadam
  5. Ini entri paling jujur dan terkesan dihati saya. Siapa2 yang ada anak dara dan bujang, baru akan terasa kebenarannya.
    Percayalah...

    BalasPadam