Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Januari 2011

Aku ke Ayer Hitam

Dah lama aku tak ke Pekan Ayer Hitam. Memandangkan cuaca hari ini baik, aku bawak famili aku jalan-jalan sambil bawak kamera. Mula2 ingat nak singgah di Tropical Village tapi tempat tu dah lengang. Hanya kelihatan sepasang pengantin dan photographer tengah posing untuk Wedding Photo mereka. Aku malas nak join.

Pekan Ayer Hitam dah semakin membangun. Banyak bangunan2 baru dan jalan semakin lebar. Cuma gerai2 yang lama masih serabut macam dulu jugak. Memandangkan Tahun Baru Cina semakin hampir, ramai juga orang membeli-belah.

Satu yang pasti tak berubah ialah nyonya2 tua yang berjalan ke hulu dan ke hilir menjual sayur2an segar kepada orang ramai. Tekun betul aku tengok mereka berniaga. Daripada dulu sampailah sekarang.


Lepas Ayer Hitam, aku singgah ke Kluang sekejap. Tapi tak ada apa yang menarik. Kedai2 sekitar Prime City dah semakin lengang kerana ramai yang dah berpindah ke Kluang Parade.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan