Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

26 Januari 2011

Aku, Pilihanraya Kecil dan Duit Kita


Politik di Malaysia ibarat Cinetron Indonesia yang banyak ditayang kat TV3, TV9, Astro Prima, Astro Aruna dan Astro Tayangan Hebat. Ianya tak pernah ada kesudahan. Meleret2 panjangnya. Tak habis2. Apa tujuannya? Nak untung banyaklah apa lagi. Begitu juga dengan suasana politik kita. Dahlah gaduh tak habis2. Belumpun 3 tahun, dah ada 15 dan mungkin 18 pilihanraya kecil yang terpaksa diadakan semula. Boleh masuk dalam Guinness World Record.

Kalau satu pilihanraya kecil melibatkan kos RM 8 juta hanya untuk bayar elaun polis dan pasukan keselamatan, cuba korang darabkan dengan 18. Ini belum lagi dikira kos yang ditanggung oleh parti2 pemerintah untuk merayu undi, untuk menjalankan kempen2 bagi memastikan mereka kekal berkuasa. Sewa rumah, sewa hotel, sewa khemah, kos katering, kos sound system semuanya naik berlipat kali ganda. Pegawai2 kerajaan semua dikerah turun padang untuk buat ceramah, forum, majlis ramah mesra dan sebagainya bagi menunjukkan kerajaan yang ada sekarang prihatin dengan kesejahteraan rakyat. Itu duit rakyat yang dibelanjakan. Duit income tax aku hasil daripada memblogging habis digunakan di DUN Tenang.

Aku jumpa seorang pegawai Jabatan Pertanian minggu lepas. Sempena pilihanraya kecil di DUN Tenang, mereka kena buat program dengan penduduk kampung. Kalau hari biasa, Nasi Briyani 6 ringgit, sekarang dah 12 ringgit sekepala. Itu baru satu program. Itu baru Nasi Briyani. Yang lain2? Air Katira? Otak2 Kempas? Ayam Penyek? Mahunya tidak habis berpuluh juta demi untuk memenangkan satu kerusi.

Tadi ada satu staf hospital datang klinik aku. La ni nak ambik ubat kat hospital bukan main susah katanya. Tak macam dulu. Stok ubat banyak yang takda. Sekarang baru aku tahu mana perginya duit kerajaan. Ini baru bulan satu beb! Patutnya peruntukan tahunan tengah banyak ni.

Aku sokong cadangan Menteri Kesihatan untuk mewajibkan pemeriksaan kesihatan secara berkala dikalangan ahli2 politik. Tapi aku ada cadangan lagi baik. Kalau pemain bolasepak pro nak pindah kelab kena buat medical test, semua bakal calon MP atau ADUN pun kena buat sama. At least BMI kena dalam range ideal, paras kolesterol normal dan yang penting, kena lulus Stress Test. Kalau camtu, orang2 lama yang dah patut turun takhta memang tak layak dah. Senanglah orang2 muda macam aku nak jadi calon pilihanraya.

Kalau aku boleh mengundi di DUN Tenang, aku akan pangkah calon PAS. Bukan sebab aku menyokong parti PAS atau Pakatan Rakyat tetapi kerana aku sukakan penampilannya dan personalitinya. Bekas guru adalah lebih bersih jiwanya banding bekas penolong pegawai daerah. Juga kelantangan MCA dan BN memainkan isu calon PAS tak nak bersalam dengan pengundi lelaki cukup menjengkelkan. Takda isu lain ke? Ini isu agama juga hak individu. Human Rights kata Yen Yen.

Maaf. Aku tak menyokong mana2 parti. Aku menyokong calon2 yang berwibawa. Kalau DAP boleh mengemukakan calon yang bagus, aku pasti akan pangkah DAP dalam PRU akan datang. Tapi setakat ini, semua calon2nya haprak.

MPs and reps may have to undergo compulsory yearly medical check-ups

By NG CHENG YEE
chengyee@thestar.com.my

PETALING JAYA: Elected representatives may have to go for compulsory annual medical check-ups to ensure they are physically fit to serve the people. Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai said he would make the proposal at the next Cabinet meeting because many by-elections had been called following the deaths of elected representatives from various illnesses.

“Currently, we just let the elected representatives take the initiative to go for medical check-ups but we want to make sure that they go for at least one every year,” he said.

“We will also make sure they get reminders for the scheduled check-ups.

He stressed that the move would help Members of Parliament and state assemblymen keep tabs on their health status and ensure they were fit enough to serve the rakyat.

“If the examinations show that they are unhealthy, we will ensure they get the appropriate treatment immediately,” he said.

Since the general election in March 2008, 14 by-elections have been held with one more to be announced following the death of Merlimau assemblyman Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan on Thursday. The number of by-elections so far is the highest in the country’s electoral history. Eleven by-elections were called after the elected representatives died from various illnesses, including heart problems, cancer, stroke and lung infection. Of the remaining four, three were held after the elected representatives vacated their seats in the Permatang Pauh parliamentary and Penanti and Bukit Selambau state seats. A by-election was also held in Batu Sapi, Sabah after its MP Datuk Edmund Chong Ket Wah died in a road accident.

It was reported that the police spent nearly RM40mil on the first five by-elections to maintain peace and security: RM2.8mil in Permatang Pauh, RM15.3mil in Kuala Terengganu, RM10.7mil (Bukit Gantang), RM6.4mil (Bukit Selambau) and RM4.6mil (Batang Ai).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan