12 Januari 2011

Ikan Kaloiku dah 5 bulan...

Ini ikan kaloiku. Aku bela sejak 23 Ogos 2010. Hampir 5 bulan usianya.


Bilakah usianya akan berakhir?

Aku cilok resepi masak ikan kaloi dari sini.

Ikan Kaloi Masak Lemak

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan kaloi-di potong 3
  • 10-15 biji cili padi (kalau nak pedas tambah lagi)
  • 300ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 1 helai daun kunyit-disiat-siat
    2 batang serai-di titik hujung
  • 1 keping asam keping
  • sedikit kunyit serbuk ataupun kunyit hidup
  • garam secukupnya
Cara-cara

1. Bersihkan ikan kaloi dan perapkan dengan air jus limau kasturi (dlm 2 biji) dan sedikit garam selama 30 minit.
2. Bilas semula ikan kaloi dan toskan.
3. Tumbuk cili api, kunyit hidup, garam dan halia. Titikkan serai.
4. Masukkan bahan yang telah di tumbuk bersama sedikit santan pekat yang telah di campur air ke dalam periuk. Tinggalkan sedikit yer utk masukkan penghabisan nanti.
5. Gunakan api perlahan dan kacau selalu sehingga santan mendidih (takut naik/pecah minyak).
7. Bila dah mendidih, masukkan ikan kaloi, asam keping dan daun kunyit.
8. Masukkan lebihan santan pekat dan garam dan biar mendidih sekali lagi dan boleh di rasa dan di tutup api.



Adakah begini berakhirnya nasib ikan kaloi ku? Entahlah...

5 komen:

  1. hahaha!!! gambar ikan kaloi dan resepi. ini nightmare bagi si ikan kaloi. hahah!!!

    BalasPadam
  2. Khabarnya Kaloi Masak Sweet & Sour pun sedap...

    BalasPadam
  3. kaloi lawa pesen gambar itu kompem sayang nak buat masak..kalau saya lah..xtau lah kalau doc nak buat makan..heheh

    BalasPadam
  4. bro ,saya copy gambo ikan kaloi nie, tampal kat blog. saya bagi kredit dekat bro

    BalasPadam