Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

13 Januari 2011

Kenapa aku anti-MLM

Perenggan2 berikut aku cilok daripada Aididleaks. Cerita dan tulisannya memang gila2 tetapi ada ilmu dan kebenaran disebaliknya. Aku sokong dia 100% kerana aku memang anti-MLM.

Syarikat-syarikat MLM ni jual alat memancing la kiranya, dan jual sekali dengan impian untuk dapat banyak ikan. Jadi ramai la orang Melayu nak memancing sekarang ni, dengan mengimpikan berpuluh kilo ikan bermacam jenis nak dibawa balik ke rumah, dan masing-masing mengajak adik-beradik, sedara-mara, kawan-kawan dan jugak orang yang tak dikenali, beli manyak-manyak alat memancing jugak. Mari ramai-ramai pegi memancing kat sungai dan laut dan lombong dan kedai memancing kat tengah pekan... tak kesah la mana-mana pun. Akhirnya yang kaya adalah syarikat MLM dan apek kedai pancing, sedangkan orang Melayu kebanyakannya hanya buang duit beli tali pancing dan joran dan ntah apemendenye lagik... simpan dalam store. Ada sekor-dua orang Melayu buat MLM yang bawak sekor-dua ikan balik rumah.

Percayalah, CEO dan kuncu-kuncu teratas dalam sesuatu syarikat MLM tu mesti tak pakai atau makan atau minum produk dia orang sendiri... wanna bet? Korang ingat CEO Hai-O ada pakai penapis air Hai-O yang dipasarkan kat orang Melayu tu semua. Korang rasa dia ada pasang menatang Bio-Aura tu kat rumah dia sendiri ke? Pegi la buat inspection. Penapis air Hai-O Bio-Aura yang berteknologi tinggi yang diwar-warkan hebat gila bab, tapi dihasilkan oleh Electrofast Manufacturing Sdn Bhd di 10383, Jalan Sungai Mati, Klang (yang juga supply penapis air berjenama Hijrah Muafakat, Aqua Pure, DCL, Imtiyaz, Sukida dan banyak syarikat MLM lain). Satu company cha ya nun alip yang menghasilkan pelbagai jenis produk penapis air untuk lebih 10 syarikat MLM. Benda kat dalam penapis tu lebih-kurang sama aje - tapi casing lain, dan cap kat luar lain. Ada syarikat jual RM500 sebijik, dan ada yang jual RM3,600 seketul - fikirkanlah. Macamana kerajaan boleh tutup mata sebelah tentang perlakuan syarikat MLM sebegini, ahli politik aje la yang boleh jawab kut. For the sake of free-market, or for the sake of plain ol' money, maybe?

Sure, memang la ada yang berjaya buat MLM dan jadi kaya-raya. Bulan lepas ada keluar success-story dalam majalah usahawan SUKSES tentang sorang mamat untung besar jual jus manggis Vemma (produk dengan harga 171 hengget sebotol), yang dijual pada pakcik-makcik yang sepatah haram tak faham apa-apa pasal sains perubatan - yang kena kelentong bulat-bulat suruh telan jus manggis, yang mana asalnya manggis tu dieksport ke US, dan diimport semula ke Malaysia untuk diminum oleh orang-orang kita. Kan kerja bongok namanya tu? Satu botol Vemma lebih-kurang sama dengan harga dengan 350 bijik manggis segar... wadefak? Malaysia ni pengeluar manggis kakak oi! Manggis segar tu pulak takde bahan kimia atau pengawit... aku pasti yang Allah takde letak apa-apa racun atau pengawit dalam manggis segar tu semua. Ya, ya, ya... Vemma tu produk canggih. Canggih kepala lutut lu! Canggih sampai sanggup cerita hal-hal perubatan yang bukan-bukan, demi mendapatkan keuntungan berlipat-ganda, sekaligus dapat sedekah duit orang Melayu kepada omputeh kat US? Orang Melayu selain bahalol matematik, juga golongan manusia yang sangat pemurah dan suka bersedekah duit free-free kat omputeh alkafirun di mana sahaja.
Satu benda yang korang akan selalu dengar daripada mulut upline adalah berkenaan hebatnya sistem MLM masing-masing dengan sales-pitch yang out-of-this-world... "bzns eXfuze ni different bro, MLM lain memang takleh challenge punya. 7 super-foods. Kalau ko join, sure untung besar!". Atau, "Hai-O ni very strong company, Ismail Sabri Yaakob ada kasi anugerah syarikat beretika hari tu - tak kan rugi kak, company sah lulus syariah. Mesti best neh". Atau, "produk Transfer Factor ni one-of-a-kind, hanya 4Life yang berjaya kasi transfer imuniti daripada lembu dan ayam pada manusia, hinggakan Russian Health Ministry sendiri buat blog kat blogspot - gila bab punya advanced dan cokia' Russian Health Ministry ni! Oi bahalol - ko dengar cakap aku ni, kalau tak aku pelangkong kepala ko tu!".

Last sekali, aku kasi korang fakta ni: Secara purata, 99.95% network marketers akan kerugian. Tapi, kalau ko pegi Genting main judi, ko stop kat meja roullete, dan letak semua duit yang ko ada kat satu nombor... katalah nombor 17. Untuk semua orang yang berjudi (dari segi statistik) yang meletak duit pada satu nombor (seperti nombor 17) itu, kadar kerugian mereka adalah 97.14%. Faham bro? Maksudnya kadar kerugian orang join MLM lagi tinggi daripada kadar orang kalah judi di meja roulette. Tapi takde la aku nak advice korang pegi berjudi pulak dey...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan