Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Aku dan Politik Kampus

Imej
Ohhh pelajar Melayu Pilihan raya kampus sekali lagi menjadi isu. Kali ini makin panas dan tegang. Di Universiti Putra Malaysia (UPM) misalnya, lima pengawal keselamatan cedera kerana terpaksa mengawal demonstrasi pelajar. Di Universiti Malaya (UM), ada calon yang didakwa berbohong dan pura-pura menghilangkan diri.
Awang tidak berminat untuk mengulas tentang keputusan pilihan raya. Yang lebih mengganggu fikiran ialah budaya berpolitik yang tidak sihat di kalangan pelajar kita terutamanya Melayu.
Ketika ramai pelajar bukan Melayu menumpukan perhatian kepada pengajian, pelajar Melayu lebih ghairah berpolitik. Emosi lebih menguasai mereka. Sudahlah ramai pelajar Melayu sekadar sederhana dalam prestasi akademik, malas membaca, lemah pengetahuan am dan kurang keyakinan diri, ia diburukkan lagi dengan sentimen berpolitik ala samseng. Seorang pemimpin pelajar Cina di UKM turut membantah akhlak yang diperlihatkan oleh golongan pelajar Melayu yang bersikap biadap dan melanggar…

Aku dan Muammar Al-Gaddafi

Imej
Siapa itu Muammar Al-Gaddafi?
Baca ini dan fikirlah sendiri.

Ten things you might not know about Colonel Gaddafi
By Harry Underwood
On September 1, Libya's Colonel Muammar Gaddafi will celebrate the 40th anniversary of the bloodless coup in which he overthrew King Idris I. Since 1969, when he took power as a stylish, and, at only 27, very young revolutionary leader, he has supported terrorism, led a pariah state and brutally quelled opposition dissent.
While there are questions from some quarters over Libya's culpability in the Lockerbie tragedy - back in the headlines because of Abdelbaset al-Megrahi's controversial release from a Scottish jail - there is no doubt that Gaddafi has been responsible for financing many high-profile terrorists.
Libya was linked with the Black September Movement which carried out the massacre of Israeli athletes at the 1972 Munich Olympics, and the bombing of a Berlin disco in 1986 in which three died and many US soldiers were …

Aku dan Tiga Lebuhraya

Imej
Hari minggu.
Ada keperluan untuk ke Ulu Tiram.
Masuk Lebuhraya Utara Selatan.
Transit di Lebuhraya LINK Kedua.
Masuk ke Lebuhraya Senai Desaru.
45 km seperjalanan.
20 minit sahaja.


Plaza Tol Kulaijaya.

Lebuhraya PLUS di hujung minggu.

Plaza Tol Senai.


Keadaan jalan di Lebuhraya Senai-Desaru.
Tak tahu nak komen.

SmartTag yang smart.

Aku dan Police Roadblock

Imej
Petang Sabtu.
Hari yang paling sesuai untuk beristirahat.
Jom ke bandar.
Di jalan arah bertentangan,
ada kesesakan yang teruk.
Daripada persimpangan ke UTM sampai ke depan KIP Mart.
3-4 km jaraknya.
Jalan 3 lorong tinggal selorong.
Sebabnya?
Polis sibuk buat sekatan jalanraya.
Tujuannya? Entahlah.
Persoalannya:
1. Apa tujuannya buat di hujung minggu?
2. Kenapa hanya buka satu lorong? Kenapa tak dua lorong?
3. Kenapa hanya sorang dua polis yang memantau kenderaan2 yang lalu?
4. Kenapa yang lain2 duduk bersembang di bawah payung?
5. Kenapa mereka tak kisah kenderaan yang dah semakin sesak dan banyak?
6. Kenapa semua kereta sekadar perlahan dan dibenarkan lalu?
7. Apa yang nak diperiksa sebenarnya?
Aku masih tak faham tujuannya.
Kalau sekadar nak claimed overtime ataupun sekadar nak capai NKRA,
pergi jahanamlah kat itu semua.
Ini sudah kali ke 3.
Setiap kali balik daripada Jusco Taman U mesti kena punya...

Aku nak ke Singapore

Imej
Bila kali terakhir aku ke Singapura?
Rasanya masa tu umurku baru 7 tahun.
Seringgit duit sini sama dengan seringgit duit sana.
Dah lebih 30 tahun tu.
Sekarang seringgit duit sini=40 sen duit sana.
Tapi apa bolehku buat?
Bila dah pegang pasport ni,
kepala mulalah ligat nak jalan aje.
Apa khabar agaknya jiran kita di sana?
Khabarnya Singapore dah makin cantik dan menarik.
Boleh jalan2 makan angin.
Boleh tangkap gambar banyak2.
Boleh tambah pengalaman.
Boleh hilangkan kebosanan.
Bilalah agaknya ya?

Aku dan Laman Impiana

Imej
Dah beli majalah Laman yang baru?
Gambar gazebo aku masuk majalah lagi.
Ramai yang tanya,
kalau gambar masuk majalah dapat imbuhan ke?
Dapat? Dapat apa?
Tak dapat apa2.
Hanya glamour sementara.
Berbaloi?
Entahlah.


Aku dan Online Shopping

Imej
Ini cerita dulu2.
Kalau nak beli jersi bola,
kena pergi ke Al-Ikhsan.
Jersi original ratusan ringgit.
Atau tunggu bila jalan2 sampai ke Kelantan.
Jersi2 tiruan berlambak2 di Rantau Panjang.
Atau tunggu Pesta Konvo di UTM.
Jersi2 tiruan hampir original.
Harga puluhan ringgit sahaja.
Ini cerita sekarang.
Anak bungsu aku yang ajarkan.
Order on line.
Confirmed by email.
Bayar guna CIMB online.
2 hari dapat barangnya.
Harga berpatutan.
Kualiti memuaskan.
Sapa nak jersi Safee Sali?
Cari di sini.

Aku ke Pejabat Imigresen

Imej
Berita sangat baik.
Pejabat Imigresen baru dibuka di Kulai Hypermarket.
Bermula 1 Februari yang lalu.
Tak payah susah2 nak ke bandar JB.



Pukul 8 pagi aku dah sampai kat pintu masuk.
Dapat angka giliran yang ke 19.
Pukul 8.40 pagi, nomborku dipanggil.
Kaunter No 4.
Pegawai lelaki baju putih dibelakangnya pesakit aku rupanya.
Dari jauh dia dah tegur aku.
Dia kata nak tolong aku.



Tapi ada masalah sikit.
Gambar yang aku print sendiri tak diterima.
Kena gambar semula.
Nak tak nak kena ke kiosk kat sebelah pejabat.
Walaupun kamera aku lebih mahal,
tapi ink printer aku guna yang Cap Ayam aje.
Hampeh betul.



Biasanya 2 jam baru siap.
Tapi tak sampai 15 minit, passport aku dah siap.
Pegawai tadi/patient aku tolong aku potong queue.
Sempat lagi aku masuk ofis pukul 9.30 pagi.
Untung jadi doktor ni ye?



Selepas ni, panjanglah langkahku.
Semua negara aku boleh pergi.
Kecuali Israel.



Aku dan masalah Calvin Charles

Salam 1Malaysia! Nama saya Calvin dari Sarawak pelajar Asasi Sains UiTM. Saya ingin bertanya bidang apakah yang mempunyai kaitan yang kuat dengan bidang perubatan? Boleh tak anda tolong saya menjawab solan ini.

I really intended to be a medical doctor. But since I don't think I can perform this Foundation programme I have to think what degree course should I take. Can you please suggest some for me? Your cooperation will be appreciated.

Calvin Charles adalah salah seorang pengikutku.
Ini masalah dia.
Kawan-kawan doktorku,
Ada apa2 cadangan dan pandangan?
Aku tengah buntu ni.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Minggu ini mood aku tak berapa baik.
Pesakit ramai di klinik.
Urusan2 peribadi pun banyak.
Banyak perkara yang masih pending.
Alangkah bagus kalau sehari ada lebih 24 jam.
Senang aku nak adjust masa yang terhad.
Mamat Nepal yang di atas dah 2 minggu di klinik aku.
Walaupun doktor kerajaan suruh dressing hari2,
pergi jahaman dengan arahan dia.
Kalau nak hari2 dressing, buatlah sendiri.
Bukannya dia kira patient tu duduk kat mana,
Siapa nak hantar ke klinik setiap hari.
Siapa nak bayar kos dressing hari2.
Berapa lama aku ambik masa untuk 'siapkan' dia setiap kali dia datang.
Ada dia ambik kisah?
Tahu semuanya OK sahaja.
Tapi mamat Nepal ni menceriakan hari2 aku yang murung.
Dia dah boleh tersenyum.
Dia dah boleh berkata2.
Dia dah tak rasa sakit bila aku cuci luka dia.
Kawan2 yang ikut dia pun dah berani datang tengok luka dia.
Seminggu lagi tamatlah rawatannya.


Aku dan borang JPJ

Imej
Ini borang JPJ L8A.
Untuk memohon lesen GDL dan PSV.
Aku jarang baca.
Just pangkah sahaja.
2 muka surat tu.
Cuba tengok soalan no 3.
Sukar melihat dalam gelap?
Siapa boleh melihat dalam gelap?
Kucing dan burung hantu bolehlah kan?
Jadi nak pangkah kat mana?
Ya atau Tidak?
Masih musykil sampai sekarang.

Aku dan Hari Ini

Imej
Dapat majalah free.



Dapat tip free.



Dapat keluarkan mutiara daripada hidung.
Modalnya paper clip aje.
Tak sampai pun seminit.
Selesai masalah dan kerisauan seorang ibu.
Kalau ikut MMA,
aku boleh charge puluhan ringgit.
Tapi, tergamakkah aku?
Self satisfaction is more important.
"Terima kasih doktor" pun sudah memadai.
Hidup bukan semata2 kerana wang.
Walaupun wang boleh membayar segala bil.
Wang tidak menjanjikan kebahagiaan.

Aku Ada Hero Baru

Imej
Ini hero baruku.
Azizulhasni Awang
The Pocket Rocket Man.
Walaupun saiz badannya kecil.
Itu bukan halangan.
Untuk dia bersaing dengan orang2 barat yang jauh lebih bertenaga.
Semoga beliau cepat sembuh.
Aku mengharap emas Olimpik pertama daripadanya.





Aku dan Tokek Dalam Botol

Imej
Kan aku dah kata, mana mungkin harga cicak ni juta2 ringgit? Juta2 rupiah adalah...
Lizard smuggler nabbed at checkpointBy AUSTIN CAMOENSJOHOR BARU: A 40-year-old man’s attempt to smuggle five Tucktoo lizards (tokek) worth an estimated RM85,000 was thwarted by authorities here. The man, an Indonesian national, was detained at the Customs and Immigration checkpoint here at the Stulang Laut Ferry terminal at about 6.30pm on Sunday. State Malaysian Quarantine and Inspection Services (Maqis) deputy director Siti Nur Ahmad said initial investigations had found that the lizards were brought in through Batam, Indonesia and were hidden in five bottles that were stored inside a box.Lizard in the bottle: Siti Nur showing one of the five Tucktoo lizards seized by officials at the Stulang Laut ferry terminal on Sunday. “The suspect came into the country via a ferry on a visitor’s pass. An X-ray scanner spotted the smuggled reptiles when the man brought his luggage through the checkpoint…

Aku dan Audition Mentor 5

Imej
Malam ini aku berkesempatan menonton program Mentor 5.
Ada Rahim Maarof.
Ada Kak Pah.
Ada Noh Hujan.
Ada Edry KRU.
Semua belum dapat protege lagi.
Aku bukannya suka sangat tengok rancangan realiti ni.
Terutama bila tengok anak2 bangsa kita kemaruk nak jadi penyanyi.
Mereka sanggup buat apa sahaja.
Bakat memang takda.
Nyanyi entah hapa2.
Tapi masih ada hati nak jadi artis.
Nak masuk tv. Nak glamour.
Malam ini, Mentor dah jadi macam rancangan Bersamamu pulak.
Apa nak malu kerja jaga lembu?
Apa nak heran tidur depan Sogo?
Nak jadi protege kena ada bakat.
Bukannya menjaja cerita2 sedih.
Kena usaha dik. Bukannya harap belas kasihan.
Aku sokong cara Rahim Maarof.
Dia professional. Dia pandai menyusun kata2.
Macam pesakit ke klinik panel di pagi hari Isnin.
Menjaja cerita2 sedih untuk dapatkan MC.
Aku kena professional jugak. Kena pandai susun kata2.
Tapi disebabkan takda kamera kat depan mata.
Senang aje jawapannya.
" Kau nampak tak itu pintu besar?"
Ayat Ahmad Nisfu dalam Seniman Bujang Lapok aku pakai.

Aku dan Rancangan Nona

Aku memang jarang tengok Nona ni
kecuali part hujung2 yang tunjuk hobi
dan koleksi personaliti tertentu.
Part tunjuk majlis2 kahwin orang2 kaya memang aku cukup tak gemar.
Balik2 nak tunjuk betapa gah dan hebatnya mereka yang banyak duit berbelanja.
Apa signifikannya ye?
Entahlah.
Nak beri orang2 yang tak kaya
dan yang tak dapat menghadiri majlis tersebut sama2 berkongsi kegembiraan mereka gamaknya. Lebih baik tengok Majalah 3.
Lagi banyak faedahnya.

Ubah isi kandungan Nona MEMANG pada dasarnya rancangan Nona yang disiarkan setiap hari Ahad, pukul 2 petang merupakan sebuah rancangan yang bagus. Banyak maklumat untuk sesiapa sahaja terkandung dalam rancangan tersebut. Mungkin pihak produksi ingat dengan kemasukan Vanidah Imran, maka rancangan tersebut akan kembali popular seperti dahulu. Tapi sebagai peminat saya tak rasa itu satu perkara yang benar. Sejujurnya banyak kandungan rancangan ini yang cukup klise dan menjemukan. Saban minggu hanya acara perkahwinan orang kaya-kaya sa…

Aku dan Hari Ini

Imej
Pagi hari minggu.
Duduk bersarapan sambil baca Mingguan Malaysia.
Ditemani si Chetam yang semakin legam




Tengahari ke JB.
Tak sampai ke Pasir Gudang.
Wife dan anak2 dah boikot.
Tak nak tengok Pesta Layang-layang.
Panas, padat dan kurang hiburan.
Apa kata ke Pameran Belon Panas Putrajaya bulan depan?






Aku dan Insight Lauching

Imej
Kat sekitar Kulai tengah banyak iklan ini.
Ada pelancaran kereta baru.
Prius Hybrid dah tukar nama.
Bunting, banner dan juga flyers.
Mangkuk hayun mana yang tak reti nak eja.
Launching jadi Lauching.
Apa daa...

Aku dan Terima Kasih Rakan Bloggers

Imej
Sejak dua menjak ni,
traffik ke blog aku ini naik secara mendadak.
Kalau ikut statistic blogspot,
benda2 berkait dengan cicak tokek masih menduduki ranking teratas.
Entri ini paling banyak orang baca.
Dah lebih 10 000 hits.
Aku tak tahu kenapa ramai yang minat kat cicak tokek ni.
Tapi selidik punya selidik.
Ada sebab2 lain.
Rupa2nya ramai yang dah buat link ke blog aku di blog2 mereka.
Antaranya:
yang iniyang iniyang iniyang ini Terima kasih kawan2 blogger.
Memang kita tak pernah jumpa.
tapi korang semua memang dah dekat dihatiku.
Aku adalah silent reader.
Aku jarang beri komen.
Aku jarang beritahu aku dah singgah.
Tapi hampir setiap hari aku datang ziarah.
Terima kasih sekali lagi.
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.

Aku dan Festival Layang-Layang 2011

Imej
Ada sapa2 nak join main panas?
Juga main layang-layang di tengah panas?
Kerajaan negeri, MPPG ambil alih anjur festival layang-layang Selepas 15 tahun Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang dianjurkan Johor Corporation (Jcorp), penganjurannya mulai tahun ini pula digalas oleh kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Selaras dengan itu, festival yang menjadi salah satu acara rasmi dalam kalendar pelancongan negeri turut mengalami proses penjenamaan semula dan ia dikenali sebagai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang. Penganjuran kali ke-16 dengan tema 'Mewarnai Langit' itu bakal diadakan di Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang dekat sini selama empat hari bermula 16 Februari ini.

Perasmian festival yang menelan kos lebih RM1 juta itu dijadual disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 19 Februari ini di Astaka Diraja Muzium Layang-Layang. Sekretariat penganjur, Ismail Mat Taib berkata, persediaan …

Aku dan The Forgotten Lens

Imej
Semalam aku dapat hadiah.
Ezanee yang beri.
Terima kasih banyaklah.
Semoga bertambah lagi rezeki.
Kau dan aku.
Jangan ada yang jealous aaa?

Baca sini untuk cerita lanjut mengenai The Forgotten Lens.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Imej
Ini sambungan kes mamat Nepal yang terbakar tempohari.
Gambar2 di bawah nampak sadis sikit.
Jangan tengok kalau lemah semangat.











Ini keadaan lukanya pagi ini.
Iaitu selepas seminggu aku kerjakan.
Dia datang klinik selang sehari.
Aku tak larat nak buat hari2.
Sekali dressing, makan satu jam.
Aku buat desloughing ikut giliran.
Tak boleh nak buat semua sekali.
Mula2 tangan kanan, tangan kiri, ketiak kanan.
Akhir sekali baru buat bahagian dada dan perut.
Kadang2 dia menjerit jugak.
Tapi apa nak buat.
Tak berani aku nak beri Pethidine dan Dormicum kat klinik.
Oral Dormicum bolehlah.
Kalau collapsed masa kat klinik,
sapa nak tanggung?
Bila pagi dia datang, aku rendam tangan dia dalam air dulu.
Lepas 10 minit, aku beri oral Dormicum.
Lepas tu beri IM Voltaren.
Bila dia dah tidur, baru aku siat kulit yang dah mati tu.
Lepas tu cover dengan Fucidin.
Aku tak beripun sebarang antibiotik.
Walaubagaimanapun, aku puashati dengan hasilnya.
Seminggu lagi, cantiklah luka2nya itu.
Aku dah warning kat su…

Aku dan Lesen Papan Iklan

Imej
Anda ingat lagi aku pernah kena saman sebab takda lesen papan iklan?
Dah hampir 8 tahun aku bukak bisnes.
Aku memang takda lesen papan iklan.
Bukan aku tak nak apply.
Tapi kerjanya leceh dan membuang masa.
Tahun ini aku nekad.
Camna pun, aku mesti dapatkannya.
Isi borang.
Sertakan lampiran yang pelbagai.
Gambar I/C.
Gambar papan iklan.
Fotostat I/C.
Salinan Lesen klinik.
Salinan Lesen APC.
Salinan Cukai harta.
Perjanjian dengan penyewa.
Walaupun semuanya dah lengkap,
4 kali jugak staf aku pergi balik ke pejabat Majlis Perbandaran.
Ada aje salah dan silapnya.
Bayaran proses 30 ringgit, bayaran lesen 50 ringgit.
Bayaran duit minyak?
Masa yang terbuang?
Bilalah semua ini akan berubah?