Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Februari 2011

Aku dan Audition Mentor 5




Malam ini aku berkesempatan menonton program Mentor 5.
Ada Rahim Maarof.
Ada Kak Pah.
Ada Noh Hujan.
Ada Edry KRU.
Semua belum dapat protege lagi.
Aku bukannya suka sangat tengok rancangan realiti ni.
Terutama bila tengok anak2 bangsa kita kemaruk nak jadi penyanyi.
Mereka sanggup buat apa sahaja.
Bakat memang takda.
Nyanyi entah hapa2.
Tapi masih ada hati nak jadi artis.
Nak masuk tv. Nak glamour.
Malam ini, Mentor dah jadi macam rancangan Bersamamu pulak.
Apa nak malu kerja jaga lembu?
Apa nak heran tidur depan Sogo?
Nak jadi protege kena ada bakat.
Bukannya menjaja cerita2 sedih.
Kena usaha dik. Bukannya harap belas kasihan.
Aku sokong cara Rahim Maarof.
Dia professional. Dia pandai menyusun kata2.
Macam pesakit ke klinik panel di pagi hari Isnin.
Menjaja cerita2 sedih untuk dapatkan MC.
Aku kena professional jugak. Kena pandai susun kata2.
Tapi disebabkan takda kamera kat depan mata.
Senang aje jawapannya.
" Kau nampak tak itu pintu besar?"
Ayat Ahmad Nisfu dalam Seniman Bujang Lapok aku pakai.

3 ulasan:

  1. "doc, saya dah 14 kali cirit birit", kata Hussin dengan muka yang langsung takdak ciri dehydrated.

    :)

    BalasPadam
  2. nanti jangan lupa kongsikan kata2 hikmat yg penuh dengan profesionalism dan bersopan santun tu ye.. hehehe

    BalasPadam
  3. sy suka sorang2 doc lps baca entry kt atas tuh lbh2 lg sbb terbygkan muka a.nisfu bila lafaz ayat tuh. Hurmmm..mcm mana lah agaknya muka doc bila ckp ayat yg sama mcm a.nisfu ckp tu dkt patient erk?..hehehheh..

    BalasPadam