Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Februari 2011

Aku dan Festival Layang-Layang 2011

Ada sapa2 nak join main panas?
Juga main layang-layang di tengah panas?

Kerajaan negeri, MPPG ambil alih anjur festival layang-layang

Selepas 15 tahun Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang dianjurkan Johor Corporation (Jcorp), penganjurannya mulai tahun ini pula digalas oleh kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG).

Selaras dengan itu, festival yang menjadi salah satu acara rasmi dalam kalendar pelancongan negeri turut mengalami proses penjenamaan semula dan ia dikenali sebagai Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang. Penganjuran kali ke-16 dengan tema 'Mewarnai Langit' itu bakal diadakan di Bukit Layang-Layang, Taman Bandar, Pasir Gudang dekat sini selama empat hari bermula 16 Februari ini.

Perasmian festival yang menelan kos lebih RM1 juta itu dijadual disempurnakan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 19 Februari ini di Astaka Diraja Muzium Layang-Layang. Sekretariat penganjur, Ismail Mat Taib berkata, persediaan festival yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM40,000 beserta sijil penyertaan dan piala itu setakat ini mencecah 80 peratus.

Menurutnya, hingga kini sebanyak 30 negara antaranya Indonesia, Jepun, Austria, Korea, Perancis, Taiwan dan Jerman membabitkan 230 peserta telah mengesahkan penyertaan bagi ketagori antarabangsa.

"Bagi kategori kebangsaan pula, seramai 350 peserta dari 12 negeri bakal merebut kejuaraan dalam 13 kategori yang dipertandingkan.

"Sambutan bagi pertandingan peringkat sekolah dalam empat kategori menyaksikan penyertaan 73 pasukan dengan 350 peserta dari negeri ini, Selangor dan Perlis," katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Ismail memberitahu, penganjur turut mengadakan bengkel untuk mencari pembuat wau terbaik yang terbahagi kepada dua kategori iaitu antarabangsa dan pihak berkuasa tempatan (PBT). Selain itu, pihaknya juga menyediakan pelbagai aktiviti sampingan yang boleh disertai orang awam termasuk kanak-kanak antaranya pertandingan melukis, persembahan kebudayaan dan kempen derma darah.

Menurutnya, penganjur turut berusaha untuk mencipta rekod menerbangkan 3,000 layang-layang secara serentak oleh pelajar terpilih di sekitar Pasir Gudang yang ditaja KFC untuk dicatatkan dalam The Malaysia Books Of Records pada festival berkenaan.

"Penganjuran kali ini juga menyaksikan persembahan artis seperti Jalil Hamid, Ana Rafalli, Sarah Raisuddin, Nash, Ali XPDC dan Bandi Amuk pada setiap malam bagi menghiburkan pengunjung.

"Sedikit kelainan pada festival kali ini apabila kita turut mengadakan Forum Agama Maulidur Rasul 1432H yang menampilkan penceramah jemputan, Dr. Ridhuan Tee Abdullah, Datuk Hasan Mahmud Al-Hafiz dan Datuk Kamarudin Zakaria," katanya.

Beliau berkata, forum bertema '1Malaysia 1Ummah' itu akan diadakan di Astaka Taman Bandar, Bukit Layang-Layang pada 17 Februari ini pukul 8.45 malam dan orang ramai dijemput menghadirinya.

5 ulasan:

  1. kalau dekat.. memang saya pergi ni!!

    BalasPadam
  2. DrSinga,
    KL-PasirGudang kira dekat apa?
    Boleh singgah Muar sekali...

    BalasPadam
  3. Daddy Ziyyad,
    You bila nak beli Nikon D7000 tu?

    BalasPadam
  4. layang2 tu mimpi ngeri ku...pernah leher terjerut ngn tali layang2 yg agak tajam tu...layang2 tetiba terjatuh..tu makcik ckp..kwn pakcik pernah tali layang2 tu terbelit kt tgn sampai luka..huh

    BalasPadam