Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

24 Februari 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini









Minggu ini mood aku tak berapa baik.
Pesakit ramai di klinik.
Urusan2 peribadi pun banyak.
Banyak perkara yang masih pending.
Alangkah bagus kalau sehari ada lebih 24 jam.
Senang aku nak adjust masa yang terhad.
Mamat Nepal yang di atas dah 2 minggu di klinik aku.
Walaupun doktor kerajaan suruh dressing hari2,
pergi jahaman dengan arahan dia.
Kalau nak hari2 dressing, buatlah sendiri.
Bukannya dia kira patient tu duduk kat mana,
Siapa nak hantar ke klinik setiap hari.
Siapa nak bayar kos dressing hari2.
Berapa lama aku ambik masa untuk 'siapkan' dia setiap kali dia datang.
Ada dia ambik kisah?
Tahu semuanya OK sahaja.
Tapi mamat Nepal ni menceriakan hari2 aku yang murung.
Dia dah boleh tersenyum.
Dia dah boleh berkata2.
Dia dah tak rasa sakit bila aku cuci luka dia.
Kawan2 yang ikut dia pun dah berani datang tengok luka dia.
Seminggu lagi tamatlah rawatannya.


1 ulasan: