Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Februari 2011

Aku dan Sambutan Hari Valentine

Berkata Peguam Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia) di dalam kaset 'MURTAD' yang mafhumnya :-
"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine. Semoga Anda Semua Ambil Pengajaran!!! Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..

Hari ini khutbah Jumaat di masjid tempatku agak panjang. Pukul 2.20 petang baru selesai sembahyang. Khatib bercerita pasal kekasih umat Islam iaitu Nabi Muhammad S.A.W pada khutbahnya yang pertama dan disambung dengan Hari Memperingati Kekasih pada khutbahnya yang kedua. Alhamdulilah, terbuka hatiku untuk memgetahui selanjutnya tentang Hari Valentine ni. Kalau masa bujang2 dulu, aku turut terikut2 dengan budaya orang kafir ni. Membeli kad ucapan, mengirim bunga dan coklat sempena memperingati kekasih hati. Ada beberapa fatwa yang menghukumkan syirik dan dosa besar jika orang Islam menyambutnya. Ada orang2 berilmu yang menyindir2 fatwa tersebut dengan menyatakan apa salahnya memperingati kekasih dan hidup berkasih sayang? Mereka sepatutnya mengkaji sejarah dan asal usul wujudnya Hari Valentine ini sebelum berani mempertikainya.

Terdapat banyak teori dan cerita yang berbeza2 tentang asal usul Hari Valentine ini. Khatib bercerita tentang St. Valentine, seorang paderi Kristian Protestan yang telah mengetuai askar2 Kristian menumbangkan kerajaan Islam di Sepanyol. Sebagai balasan kepada kemenangannya, Raja Isabella akan menunaikan segala permintaan beliau. Maka beliau meminta dikahwinkan dengan kekasihnya, seorang puteri yang beragama Kristian Katholik. Raja amat murka dengan permintaannya kerana sebagai paderi, beliau tidak boleh berkahwin apatahlagi dengan mereka yang berlainan mazhab. St. Valentine telah dipenjarakan dan pada 14 Februari, beliau telah dihukum pancung. Maka sebagai memperingati ketulusan cintanya, hari tersebut diraikan. Diingatkan sekali lagi, St Valentine adalah seorang paderi yang telah menewaskan Islam di negara Sepanyol. Orang inikah yang harus kita ingat dan dipuja2?

Memang, Hari Valentine telah semakin dikomersilkan. Mungkin dah tiada kaitan langsung dengan paderi tersebut tapi kenapa kita perlu turut terikut2 dengan dakyah Yahudi dan kapitalis barat? Cuba tengok harga bunga ros dan mawar pada hari Valentine? Kalau hari2 biasa cuma 2-5 ringgit sekuntum, pada 14 Februari harganya naik berlipat kali ganda kerana lebihan permintaan. Siapa yang untung? Yahudi dan kapitalis yang untung. Orang2 kafir yang untung. Tauke2 restoran, tauke2 bunga, tauke2 kedai buku, tauke2 hotel dan kedai2 7-11 yang menjual kondom secara terbuka, untung berlipat kali ganda hari itu. 9 bulan sepuluh hari kemudian, banyaklah bayi2 dibuang di tong2 sampah dan longkang. Siapa yang untung? Suratkhabar Harian Metro yang untung.

Kalau baca suratkhabar beberapa hari ini, NGOs seperti Sister In Islam dan parti2 orang kafir sibuk mengutuk pemuda PAS yang nak buat tangkapan besar2an pada Hari Valentine. MCA dah mula menyindir2 PAS yang nak menubuhkan negara Islam kononnya. Ini bukannya isu politik. Ini isu agama. Dimana UMNO dan PKR berdiri? Podahcit! tak seorangpun yang berani bersuara menempelak suara2 lantang orang2 kafir tersebut. Cuba lihat bila MCA memperlekeh calon PAS di DUN Tenang yang enggan bersalam dengan orang2 lelaki? Apa orang UMNO cakap? Sekalilagi diberitahu, UMNO sekadar diam sahaja. Langsung tak bercakap.

Kesimpulannya, takda gunanya menyambut Hari Memperingati Kekasih. Sambutlah Maulidur Rasul pada keesokkan harinya. Itu lebih afdal.




1 ulasan: