Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

04 Februari 2011

Aku dan Jejak Kasih




Semalam aku ke rumah abang iparku.
Terkejut sebab ada suratkhabar Cina kat atas meja.
Rupa2nya abang iparku dah ke ofis suratkhabar Cina.
Baca suratkhabar semalam.
Nanyang Siang Pau.
Sin Chew Jit Poh.
Pernah baca kisah emak mertua aku?
Emak mertua aku adalah anak keturunan Cina.
Selepas dilahirkan dia terus diserahkan ke keluarga Melayu.
Jadi anak angkat.
Tak tahu sebab-sebabnya.
Sampai sekarang dia langsung tak tahu siapa emak bapak dan ahli keluarga sebenarnya.
Zalim sungguh keluarga angkatnya.
Langsung tak diberikan butir2 keluarga asalnya.
Tak tahu nak cari dimana.
Sebab itu abang ipar masukkan dalam suratkhabar.
Ada rezeki, dapatlah berjejak kasih.
Kalau tidak, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Kasihan emak mertua aku.

Cerita selanjutnya.
Jejak Kasih 2.
Jejak Kasih 3.
Jejak Kasih 4.
Jejak Kasih 5.
Jejak Kasih 6.
Jejak Kasih 7.
Jejak Kasih 8.


2 ulasan:

  1. Ingat tak dulu ada rancangan Jejak Kasih kat TV3? Makcik saya penah masuk rancangan itu, dan jumpalah family kandung dia... bagus rancangan tu, kejap je dah jumpe.. kan bagus kalau ada lagi...

    BalasPadam
  2. Dah lama sangat berlalu.
    Lebih 50 tahun dah.
    Langsung takda apa2 bukti.
    Sekadar cakap2 mulut.
    Susah...

    Jejak Kasih tu drama airmata.
    Bagus untuk naikkan rating...

    BalasPadam