Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Februari 2011

Aku dan Jejak Kasih(2)



Anda ingat lagi pasal iklan kat suratkhabar tempohari?
Ada berita gembira untuk disampaikan.
Petang tadi ada seorang lelaki Cina daripada Parit Sulong telefon.
Cerita yang disampaikannya lebih kurang sama dengan cerita emak mertuaku.
Serba sedikit aku dah tahu sejarah silam emak mertuaku.
Beliau ada 3 beradik.
2 lelaki dan beliau anak yang bungsu.
Masa umurnya 2 tahun setengah,
Jepun menyerang Malaya.
Orang2 Cina semua melarikan diri kerana takut dengan Jepun.
Anak2 kecik diserahkan kepada keluarga Melayu untuk memudahkan pelarian.
Beliau diserahkan kepada keluarga Melayu iaitu arwah nenekku.
Selepas perang, ibubapanya ada mencari beliau tetapi tak jumpa.
Arwah nenek dah sayang kepadanya lalu menyembunyikannya.
Beliau dijaga oleh nenek sehinggalah beliau berumahtangga.
Maka terpisahlah mereka adik-beradik.
Abang sulong masih hidup dan menetap di Ipoh.
Abang yang kedua sudah meninggal dunia tetapi anak2nya masih ada.
Hari Rabu ini akan ada pertemuan Jejak Kasih di Parit Sulong.
Malangnya TV3 tidak dijemput.
Jadi tiada drama2 airmata akan ke udara buat masa ini.
Kami semua sangat gembira kerana akan berjumpa dengan saudara2 baru.
Walaupun berlainan bangsa dan ugama, kita 1Malaysia kan?
Semoga impian emak mertua aku untuk mencari adik-beradiknya akan terkabul.
InsyaAllah.
Kami sama2 mendoakannya.


2 ulasan:

  1. drama2 airmata dlm blog doc nih jer.. volleee

    BalasPadam
  2. Nanti saya YouTube kan...
    Itupun kalau confirmed sedara.
    Jangan sekadar mengaku sedara dah ler...

    BalasPadam