Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 Februari 2011

Aku dan Lesen Papan Iklan



Anda ingat lagi aku pernah kena saman sebab takda lesen papan iklan?
Dah hampir 8 tahun aku bukak bisnes.
Aku memang takda lesen papan iklan.
Bukan aku tak nak apply.
Tapi kerjanya leceh dan membuang masa.
Tahun ini aku nekad.
Camna pun, aku mesti dapatkannya.
Isi borang.
Sertakan lampiran yang pelbagai.
Gambar I/C.
Gambar papan iklan.
Fotostat I/C.
Salinan Lesen klinik.
Salinan Lesen APC.
Salinan Cukai harta.
Perjanjian dengan penyewa.
Walaupun semuanya dah lengkap,
4 kali jugak staf aku pergi balik ke pejabat Majlis Perbandaran.
Ada aje salah dan silapnya.
Bayaran proses 30 ringgit, bayaran lesen 50 ringgit.
Bayaran duit minyak?
Masa yang terbuang?
Bilalah semua ini akan berubah?


5 ulasan:

  1. hahha...my clinic tak byr pun lesen ni

    BalasPadam
  2. sama sangat kat sini pun!!! kalau ke majlis perbandaran tu sekali je mmg tak sah!

    penah jadi cuma satu kotak tak ber'tick', saya kene pegi ke MP selayang semata2 kerana satu kotak yg tak ber'tick' yg diorg taknak tolong tandakan walaupun itu mmg salah diorg. argh!

    BalasPadam
  3. itulah masalahnya, setiap pejabat kerajaan mesti wujudkan guideline nak isi borang plus carta alir process.. cth terbaik adalah custom..

    BalasPadam
  4. sabar je doc. dengan kerenah birokrasi diaorang...

    BalasPadam
  5. DaddyZiyyad,
    Saman atas kertas, RM 250.
    Saman atas tapak tangan ( tanpa resit ), RM 100
    Dah tua2 pun masih nak mintak rasuah jugak.
    Malu betul...

    BalasPadam