Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

11 Februari 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini









Ada satu kilang di Senai.
Setiap 6 bulan, pasti ada pekerjanya yang terbakar.
Bila luka dah teruk, semua hantar ke klinik aku.
Klinik panel lain tak nak buat dressing.
Hospital kerajaan pun sama.
Tolak sana, tolak sini.
Akhirnya aku yang jadi mangsa.
Tapi mangsa kali ini memang teruk sangat.
Dah seminggu keluar wad.
Hospital suruh buat daily dressing at nearest clinic.
Nurse kat kerajaan suruh ke klinik panel aje.
Ada beberapa masalah:
  1. Lukanya besar dan dalam.
  2. Lukanya lebih 20% termasuk kedua tapak tangan.
  3. Duduk asrama sorang2 bila rakan2 keluar bekerja.
  4. Susah nak ke klinik hari2 sebab tiada yang nak hantar.
Kenapalah hospital suruh dia balik rumah tanpa mengira faktor2 yang disebut diatas?
Ini dah 4 hari dia tak buat dressing.
Termenung panjang aku tengok luka2 dia.
Dah seminggu dia tak mandi.
Dia ditinggal kat depan klinik aku tanpa teman.
Dia datang dengan seluar pendek dan kemeja sahaja.
Apa aku buat?
  1. Aku suruh staf belikan tuala mandi.
  2. Aku suruh dia mandi dan siram air lama2.
  3. Aku inject painkiller.
  4. Aku beri Dormicum 15mg.
  5. Aku suruh patient2 lain datang sebelah malam.
  6. Aku buat desloughing lebih 1 jam.
Itupun tak selesai lagi.
Esok dan hari berikutnya kena sambung lagi.
Aku suruh supervisornya hantar dia ke hospital.
Tapi dia tak nak.
Patient2 sebelum ini semuanya baik selepas rawatan di klinik aku.
Jadi dia nak aku jugak handle mamat Nepal ni.
Alahai.
Demam aku.


7 ulasan:

  1. huihh, banyak pahala tu doc.. takpe! demi humanity, ewahhh..

    BalasPadam
  2. Tahniah doc kerana masih ada rasa belas ihsan dalam hati doc.

    Simpati dengan pekerja.

    Geram dengan kilang, makin lama makin naik kepala nampaknya. Kilang apa tu?

    BalasPadam
  3. kilang mercun ka??

    memang hangin kalau GH senang2 suruh pt buat dly dressing @ nearest clinic, tanpa menilai keadaan pt..

    BalasPadam
  4. emmmm...susah juga jadi doktor di klinik ye

    banyak benda kena uruskan..

    kilang mega steel dekat sini pun
    selalu kemalangan

    BalasPadam
  5. DaddyZiyyad,
    Bukan kilang mercun.
    Kilang aluminium.
    Mamat tu baru keluar wad 2 hari sebenarnya.
    Tapi duduk kat wad macam tak buat apa2.
    Slough tebal camtu takda sapa nak desloughing betul2.
    Zaman saya dulu, Ho kena buat.
    Kalau tidak kena bambu dengan MO.
    Zaman sekarang?
    Nurse2 yg baru2 disuruh buat.
    Itu yg jadi camtu.

    BalasPadam
  6. Kak Ati,
    pening kepala kak.
    Dahlah patient ramai menunggu.
    Nak 'kerjakan' dia,
    satu jam pun tak cukup.
    Kerja ni hanya doktor yg boleh buat.
    Staf saya semua tak berani.
    Lagi satu mamat ni jenis tak tahan sakit.
    Bahasa dia pun kita tak faham...

    BalasPadam
  7. Nampaknya...senasiblah dengan abang. Abang selalu dapat kes-kes macamni....Dari Hospital..tendangke Klinik Kesihatan berhampiran...Hampee....Tiada desloughing di buatnya....Top- up dressing je...pergi kinik Panelpun cuci..cincai je....Last-last ke klinik abang juga yang jadi sasaran mencuci pekong..ni.Tak taulah....abangpun tak faham lah dia orang ni. Buat kerja main-main aje !

    BalasPadam