Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

17 Februari 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini sambungan kes mamat Nepal yang terbakar tempohari.
Gambar2 di bawah nampak sadis sikit.
Jangan tengok kalau lemah semangat.











Ini keadaan lukanya pagi ini.
Iaitu selepas seminggu aku kerjakan.
Dia datang klinik selang sehari.
Aku tak larat nak buat hari2.
Sekali dressing, makan satu jam.
Aku buat desloughing ikut giliran.
Tak boleh nak buat semua sekali.
Mula2 tangan kanan, tangan kiri, ketiak kanan.
Akhir sekali baru buat bahagian dada dan perut.
Kadang2 dia menjerit jugak.
Tapi apa nak buat.
Tak berani aku nak beri Pethidine dan Dormicum kat klinik.
Oral Dormicum bolehlah.
Kalau collapsed masa kat klinik,
sapa nak tanggung?
Bila pagi dia datang, aku rendam tangan dia dalam air dulu.
Lepas 10 minit, aku beri oral Dormicum.
Lepas tu beri IM Voltaren.
Bila dia dah tidur, baru aku siat kulit yang dah mati tu.
Lepas tu cover dengan Fucidin.
Aku tak beripun sebarang antibiotik.
Walaubagaimanapun, aku puashati dengan hasilnya.
Seminggu lagi, cantiklah luka2nya itu.
Aku dah warning kat supervisor dia.
Next time kalau ada yang terbakar lagi,
jangan datang ke klinik aku...


7 ulasan:

  1. wahhhh...
    cantik Bro!!
    letak fucidic aje?
    cover dengan apa? gauze je..?

    BalasPadam
  2. rajin nya bro dressing yang parah2 ni...
    berapa tekan kilang tu? :P

    BalasPadam
  3. DrSinga,
    Letak Flavin sikit.
    Cover dengan Fucidin Intertulle.
    Lepas tu letak gauze.
    Itupun utk luka yang tebal.
    Yang lain2 biar open aje.
    Biar cepat kering.
    Takda antibiotik.
    Takda pantang makan.
    Takda makan vitamin2 Multilevel yg mahal2 tu.
    Ikan haruan ke, jus2 manggis, jus2 acaberi ke.
    Tak payah...
    Saya target minggu depan sembuh sepenuhnya.

    BalasPadam
  4. Daddy Ziyyad,
    Rajin?
    Dah terpaksa.
    Hospital kerajaan tolak ke Pusat Kesihatan.
    Pusat kesihatan tolak ke klinik panel.
    Klinik panel lain tak nak buat.
    Saya lah yang jadi mangsa.
    Tapi, luka2 camni cepat sembuh.
    Tak macam luka Diabetes.
    Charges?
    Patuh2lah.
    Nak cakap pun segan...

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Salam doctor saya nak tanya doctor ada jual pethidine tak?

    BalasPadam