Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

27 Februari 2011

Aku dan Politik Kampus


Ohhh pelajar Melayu

Pilihan raya kampus sekali lagi menjadi isu. Kali ini makin panas dan tegang. Di Universiti Putra Malaysia (UPM) misalnya, lima pengawal keselamatan cedera kerana terpaksa mengawal demonstrasi pelajar. Di Universiti Malaya (UM), ada calon yang didakwa berbohong dan pura-pura menghilangkan diri.

Awang tidak berminat untuk mengulas tentang keputusan pilihan raya. Yang lebih mengganggu fikiran ialah budaya berpolitik yang tidak sihat di kalangan pelajar kita terutamanya Melayu.

Ketika ramai pelajar bukan Melayu menumpukan perhatian kepada pengajian, pelajar Melayu lebih ghairah berpolitik. Emosi lebih menguasai mereka. Sudahlah ramai pelajar Melayu sekadar sederhana dalam prestasi akademik, malas membaca, lemah pengetahuan am dan kurang keyakinan diri, ia diburukkan lagi dengan sentimen berpolitik ala samseng. Seorang pemimpin pelajar Cina di UKM turut membantah akhlak yang diperlihatkan oleh golongan pelajar Melayu yang bersikap biadap dan melanggar peraturan universiti. Awang setuju. Gedung ilmu jangan dijadikan medan melahirkan samseng politik. Adakalanya Awang terfikir, apakah mereka ini layak berada di universiti. Jika itulah sikapnya, beri sahaja peluang kepada puluhan ribu pelajar yang sememangnya mahu melanjutkan pengajian di universiti awam tetapi tidak mendapat tempat.

Awang sedih dengan kualiti ramai pelajar Melayu di menara gading sekarang. Ketika rata-rata pelajar Cina dan India bertungkus lumus meningkatkan kecemerlangan, pelajar Melayu pula hebat memekik dan melolong. Baru pilihan raya kampus, sudah riuh rendah dan kecoh seolah-olah ia menentukan masa depan negara. Rasanya jarang berlaku di negara lain yang pilihan raya kampusnya bermasalah besar. Walaupun bukan semua tetapi golongan inilah yang memburukkan lagi imej pelajar Melayu keseluruhannya. Kalut berpolitik tetapi tiada kesedaran serta cetek pemikiran strategik. Apakah yang boleh diharapkan apabila mereka lulus kelak? Jika itulah generasi untuk mengisi negara maju kita suatu hari nanti, Awang akan banyak geleng kepala dan selalu tarik nafas.

Yang lebih Awang bimbang, universiti awam kita akan menjadi lubuk ekstremisme. Bibit-bibit ke arah itu sudah ada.

Aku pernah 7 tahun hidup sebagai pelajar di kampus. 
Setiap tahun aku pasti melalui musim pilihanraya. 
Pilihanraya kampus ibarat pilihanraya umum iaitu pertembungan antara calon pro-kerajaan dan pro-mahasiswa. 
Setiap tahun, perjalanan pilihanraya berubah2. 
Ada tahun boleh berkempen secara berkumpulan, 
ada kalanya kena secara individu. 
Tetapi setiap calon adalah proksi kepada parti2 yang sedia ada. 
Nak jadi calon bebas memang susahlah. 
Ini kerana parti2 pemerintah dan pembangkang sedia menabur dana yang banyak kepada calon2 proksi mereka. 
Pelajar2 yang pro kepada pembangkang masih memainkan isu2 agama dan tak mahu bergabung dengan calon2 bangsa lain manakala yang pro-kerajaan, biasanya lebih muhibah dan terbuka.

Aku memang tak minat politik. 
Aku paling tak suka bila waktu makan aku di dewan makan diganggu oleh calon2 yang sedang berkempen. 
Mereka ingin memperkenalkan diri dan beriya2 berjanji macam2 untuk memancing undi. 
Tapi bila dah habis pilihanraya, kampus balik tang tu jugak. Tiada banyak bezanya.
Setiap kali hari mengundi, 
pihak universiti mesti kata undi adalah wajib. 
Siapa tak mengundi akan dikenakan tindakan tata tertib. 
Parti yang pro pembangkang siap mengaitkan dosa dengan pilihan undi kita. 
Haram jadah betul. 
Tak mengundi atau mengundi calon bangsa lain kira dosa besar ke?
Aku langsung tak pernah bercita2 nak masuk politik. 
Biarlah orang lain. 
Aku lebih suka menjaga kepentingan diri dan keluargaku sendiri berbanding orang2 disekelilingku. Maaf cakap, 
tak ramai student yang aktif dalam politik kampus, 
cemerlang dalam pelajaran mereka. 
Mereka yang aktif dengan politik biasanya datang daripada Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang punya banyak masa rehat banding hadir ke kelas.

Aku sokong pendapat Awang. 
Pelajar2 melayu lebih banyak berpolitik daripada belajar. 
Apa gunanya masuk U kalau belajar sekadar sederhana dan cukup2 makan aje? 
Bila keluar nanti company mana yang nak pekerja yang sederhana sahaja? 
Yang tiada inisiatif untuk berfikir di luar kotak? 
Yang lebih rajin ke klinik banding ke tempat kerja?


5 ulasan:

  1. zaman sekarang kan dunia politik dan dunia hiburan yang paling senang 'buat duit'.. ;)

    btw.. doc dulu U mana?

    BalasPadam
  2. saya sokong doc.
    masa di asasi, sangat meloya dengan kempen2 depa!
    kacau saja

    cikgu am

    BalasPadam
  3. Cikgu am,
    Salam ziarah.

    Rajin awak mengomen ye?
    Awak takda blog ke?
    Boleh saya kenal2...

    BalasPadam
  4. blog dah kena hi-jack.
    saya sendiri tak dapat masuk dan update.
    tgh dlm proses pembikinan semula.

    -cikgu am-

    BalasPadam