Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

20 Februari 2011

Aku dan Rancangan Nona


Aku memang jarang tengok Nona ni
kecuali part hujung2 yang tunjuk hobi
dan koleksi personaliti tertentu.
Part tunjuk majlis2 kahwin orang2 kaya memang aku cukup tak gemar.
Balik2 nak tunjuk betapa gah dan hebatnya mereka yang banyak duit berbelanja.
Apa signifikannya ye?
Entahlah.
Nak beri orang2 yang tak kaya
dan yang tak dapat menghadiri majlis tersebut sama2 berkongsi kegembiraan mereka gamaknya. Lebih baik tengok Majalah 3.
Lagi banyak faedahnya.

Ubah isi kandungan Nona

MEMANG pada dasarnya rancangan Nona yang disiarkan setiap hari Ahad, pukul 2 petang merupakan sebuah rancangan yang bagus. Banyak maklumat untuk sesiapa sahaja terkandung dalam rancangan tersebut. Mungkin pihak produksi ingat dengan kemasukan Vanidah Imran, maka rancangan tersebut akan kembali popular seperti dahulu. Tapi sebagai peminat saya tak rasa itu satu perkara yang benar.
Sejujurnya banyak kandungan rancangan ini yang cukup klise dan menjemukan. Saban minggu hanya acara perkahwinan orang kaya-kaya sahaja yang dipertontonkan. Semuanya nampak gah. Bagi yang tak mampu macam kami, hanya melihat dengan ekor mata sahaja. Jarang sekali nak jumpa perkahwinan yang sederhana ditunjukkan secara langsung dalam rancangan ini. Apatah lagi nak jumpa majlis kahwin orang biasa tetapi unik.
Semuanya cerita kahwin orang kaya. Saya tertanya-tanya, apakah mungkin orang kaya-raya sahaja yang tonton rancangan ini? Kalau masih tak ubah isi kandungan Nona, tak mustahil kami yang tak kaya ini akan tutup tv.

* TAK KAYA,
Bagan Lalang, Selangor.

sumber: Mingguan Malaysia


4 ulasan:

  1. assalam doktor..menag tak tangok pun rancngan nona tu..tukar ke cerita lain lagi baguskan..
    tadi dalam suratkhabar pun ada juga berita ni....

    BalasPadam
  2. tak kaya tak bermakna miskin kan?eekekeke

    BalasPadam
  3. kak Erna,
    tengok Hantu Kak Limah lagi best...

    BalasPadam
  4. RazzaQ,
    Kekayaan bukan diukur dengan berapa BANYAK yang kita ada,
    tetapi berapa SEDIKIT yang kita inginkan.
    Kekayaan bukan untuk ditayang2,
    Kekayaan untuk dibahagi2kan.

    BalasPadam