Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

10 Februari 2011

Aku dan TNGs



  • TNGs adalah satu kelab rekreasi yang diasaskan oleh Tengku Muzafar dan Fatahul Laham pada tahun 1992 di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Ianya dianggotai oleh kawan2 serumah seramai 7 orang kecuali seorang yang dirahsiakan namanya. Masa tu kami masih di Tahun 2 dan kelab ini kekal sampai kami graduate. Ahli kelab ini lebih 13 orang pada awalnya tetapi yang kekal hingga ke akhirnya hanyalah 7 orang.
  • Pada asalnya TNGs adalah satu kelab sosial orang2 yang gagal bercinta meluahkan hati dan perasaan masing2 antara satu sama lain. Ianya juga kelab sosial orang2 yang anti dengan seorang kawan serumah yang dirahsiakan namanya tadi.
  • TNGs sangat akrab kerana kebanyakkan ahli mempunyai cita2 dan citarasa yang sama. Kami akan kelihatan sentiasa bersama2 kemana sahaja. Makan, study, mengumpat, beriadah, menonton wayang, main poker semuanya dilakukan bersama2.
  • Bila naik ke Tahun 3, kami keluar daripada rumah sewa dan berpindah ke Asrama Ibnu Sina. Kami dapat bilik di tingkat yang sama daripada Tahun 3 hinggalah ke Tahun Akhir. Kami selalu berkumpul di salah satu bilik dan melakukan aktiviti2 tak berfaedah bersama2 seperti menonton tv, menonton video, bersembang, mengumpat, makan Maggi, main judi dan sebagainya.

  • Hujung2 minggu kami semua mengambil giliran membeli tiket wayang midnight di salah satu pawagam sekitar KL dan PJ. Selalunya aku yang kena pergi sebab aku yang selalu memberi cadangan filem apa yang menarik.
  • Kalau ada majlis2 jamuan dan D&D tahunan, kami semua duduk satu meja dan pakat pakai baju yang hampir sama. Kami jarang bawak date kami kerana kami lebih selesa dengan kami2 sahaja.
  • Kalau ada jualan murah di Parkson ataupun Metrojaya, kami pakat pergi ramai2. Kalau waktu biasiswa tengah banyak, dapatlah beli beberapa helai kemeja dan seluar slack untuk ke ward round. Kalau waktu tengah sesak, dapat tali leher sorang sehelai pun cukuplah.
  • Musim hari raya, kami selalu pergi beraya sambil makan free kat rumah kawan2 sekitar KL/PJ/Klang. Rumah yang tak pernah kami missed setiap tahun ialah rumah Neil di Kg Jawa Klang. Kalau ke sana, kami makan tengahari, makan petang, makan malam dan supper sekali. Selagi tak kenyang, ayahnya tak kasi kami balik.
  • Walaupun masa tu masing2 dah ada girlfriend, kami jarang bercerita ataupun mencampuri urusan dengan girlfriend masing2. Walaupun kami TNGs, kami bukannya gay ye?
  • Di musim peperiksaan, kami banyak buat study group sambil membelek2 soalan ramalan. Kami juga saling memberi sokongan moral antara satu sama lain kalau ada yang tension bila kena berhadapan dengan AlJafri masa exam praktikal.

  • Masa kami di Tahun 3, kami masuk pertandingan Menghias Floor sempena Hari Terbuka Asrama. Kami buat hiasan ala2 musim salji gitu. Kami tak menang tetapi sejak itu TNGs mula dikenali di seluruh kolej.
  • Setiap seorang daripada kami punya citarasa dan kreativiti masing2. Ezanee dikenali dengan kecekapannya dalam hal2 komputer dan elektrik. Fatahul Laham selalunya jadi ketua dan dia cekap dalam hal2 berhubung dengan Human Resources dan perhubungan awam. Bila dia dilantik jadi presiden asrama, kamilah yang banyak dapat kemudahan asrama. Kami boleh dikira The Untouchables sebab pihak asrama tak pernah kacau kami walaupun banyak benda yang kami buat menyalahi peraturan asrama. Antaranya bawak tv dalam bilik, pasang line telefon dalam bilik, bela haiwan dalam bilik dan sebagainya.
  • Azman Kiflie ada seorang abang ipar yang bertaraf Assoc Prof di Fakulti Perubatan masa tu. Bila dekat2 nak exam, kami selalu mengendeng soalan2 spot dengan abangnya.
  • Aku dan Jemie biasanya ditugaskan untuk merancang program2 sosial dan projek2 release tension selepas peperiksaan. Setiap kali ada kawan yang nak sambut birthday, akulah yang akan buat kad harijadi besar dan juga membeli hadiah untuk mereka. Setiap kali nak release tension, aku dan Jemielah yang akan recce tempat mana yang sesuai.
  • Tengku Muzafar, Jeri dan Neil biasanya menjadi pengikut setia sahaja kerana mereka agak pendiam.

  • Kami ada maskot sendiri iaitu seekor kucing betina yang aku bela sejak aku di Tahun 3 lagi. Bila ia beranak, anak2 pula menjadi maskot kami. Aku ingat lagi namanya iaitu CT( sempena nama Siti Norhaliza) dan 2 anaknya Carlos dan Castello. Kucing ini selalu melepak kat floor kami dan akan mengikut kami ke dewan makan bila waktu makan. Kadang2, mereka tidur bersama2 kami.
  • Antara kami berlapan, 3 orang adalah orang Johor, 2 orang Kelantan, seorang Terengganu, seorang Selangor dan seorang lagi orang Sarawak. Kami jarang bergaduh walaupun kadang2 merajuk tak bertegur sapa selama beberapa hari. Tapi itu sekejap sahaja. Bila dah bosan takda kawan, kami berbaik semula seperti biasa.
  • Sepanjang 7 tahun persahabatan, banyak jugak tempat yang kami pergi bersama2. Lawatan ke Genting Highlands masa kami di tahun 3 adalah yang terbaik kerana kesemua 7 orang dapat menghadirinya. Jeri seorang yang tak pergi kerana ada urusan keluarga. Aku dah pernah sampai ke rumah Jemie di Kuala Berang, Pa di Kota Bharu, Ezanee dan fatah di Batu Pahat dan Neil di Klang. Cuma rumah Man Kiflie di Sarawak aje yang aku tak pernah sampai.

  • Semasa kami di Final exam, kesemua kami lulus kecuali Tengku Muzafar yang kena extend selama 6 bulan. Dia kena long case dengan Al Jafri kalau tak silap aku.
  • Semasa majlis meraikan kejayaan kami lulus MBBS di Selangor Golf Club, kami rasa tak berapa seronok kerana salah seorang daripada kami tiada bersama2 kami.
  • Semasa hari penyampaian ijazah di DTC pada Ogos 1996, aku agak sedih kerana aku tak dapat berjumpa semula dengan geng2 TNGs. Masa tu semua sibuk dengan keluarga masing2 dan cuti aku pun tak lama masa tu.

  • Semasa majlis perkahwinanku, hanya Ezanee seorang yang hadir. Maklumlah masa tu semua masih Houseman lagi. Susah nak dapat cuti. Tapi masa Ezanee, Tengku Muzafar dan Fatahul Laham kahwin, aku dapat menghadiri majlis mereka.
  • Setakat ini, kesemua ahli2 TNGs kecuali Jemie dah berumahtangga. Aku tak tahu kenapa walaupun calonnya sentiasa ada didepan mata.
  • Kesemua ahli TNGs kini merupakan doktor2 pakar kecuali aku seorang. Ramai juga yang masih kekal di hospital kerajaan seperti Fatahul Laham, Jemie, Neil Amri dan Tengku Muzafar.
  • Selepas bekerja, kami pernah membuat pertemuan semula dan yang akhir sekali ialah di Port Dickson kira2 8 tahun yang lalu. Kesibukan dan kekangan masa dan tanggungjawab menyebabkan sukar untukku berjumpa semula dengan mereka.

  • Dah hampir 15 tahun kami tak bersama. Tetapi kenangan indah bersama TNGs adalah saat2 paling manis dan paling sukar untuk aku lupakan.
  • Bilakah agaknya dapat kami bersua semula?

1 ulasan:

  1. Perjumpaan semula TNG akan diadakan di Ipoh pada 18 Jun 2011. Neil, Jemie, Pa dan Man Kiflie dah mengesahkan kedatangan mereka.

    Semoga ianya akan terpahat dalam lipatan sejarah sebagai pertemuan semula paling best dan meriah...

    BalasPadam