Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

25 Februari 2011

Aku ke Pejabat Imigresen



Berita sangat baik.
Pejabat Imigresen baru dibuka di Kulai Hypermarket.
Bermula 1 Februari yang lalu.
Tak payah susah2 nak ke bandar JB.



Pukul 8 pagi aku dah sampai kat pintu masuk.
Dapat angka giliran yang ke 19.
Pukul 8.40 pagi, nomborku dipanggil.
Kaunter No 4.
Pegawai lelaki baju putih dibelakangnya pesakit aku rupanya.
Dari jauh dia dah tegur aku.
Dia kata nak tolong aku.



Tapi ada masalah sikit.
Gambar yang aku print sendiri tak diterima.
Kena gambar semula.
Nak tak nak kena ke kiosk kat sebelah pejabat.
Walaupun kamera aku lebih mahal,
tapi ink printer aku guna yang Cap Ayam aje.
Hampeh betul.



Biasanya 2 jam baru siap.
Tapi tak sampai 15 minit, passport aku dah siap.
Pegawai tadi/patient aku tolong aku potong queue.
Sempat lagi aku masuk ofis pukul 9.30 pagi.
Untung jadi doktor ni ye?



Selepas ni, panjanglah langkahku.
Semua negara aku boleh pergi.
Kecuali Israel.



4 ulasan:

  1. dah ready cuti2 oversea ya bro...:)

    BalasPadam
  2. jom cuti-cuti luar negara


    target saya utk 2011-12 : nak penuhkan passport! hehehe

    BalasPadam
  3. Daddy Ziyyad,
    Jom luaskan pandangan.
    Minggu depan ke Singapura.
    Lepas tu Bali,
    Lepas tu Phuket.
    Lepas tu Liverpool.

    Berangan2 jer...

    BalasPadam
  4. phuket is nice..but hattyai is cheaper..

    -cikgu am-

    BalasPadam