Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

Aku dan PIBG

Sepanjang anak2ku bersekolah lebih 8 tahun,
baru sekali aku hadir ke mesyuarat PIBG sekolah.
Aku malas nak hadir kerana aku pasti kena pegang jawatan punya.
Cikgu2 sekolah tu semua kenal aku.
Ibubapa yang hadir kebanyakkannya pesakit2 aku.
Aku nak urus klinik dan keluarga pun tunggang langgang,
inikan pula nak pegang jawatan.
Memang tak terurus punya.
Tahun 2009 adalah pertama dan terakhir aku hadir ke mesyuarat PIBG sekolah.
Itupun sebab nak ambik gambar anak jadi Tokoh Pelajar.
Aku pun dah pastikan tahun tu takda pemilihan jawatan.
Malangnya masa pendaftaran aku diberitahu ada 2 kekosongan jawatan.
AJK dilantik hilang entah kemana.
YDP dan Gurubesar memang sah kenal aku.
Ibubapa yang hadir pun, sah kenal aku.
Tanpa sebarang bantahan, aku dilantik jadi Pemeriksa Kira-Kira.
Aku cuba membantah tetapi bantahan ditolak mentah2.
Tapi seperti dijanjikan, aku tak pernah hadir ke mesyuarat AJK PIBG selepas itu.
Maklumlah mesyuarat diadakan disebelah malam.
Kalau aku pergi, siapa yang nak jaga klinik?
Sebelum Me…

Anakku Keluar Asrama

Anak sulungku dah keluar daripada asrama.
Tak tahan.
Masuk hari minggu,
malam Rabu dah call kata pening dan sakit kepala.
Malam tu jugak balik rumah sampai hari minggu.
Petang Ahad aku cuba masukkan asrama semula.
Hari Selasa dia kata dah kemas barang dan nak balik rumah.
Hari Rabu dia officially keluar daripada asrama.
Sebab2nya?
Alasan2 biasa.
Bosan.
Sunyi.
Rindu.
Takda internet.
Makan tak sedap.
Tidur tak cukup.
Dan paling biasa,
barang2 banyak yang hilang.
T-shirt sekolah, t-shirt asrama, tracksuit, selipar.
Satu pengajaran buat dia.
Cakap orang tua tak nak dengar.
Dulu dia yang beriya2 nak duduk asrama.
Aku memang tak sokong sebab aku dah melaluinya.
Tetapi dia tak percaya.
Dia lebih percaya cakap kawan2 banding bapanya.
Belajar daripada pengalaman dan kesilapan.


Aku dan Tarian Poco Poco

Perak haramkan tarian poco-pocoIPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh. Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu. “Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.Poco-Poco Tebe-Tebe & Sajojo Translation from Indonesian: Roderick C. WahrThere are 3 community dances in Indonesia that reach for the top: Poco-poco, Tebe-tebe and Sajojo. They are equal to imported community dances like Salsa, Jiv…

Anakku Masuk Bertanding Sahibba Negeri Johor

Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri Johor.
2 orang anakku terpilih mewakili daerah.
Kalau tidak, ketiga2nya dapat mewakili daerah.
Tapi yang sulung lebih sayangkan game bola sepak banding Sahibba.
Walaupun berlatih dalam jangkamasa singkat,
yang bungsu dapat masuk sampai separuh akhir.
Dapat saguhati RM50, sijil dan set permainan.
Yang perempuan sangkut di pusingan awal.
Lepas ni banyak lagi pertandingan yang akan diadakan.
Pusing sana, pusing sini anak2ku jugak yang terpilih.
Pertandingan Bercerita, Choral Speaking, Seni Khat, Mewarna, Nasyid...
Pening jugak kepala nak adjust masa untuk mereka.


Aku dan Murtabak Majid

Terkini.  Warung Murtabak Majid dah tutup sejak sebelum puasa lagi.  Dia berniaga atas tempat parking kereta.  Tiap2 hari jalan tu jem teruk sebab ada kelas tiution kat situ.  Rasanya ada emak bapak yang komplen.  Jadi orang MPKu dah tutup warung dia.  Aku call no dia, dia tak angkat.  Tak tahu pindah berniaga kat mana pulak... 




Kat depan Restoran Gazebo Place Taman Gemilang,
ada bukak satu gerai murtabak.
Murtabak Majid namanya.
Rasanya dah hampir sebulan beroperasi.
Aku memang bukan peminat murtabak.
Tapi setiap kali aku balik kerja mesti lalu depan warung dia.
Satu hari aku pun singgahlah.
" Maaflah bang! Murtabak habis cepat hari ini."
" Ada orang buat promosi dalam suratkhabar KOSMO hari ini."
Kalau camtu, mesti sedap punya, kata hatiku.
Keesokannya aku datang semula.
Nasib baik takda orang.
Aku beli yang sekeping untuk makan 4 orang.
Tapi sampai rumah anak2 terus perabiskan.
Mereka kata sedap dan aku kempunan.
Maka hari ini aku order 2 keping.
Aku try yang …

Aku dan Perth Australia

Sahabatku baru pulang daripada Perth, Australia.
Banyak jugak ole-ole yang aku dapat.
Seribu lebih gambar yang diambilnya.
Sempat gak aku tengok tadi.
Negara orang memang best.
Bersih, cantik dan indah sekali.
Rasanya lebih kurang macam kat Singapore jugak.
Cuma iklimnya lebih sejuk.
Tukaran wangnya pun AUD 1= RM 3.
Sekali makan dah AUD 10.
Lepas tu multiplykanlah dengan 3.
Kalau aku rasa kat Singapore dah mahal,
kat Perth lagi mahal.
Tak jadilah nak pergi sana.
Apa2pun, terima kasih daun keladi.

Aku dan Nokia C7

Kebelakangan ini reception E72 aku makin teruk.
Kat dalam klinik pun kejap ada kejap takda.
Masa aku ke taklimat Tabung Haji kelmarin,
langsung hilang connection aku.
Keluar ke tempat parking,
Nah! Ambik kau!
Ada 12 SMS.
Semuanya missed call reminder.
Nak jadikan sebab,
E72 aku terjatuh depan pintu masa aku nak bukak pintu.
Langsung hilang dan gelap gelita skrinnya.
Beberapa kali aku cuba resus tapi tak berjaya.
Maka tamatlah riwayat E72 aku.
Baru genap setahun bulan ini.
Kalau jatuh, warranti void kata amoi kedai handphone.
Kalau masuk dalam air pun sama.
Jadi sementara aku suruh dia baiki,
kenalah aku cari yang baru.
Selamat datang C7...


The Nokia C7 is a good phone, and that's without all its bells and whistles. It's simple to make calls on, and makes the phoning experience a pleasure. Add to this the functionality of Symbian^3 which admittedly won't be for everyone, and the fantastic multimedia support, and you've got a pretty nice package. The build quality i…

Aku ke Pesta Konvo UTM

Malam minggu.
Ke Pesta Konvo UTM.
Apa yang menarik?
Entahlah.
Macam biasalah.
Mencari barang2 imitation.
Jersi bolasepak Malaysia cuma RM10 sehelai.
Kasut Nike cuma RM50 sepasang.
Tapi dah biasa masuk kedai Al-Ikhsan.
Anak2 pun tahu itu barang tiruan.
Yang lain2?
Batik, tudung, baju siap pakai.
Macam biasalah.
Tunggu tahun depan.
Wife ambik skrol dia.
InsyaAllah.


Aku Kini Jadi Panel Tabung Haji

Nak jadi klinik panel Tabung Haji,
kena datang dengar taklimat dulu.
Tiap2 tahun kena pergi.
Baru dapat pengiktirafan dan cop mohor.
80% doktor2 daripada hospital/klinik kerajaan.
Ada juga rakan2 yang sama2 kerja masa Houseman dulu.
Ada juga yang masih setia dengan kerajaan.
Tabik hormat aku kat mereka.
Banyak juga ilmu yang aku dapat hari ini.
Susah juga nak mengurus jemaah2 haji ni sebenarnya.
Semakin tua semakin banyak karenahnya.
Semakin tua semakin banyak penyakitnya.
Baru aku tahu,
pesakit2 hemodialisis tak boleh pergi haji.
Tahun lepas 9 orang terlepas pandang.
Kelam kabut Tabung Haji dibuatnya.
Mulai bulan Mei ini,
jemaah haji yang tak nak buat pemeriksaan kat klinik kerajaan,
boleh datang ke klinik aku.
Tapi tak percuma ya?

Aku dan kisah Datuk T

Aku benci politik.
Terutamanya politik di Malaysia.
Mereka semua tiada perasaan malu.
Yang penting poket penuh dan kuasa kekal di tangan.
Mereka saling jatuh menjatuhkan.
Mereka terus menerus berkonfrontasi.
Walaupun sesama bangsa dan agama.
Isu DNA belum lagi selesai.
Kini muncul isu baru.
Apa perlu 'video' perlakuan maksiat ditayangkan kepada umum.
Kenapa tidak diserah kepada polis sahaja.
Aku masih tercari2 apa tujuannya.
Apa muslihatnya.
Yang menuduh pun rasanya lebih kurang sama sahaja perangainya.
Aku dah bosan.
Sangat bosan.
Mereka ni takda kerja lain ke?

MARCH 23 — In a nutshell, this is what we can surmise about the video issue: 1) A former chief minister who once was accused of having sex with an underage girl was in charge of a sting operation to bring down the leader of the Opposition. Rahim Thamby Chik is chairman of Risda and still a connected guy in Umno. Some conclusions we can draw: Rahim could not have done this sting on a whim and fancy. He must have received the green light…

Aku dan Consultation Fee

How much is TOO MUCH? A REASONABLE DAILY FEE, ONE DOCTOR SAYS, IS $1,000-$2,000 BUT ANOTHER SAYS: $450,000By Salma Khalik, Health Correspondent
Just how much can a doctor charge a patient? As little as one to two thousand dollars a day, and as much as $450,000 a day - these are the two extremes that doctors themselves considered reasonable fees for Dr Susan Lim to have charged for round-the-clock service to a royal patient from Brunei. The figures were quoted by expert witnesses during the first disciplinary hearing against the private surgeon for overcharging Pengiran Anak Hajah Damit, who was the Brunei queen's sister and Sultan Hassanal Bolkiah's cousin. A summary of the first disciplinary hearing - which ended without a verdict - was submitted to the High Court last week. The court will decide whether the Singapore Medical Council (SMC) can proceed with a second hearing against the surgeon. Dr Lim's lawyer, senior counsel Lee Eng Beng from Rajan & Tann, …

Aku dan Gimik Iklan Tambang Murah

Kalau tengok iklan2 tiket2 kapalterbang,
tak kira AirAsia, MAS ataupun Fireflyz.
Semuanya nampak sangat murah.
Lebih murah daripada tiket bas.
Ini yang paling baru.
Fireflyz buat direct flight daripada Senai ke Langkawi sepanjang cuti sekolah bulan 6 ini.
Hanya untuk tempoh ini sahaja.
Lepas tu takda lagi.
Kalau nak ke Langkawi lepas ni, kena transit kat KL dulu.
Aku pun saja2 tengok2.
Mana ada All-In 39 ringgit sahaja?
Semuanya gimik pengiklanan sahaja.
Perjalanan pergi balik ke Langkawi ialah 400 ringgit seorang.
Itu realitinya.

Anakku Masuk Asrama

Anak sulungku duduk asrama mulai hari ini.
Dia yang nak.
Ramai kawan dan boleh main bola hari2 katanya.
Berat juga hati nak benarkan.
Tapi apakan daya.
Jaraknya pun bukanlah jauh sangat.
Tak sampai pun 10 minit perjalanan.
Aku tengok prestasi pelajarannya penggal ini.
Kalau merosot, balik rumah semula.
Tapi aku percayakan dia.
Aku yakin dia boleh berdikari.
InsyaAllah.

Aku dan Canon Powershot A2200

Beli kamera baru.
Canon Powershot A2200.
A basic budget camera.
Wife yang nak pakai.
Ambik gambar2 sekolah dan cikgu2nya.
Ini gambar2 contoh selepas di edit.
Klik ini untuk review tentang kamera ini.



Aku dan Hujung Minggu Ini

Hari2 terakhir cuti persekolahan.
Esok Kierin akan mula masuk asrama.
Walaupun tak jauh, kira berpisah jugaklah.
Jadi, hari ini aku luangkan masa untuk bersama2nya.
Rango atau Mars Needs Moms?
Bila beratur depan kaunter TGV,
baru boleh buat pilihan.
Tayangan Rango jam 8 malam dah full.
Jadi, terpaksa tengok cerita yang lagi satulah.
Walaupun jalan ceritanya langsung tak tercapai dek akalku,
Visual 3Dnya agak mengkagumkan.
Pertama kali tengok movie 3D.
Macam2 kalimah mengujakan kedengaran.
Wau! Wah! Fuyoh! Macam2.
Lepas ni nak tengok Kungfu Panda 2 dalam 3D pulak.


Aku Nak Ke Perak

Projek: Jalan-Jalan Makan Angin ke Perak Darul Riduan.

Tarikh: 17 -19 Jun 2011.

Agenda:
Main Air di Lost World of Tambun.Reunion dengan geng-geng TNGs.Tangkap gambar banyak2 di sekitar Taiping/Ipoh. Ada apa2 cadangan lain?
Tempat makan yang wajib pergi contohnya.
Shopping complex yang wajib dikunjungi.
Juga tempat bersejarah yang patut diketahui.
Terima kasih.


Aku dan Hujung Minggu Ini

Petang Jumaat.
Berehat2 di luar rumah sambil melihat anak2 bermain.
Juga dah lama tak pegang kamera.
Ambiklah gambar apa2 yang patut.
Dah besar rupa2nya anak2ku.
Hujung minggu ini yang sulung nak masuk asrama.
Dia nak merasa hidup sendiri dan cuba berdikari.
Itu permintaan dia.
Bila dah masuk asrama,
bermakna dah semakin jauh dia denganku.
Dia akan lebih rapat dengan rakan2 sebayanya.
Bapanya dah tak penting lagi dalam hidupnya.
Tun Mahathir ada menulis dalam bukunya,

" Being a parent is a great accomplishment and it also
feels like a windfall of good luck.
Having children to care for also makes you feel immortal-
you know that they are going to survive you,
that they will have children of their own,
and that a part of you will always live on through them."

Terasa ada kekosongan dalam jiwa bila anak2 tidak lagi membesar di depan mata.


Aku dan Fukushima 50

Bermula dengan gempa bumi terhebat sejak 120 tahun yang lalu.
Diikuti dengan tsunami setinggi 10 meter.
Dan kini, bahaya radiasi nuklear yang kebocoran.
Aku ikuti khutbah jumaat hari ini dengan jiwa yang ketakutan.
Walaupun bencana alam boleh difahami dengan alasan2 saintifik,
tetapi kemurkaan bumi disebabkan oleh manusia itu sendiri.
Banyak iktibar dan pengajaran boleh diperolehi.
Yang paling utama ialah kesedaran tentang kekuasaan Tuhan.
Dan sehebat manapun ciptaan manusia, tidak sesekali dapat menandingi kekuasaan Tuhan.
Lihatlah rakyat negara Jepun yang sangat maju teknologinya.
Semuanya hancur lebur dengan sekelip mata.
Sebagai rakyat Malaysia,
kita tak sepatutnya berasa selamat.
Kerana negara kita jauh daripada plat gempa bumi dan gunung berapi.
Jangan sangka kita sentiasa selamat kerana nasib tak semestinya menyebelahi kita.
Dianggarkan suku juta rakyat Malaysia adalah daripada hasil perzinaan.
Itu kata khatib tadi.
Sepanjang tahun 2009, ada 17 000 anak luar nikah didaftarkan.

Aku dan Ice Blender

Entri bosan hari ini.
Klinik cawangan di taman sebelah cuti 3 hari.
Jadi klinik aku penuh siang sampai malam.
Pesakit panelnya lari ke klinik aku.
Cuti sekolah rupa2nya minggu ini.
Patutlah ramai yg cuti panjang.
Termasuk wife dan anak2.
Tapi aku tak bercuti.
Kena kerja.
Anak2 pulak ada training bola sepak setiap hari.
Sorang nak jadi Theo Walcot.
Sorang lagi nak jadi Rooney.
Terpaksalah diikutkan rentaknya.
Ada sapa2 nak try Ice Blender?

Aku dan Buku Tun Mahathir

Aku suka baca buku tulisan Tun ini.
Pagi, petang, 'in between patient' dan malam sebelum tidur pun aku mesti membacanya.
Ianya tak jemu dibaca.
Walaupun ianya seperti membaca buku diari orang lain.
Dan kadang2 seperti baca buku sejarah.
Tun Mahathir memang buat true confession dalam buku ini.
Dia siap sebut nama lagi orang2 yang tak ngam dengan dia.
Kisah kehidupan awalnya sebagai doktor memang lebih kurang sama dengan kehidupanku.
Kisah percintaan dia dengan isterinya pun lebih kurang sama jugak.
Dia pun pernah mengalami burnt out sama macam aku jugak.
Tapi dia minat politik manakala aku langsung tak berminat.
Jawatan dalam AJK PIBG sekolah pun aku tak minat,
apatahlagi nak masuk parti politik.
Aku masih sangkut di Chapter 16.
Kisah permusuhan antara Melayu dan Cina.
Kisah sebelum dan selepas 13 Mei.
Dan kisah Tun kena pecat daripada UMNO.
Apa lagi selepas ini?
Bersambung.


Aku dan Superglue

Aku ada seorang kawan.
Seorang pesara askar.
Aku kenal dia sejak aku kerja kat gomen dulu.
Dia ada company jual medical equipments.
Dulu masa aku kerja dengan gomen,
aku selalu beli Simen Fiberglass kat company dia.
Buat bisnes kecil-kecilan masa kat Emergency Department.
Kalau ada budak2 patah tangan atau kaki,
aku suggest pakai Fiberglass banding simen POP hospital.
Walaupun percuma tapi ianya berat, gatal dan tak durable.
Ianya satu bisnes yang bagus dan untungnya boleh tahan.
Tapi panas telinga jugak bila kena perli dengan pengarah dan senior staf.
Tapi aku tak peduli.
Yang penting pesakit ada pilihan.
Bila aku berhenti kerja gomen,
dia masih selalu datang jumpa aku.
Sebagai kawan minum2 dan kadang2 jual barang jugak.
Ini barang terbaru dia.
Superglue aku panggilnya.
Senang untuk gam luka budak2 yang takut jarum.
Dah banyak jenis glue aku guna tapi yang ni yang terbaik.
Cepat, ringkas, sangat melekat dan harganya berpatutan.
Aku juga guna gam ni untuk lekatkan benda2 lain.
Kasut merekah, aku guna gam in…

Aku dan Japanese Tsunami(2)

Gambar2 dicilok daripada Yahoo.com


Aku mencari buku Tun Mahathir

Susah betul nak cari buku Tun Mahathir ni.
Kali pertama ke MPH Tmn U pada Jumaat lepas.
Dah kehabisan stok.
Kakak tu suruh aku ke MPH Senai Airport.
Dia kata ada dan aku pun percaya.
Tak terfikir nak call dulu.
Sampai sana pun hampa jugak.
Sabtu petang cadang nak ke Badan Bookstores di Plaza Angsana.
Nasib baik tergerak nak call dulu.
Mereka pun takda stok jugak.
Jadi aku call MPH Tmn U semula.
Dia kata kena datang booking dan bayar deposit.
Isnin atau Selasa baru ada stok.
Tapi tak sampai 4 jam lepas bayar deposit,
MPH call aku.
Buku Tun Mahathir dah sampai.
Masa aku nak ambik buku tadi,
aku nampak ada 10 buah buku lagi.
Semuanya dah ada yang punya.
Hebat jugak penangan Tun Mahathir ni.
Orang ramai masih nak dengar cerita2 dia walaupun dah lama dia "turun takhta."
Ada satu ayat yang aku pasti takkan lupa.
" I may have many mistakes, but removing Anwar was not one of them."
Terima kasih Tun Mahathir.
Aku percaya Tun.
Semoga Tun sihat sejahtera selamanya.