Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

15 Mac 2011

Aku dan Buku Tun Mahathir





Aku suka baca buku tulisan Tun ini.
Pagi, petang, 'in between patient' dan malam sebelum tidur pun aku mesti membacanya.
Ianya tak jemu dibaca.
Walaupun ianya seperti membaca buku diari orang lain.
Dan kadang2 seperti baca buku sejarah.
Tun Mahathir memang buat true confession dalam buku ini.
Dia siap sebut nama lagi orang2 yang tak ngam dengan dia.
Kisah kehidupan awalnya sebagai doktor memang lebih kurang sama dengan kehidupanku.
Kisah percintaan dia dengan isterinya pun lebih kurang sama jugak.
Dia pun pernah mengalami burnt out sama macam aku jugak.
Tapi dia minat politik manakala aku langsung tak berminat.
Jawatan dalam AJK PIBG sekolah pun aku tak minat,
apatahlagi nak masuk parti politik.
Aku masih sangkut di Chapter 16.
Kisah permusuhan antara Melayu dan Cina.
Kisah sebelum dan selepas 13 Mei.
Dan kisah Tun kena pecat daripada UMNO.
Apa lagi selepas ini?
Bersambung.


2 ulasan:

  1. saya belum beli.

    tapi saya pun nak buat confession gak ni.

    saya sayang tun. huhu~

    BalasPadam