Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

12 Mac 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini

Malam tadi ada satu pesakit.
Seorang ibu muda mengandung baru 7 minggu.
Dia dah buat antenatal check up kat kerajaan pagi tadi.
Doktor cakap kat dia, jantung dia ada masalah.
Dia juga diberitahu ada ketumbuhan dalam perutnya.
Bila ditanya lebih lagi, doktor suruh tanya kat nurse pulak.
Doktor 'sangat sibuk' dengan pesakit2 lain.
Tiada masa untuk memberi sedikit penerangan kepada pesakit yang kerisauan.
Seperti biasa, akulah yang jadi mangsanya.
Siasat punya siasat, dia memang ada masalah jantung.
Doktor pernah detect masa dia buat medical check up untuk masuk UPSI.
Aku agak dia ada ASD iaitu lubang halus di dinding jantungnya.
Ketumbuhan yang dimaksudkan hanyalah simple Right Ovarian Cyst.
Kedua2nya memang tak merbahaya tetapi boleh tak tidur malam jika tidak diperjelaskan.
Ibu muda balik senang hati.
Begitu juga suaminya.
Aku yang balik lewat lagi.
10.30 masih dalam klinik.
Petang ni nak ke Plaza Angsana.
Cari Buku Autobiografi Tun Mahathir.
Tak sabar nak membacanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan