Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

18 Mac 2011

Aku dan Hujung Minggu Ini




Petang Jumaat.
Berehat2 di luar rumah sambil melihat anak2 bermain.
Juga dah lama tak pegang kamera.
Ambiklah gambar apa2 yang patut.
Dah besar rupa2nya anak2ku.
Hujung minggu ini yang sulung nak masuk asrama.
Dia nak merasa hidup sendiri dan cuba berdikari.
Itu permintaan dia.
Bila dah masuk asrama,
bermakna dah semakin jauh dia denganku.
Dia akan lebih rapat dengan rakan2 sebayanya.
Bapanya dah tak penting lagi dalam hidupnya.
Tun Mahathir ada menulis dalam bukunya,

" Being a parent is a great accomplishment and it also
feels like a windfall of good luck.
Having children to care for also makes you feel immortal-
you know that they are going to survive you,
that they will have children of their own,
and that a part of you will always live on through them."

Terasa ada kekosongan dalam jiwa bila anak2 tidak lagi membesar di depan mata.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan