Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Mac 2011

Aku dan Kisah Benar Hari Ini



Pesakit No 1:
" Doc, cuba doc check rekod saya. Dah berapa lama saya tak ambik MC? "
" Rasanya dah lama sangat kan?"
" Rasa malas nak kerjalah hari ini. Boleh beri MC sehari tak Doc?"

Pesakit No 2:
" Doc, kilang tengah down sekarang. Order dah kurang. Pergi kerja pun duduk melanguk aje."
" Berilah saya MC barang sehari dua boleh tak Doc?"

Pesakit No 3:
" Doc, saya kena cirit-birit sejak malam tadi. "
" Ada kawan belanja steamboat."
" Pagi tadi dah minum teh pekat. Sekarang dah rasa OK sikit."
" Saya tak nak ubat. Cuma nak MC aje untuk hari ini. Boleh Doc?"

Pesakit No 4:
" Doc, hujung minggu hari tu saya buat kerja part time."
" Pasang kornis kat rumah member."
" Maklumlah rokok dah mahal. Susu pun dah mahal."
" Mana cukup harap gaji kerja kilang aje."
" Penatlah Doc, Boleh beri cuti sehari tak hari ini?"

Doktor No 1:
Saya mogok tak nak masuk klinik petang ini.
Sakit jiwa.
( dihantar menggunakan SMS kepada staf klinik )


12 ulasan:

  1. ahaks!Doktor pun MC gak

    BalasPadam
  2. nak tambah lagi satu
    "doc, saya ni tak lama lagi nak pencen dah"
    "pegi keje pun takde apa nak buat kat opis tu"
    "buat abes duit minyak kereta dan tol aje pegi ke sana"
    "doc bagi je la MC 2 hari terus"

    BalasPadam
  3. hahahhahhahah.. saya malu nak mintak MC... nanti doc kata saya malas.. saya tak suka org kata saya malas.. walaupun saya tahu saya malas. hehehehe

    BalasPadam
  4. drzab,
    saya kalau mood tak baik,
    saya ambik MC sendiri.
    lantaklah patient nak kata apa.

    salam ziarah.

    BalasPadam
  5. ramai orang mintak mc pun buatkan doktor mc ye..
    macam macam ragam orang kan..
    macammana agaknya doktor nak melayang kerenah mereka2 tu..

    BalasPadam
  6. DeLancrettLurpak,

    Awak jujur.
    Tapi orang gila takkan mengaku gila.
    Orang malas takkan mengaku malas.
    Begitu juga sebaliknya.

    :)

    BalasPadam
  7. 7 tahun lebih dah aku tak ambik mc doc..camana?theheheh

    BalasPadam
  8. kak Erna,
    Dah biasa sangat kak.
    Saya dah 14 tahun menghadap pesakit.
    Biasanya tengok muka pun dah boleh agak dah.
    Tu yg kalau pagi2 Isnin tengok muka2 diaorang,
    rasa nak balik rumah aje...
    Malas nak menghadap temberang mereka.

    BalasPadam
  9. RazzaQ,
    Boleh dapat anugerah tu.

    BalasPadam
  10. selalunya .. saya bertekak untuk pesakit2 seperti 1,2,3 dan 4
    ada masanya .. saya bagi je .. dan kaw2 punya caj ... sebab pasti mereka serik dan takkan datang lagi.
    .
    saya benci orang malas..

    BalasPadam
  11. DrSinga,
    Saya pun jadi malas bila asyik menghadap orang2 malas.
    Saya jarang bertekak dengan pesakit.
    Saya juga jarang overcharge.

    Tapi saya suka mogok tak masuk klinik kalau tension.

    BalasPadam
  12. wah!!!!

    http://haffizmohdnoor.blogspot.com/

    BalasPadam