Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

08 Mac 2011

Aku dan Pesakit Hari Ini


Gadis berusia 17 tahun datang ke klinik.
Belajar setakat Tingkatan 3 sahaja.
Baru 2 minggu bekerja kilang.
Duduk dengan emak, bapak tiri dan 3 adik beradik.
Datang mengadu sakit perut dan pinggang.
Perutnya memang lain macam aje besarnya.
" Kau mengandung ke?"
" Entah."
" Kau dah kahwin belum?"
" Belum."
Pemeriksaan seterusnya mengesahkan dia mengandung 6 bulan.
Awal bulan tujuh ni dijangka bersalin.
" Boyfriend dah tahu belum?"
" Dia yang suruh pergi check."
" Emak ada tanya tak pasal perut?"
" Ada tapi saya tak jawab."
" Macamana nak beritahu emak?"
" Entah."
" Bayi ni sapa nak jaga? "
" Entah."
" Kau tak risau ke dah termengandung?"
" Entahlah."
" Nak buat apa lepas ni?"
" Entahlah. Doc, jangan lupa MC saya hari ini."

p.s Itulah realiti kehidupan gadis berusia 17 tahun yang mungkin tak lulus PMR. Apa yang sedang dan akan berlaku seterusnya, dia buat tak endah aje. Macamana aku nak tolong kalau dia sendiri pun seolah2 tak nak menolong dirinya sendiri. Apa akan jadi kepadanya? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui.

10 ulasan:

  1. sengalnya!!!
    memang tak ada perasaan langsung ek?!!

    BalasPadam
  2. Orang nak bantu dia, dia pulak buat endah tak endah...kena sangatlah bro dengan entri saya hari ni...

    BalasPadam
  3. gadisBunga,
    Saya pun kecewa jugak.
    Inikah nasib bangsa kita?
    Tak berilmu.
    Tak tahu untung nasibnya.
    Juga nasib anak dalam kandungannya.

    BalasPadam
  4. DrSinga,
    Memang sengal.
    Blur semacam aje.
    Yang dirisau cuma MC hari ini.
    Anak dalam kandungan?
    Masa depan anak?
    Masa depan dia?

    BalasPadam
  5. Daddy Ziyyad,
    Sebagai GP,
    Inilah working hazard kita.
    Stress sebab melayan mereka2 yang malas.
    Pada saya sakit malas ni tak kira bangsa.
    Janji 1Malaysia.
    Melayu, Cina, India sama sahaja.

    BalasPadam
  6. Dulu pernah attend satu pt kat labour room, under age pregnancy, baru 15 thn. Senang je beranaknya, tak macam org sebelah2 dia terpekik terlolong sakit. Dah keluar baby, dipegang tidak, jauh skali nak tgk... sayu sgt tgk bb yg tak berdosa tu menangis. baru 5-6jam bersalin, tergedik mintak nak discharge. Bila tanya pasal anak, senang je dia balas, bagi je kat org jkm :(

    BalasPadam
  7. Elyn,
    Kalau saya nak cerita satu persatu kes2 single mother ni memang tak habis punya.

    Saya pernah cerita pasal satu wanita bersalin kat bilik hotel dekat klinik saya.
    Sampai sekarang takda siapa datang ucap terima kasih ataupun penghargaan kat saya.
    2 jam saya tinggalkan klinik untuk temankan dia sementara tunggu ambulan datang.
    Sebelah mata pun dia tak pandang anak dia.

    BalasPadam
  8. budak2 sekarang mmg suka menjawab "entah!"

    sakit hati dgr. malas segala2.. nak fikir pon malas!

    selalu2 check handphone anak.. byk rahsia dalam tu, kami kat sekolah tak larat nak kepung.sama-sama kita usaha demi masa depan anak bangsa
    -cikgu am-

    BalasPadam