Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Mac 2011

Aku dan Minggu Ini


Tak ramai yang tahu.
Dah 4 hari anak2ku kehilangan ibunya.
Dah jadi pegawai pendidikan katakan.
Kena berkursus di Port Dickson.
Maka, aku jadi ibu kepada mereka.
Uruskan hal2 persekolahan mereka.
Uruskan makan pagi, makan tengahari dan makan malam mereka.
Uruskan pakaian mereka.
Uruskan sakit pening mereka.
Uruskan perjalanan ke sekolah, balik sekolah,
ke latihan main bola, ke sekolah ugama.
Dimasa yang sama,
aku kena kerja di klinik seperti biasa.
Dimasa yang sama juga,
aku kena jadi ayah.
Aku juga kena demam, batuk dan selsema.
Segala2nya aku kena buat sendiri.
Aku tak boleh nak harap emak aku.
Aku juga tak boleh nak harapkan emak mertua aku.
Tapi tak mengapa,
hari ini ibunya kembali.
Rasanya, aku boleh jadi bapa tunggal sekali sekala.
Yang untung anak2lah.
Asyik makan kat luar aje.
Restoran Azlan, Restoran Nanzeela,
Gazebo Place, Along Bistro,
McDonald.
Tadi aku timbang berat aku.
Dah turun sekilo sebab kurang tidur.

1 ulasan: