Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

30 Mac 2011

Aku dan Murtabak Majid

Terkini. 
Warung Murtabak Majid dah tutup sejak sebelum puasa lagi. 
Dia berniaga atas tempat parking kereta. 
Tiap2 hari jalan tu jem teruk sebab ada kelas tiution kat situ. 
Rasanya ada emak bapak yang komplen. 
Jadi orang MPKu dah tutup warung dia. 
Aku call no dia, dia tak angkat. 
Tak tahu pindah berniaga kat mana pulak... 





Kat depan Restoran Gazebo Place Taman Gemilang,
ada bukak satu gerai murtabak.
Murtabak Majid namanya.
Rasanya dah hampir sebulan beroperasi.
Aku memang bukan peminat murtabak.
Tapi setiap kali aku balik kerja mesti lalu depan warung dia.
Satu hari aku pun singgahlah.
" Maaflah bang! Murtabak habis cepat hari ini."
" Ada orang buat promosi dalam suratkhabar KOSMO hari ini."
Kalau camtu, mesti sedap punya, kata hatiku.
Keesokannya aku datang semula.
Nasib baik takda orang.
Aku beli yang sekeping untuk makan 4 orang.
Tapi sampai rumah anak2 terus perabiskan.
Mereka kata sedap dan aku kempunan.
Maka hari ini aku order 2 keping.
Aku try yang special punya.
Aku tengok cara dia buat murtabak.
Mula2 dia bakar satu adunan roti canai dulu.
Lepas tu dia letak atas adunan yang lain yang telah ditebar.
Bubuh telur sebijik dan kemudian tabur daging cincang atasnya.
Dia bungkus dan kemudian bakar semula.
Agak2 dah nak masak, dia pecahkan sebijik telur lagi dan tabur daging lagi.
Itu yang namanya special.
Murtabak dia memang sedap.
Terutama bila makan panas2.
Cicah dengan kuah kari/dal dan timun bersos.
Memang kenyang dan tak payah makan nasi lagi dah.
Lepas ni nak try yang ayam pulak.
Yang ada cheese dan sebagainya.
" Abang call dulu sebelum datang."
" Jadi abang sampai barang dah siap. Tak payah tunggu."
Itu pesan dia.
Cuma satu aje masalahnya.
Harganya agak tak munasabah.
Yang biasa 6 ringgit, kalau special 8 ringgit.
Yang 12 ringgit sekeping pun ada.
Tepuk dada tanyalah selera.

3 ulasan:

  1. harga murtabak mmg cam tu .. dkt Pekan, Pahang pun reganya mcm tu.. dkt Larkin Perdana, ada satu kedai murtabak best, itu pun lebih kurang harganya...

    BalasPadam
  2. Yang ekstra ekstra ekstra,
    makna semuanya lebih,
    30 ringgit sekeping...

    Nanti saya cari di Larkin Perdana...

    BalasPadam
  3. Saya rasa stended harga murtabak ala- ala singapura macam tu...

    BalasPadam