Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Mac 2011

Aku dan PIBG


Sepanjang anak2ku bersekolah lebih 8 tahun,
baru sekali aku hadir ke mesyuarat PIBG sekolah.
Aku malas nak hadir kerana aku pasti kena pegang jawatan punya.
Cikgu2 sekolah tu semua kenal aku.
Ibubapa yang hadir kebanyakkannya pesakit2 aku.
Aku nak urus klinik dan keluarga pun tunggang langgang,
inikan pula nak pegang jawatan.
Memang tak terurus punya.
Tahun 2009 adalah pertama dan terakhir aku hadir ke mesyuarat PIBG sekolah.
Itupun sebab nak ambik gambar anak jadi Tokoh Pelajar.
Aku pun dah pastikan tahun tu takda pemilihan jawatan.
Malangnya masa pendaftaran aku diberitahu ada 2 kekosongan jawatan.
AJK dilantik hilang entah kemana.
YDP dan Gurubesar memang sah kenal aku.
Ibubapa yang hadir pun, sah kenal aku.
Tanpa sebarang bantahan, aku dilantik jadi Pemeriksa Kira-Kira.
Aku cuba membantah tetapi bantahan ditolak mentah2.
Tapi seperti dijanjikan, aku tak pernah hadir ke mesyuarat AJK PIBG selepas itu.
Maklumlah mesyuarat diadakan disebelah malam.
Kalau aku pergi, siapa yang nak jaga klinik?
Sebelum Mesyuarat Agung tahunan pada Sabtu lepas,
aku dah tulis surat memohon melepaskan jawatan aku.
Aku juga tak dapat hadir mesyuarat kerana menghadiri
Taklimat Jemaah Haji di HSI pada waktu yang sama.
Apa berlaku semasa mesyuarat?
Atas usul daripada Gurubesar sekolah dan sokongan sebulat suara,
AJK yang lama dikekalkan untuk 2 tahun lagi.
Aku jadi pemeriksa kira-kira untuk 2 tahun lagi.
Itulah ceritanya.

7 ulasan:

  1. so harapnya pihak sekolah jgn melenting marah kalau Dr.Zoul tak hadir meeting, sebab notis tarik diri dah diberi...keh keh keh...

    BalasPadam
  2. pemeriksa kira2 tak payah kalkulator.
    sain buta2 aje.
    yg buat akaun cikgu matematik.
    takkan silap kot...

    BalasPadam
  3. susah jadi orang glamer kan doc! ehehe

    BalasPadam
  4. Yelah.
    Nak belek2 CD cetak rompak kat pasar malam pun susah.
    Tapi kalau saya masuk politik,
    sure cepat naik punya.

    BalasPadam
  5. kalau centu saya sokong doc masuk politik!

    BalasPadam