Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

03 Mac 2011

Aku dan Ulangtahun Klinik



Hari Ahad ini.
Genap 8 tahun klinik aku beroperasi.
8 tahun yang cemerlang.
Bermula dengan 2 orang pesakit sehari.
Bermula dengan 2 orang pekerja.
Bermula dengan niat untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat.
Alhamdulilah.
Klinik aku dah stabil sekarang.
Walaupun aku selalu masuk lambat,
Walaupun aku selalu keluar awal,
Walaupun aku selalu marah2 kat pesakit,
Walaupun pesakit kena tunggu giliran lebih setengah jam,
Walaupun banyak lagi klinik kat daerah ini,
pesakit masih sudi nak berjumpa denganku.
Aku akan bertahan selagi mampu.
Aku akan berbakti selagi ada daya.
Aku akan cuba kekalkan apa yang ada.
Kerana aku dah tak boleh kerah kudrat aku lagi.
Kemampuanku dah tahap maksimum.
Hidup bukan kerana duit.
Hidup bukan kerana harta.
Hidup untuk dinikmati.
Hidup hanya sementara.
Sapa2 yang datang ambik rawatan pada hari tersebut,
semuanya pro bono. Free of charge.









8 ulasan:

  1. drZoul! betul ke ni? free??

    tapi saya kat KL, cemana mau pegi????

    BalasPadam
  2. gB,
    Sorry to say,
    Hari Ahad klinik tutup.
    Off Day.
    Tu yang berani letak statement tu...
    Ha ha ha.
    Tapi gB punya pasal,
    hari2 lain pun boleh free jugak.

    BalasPadam
  3. Azizi Abd Rahim3 Mac 2011 8:15 PTG

    Assalam doc,

    semoga klinik terus kekal dan cemerlang
    terus dikunjungi pesakit
    terus dirujuk panel
    dan tetap bertahan

    juga kepada doc
    semoga sihat selalu
    biarlah garang tapi mesra pesakit
    biarlah datang lambat dan balik awal
    asalkan hati ikhlas berkhidmat

    semoga terus maju dan berjaya....


    err...kalo saya doakan klinik doc lebih berjaya, adakah saya sebenarnya mendoakan lebih ramai orang jatuh sakit? kihkihkih...;p

    BalasPadam
  4. Azizi Abd Rahim,

    Amin...
    Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Shahrul Mobile Blogger,
    Terima kasih.
    Lama tak dengar khabar berita?
    Mana pergi?

    BalasPadam