Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

01 Mac 2011

Aku dan Undertaker


Probe into ‘death messenger’ case

KUALA LUMPUR: The Health Ministry will investigate thoroughly the case in which a family was informed of an accident victim’s death by a funeral parlour operator. MCA Public Service and Complaints Department chief Datuk Michael Chong said Health Minister Datuk Seri Liow Tiong Lai had assured the victim’s family this during a meeting with the victim’s father-in-law, Lee Kim Yew, 50, at Wisma MCA on Sunday.

“A thorough investigation is needed to find out what happened after the victim, Chin Hee Soon, was involved in the accident.

“We also want to find out if there was abuse of power or misconduct by those handling this case,” Chong said at his office yesterday.

Karaoke centre manager Chin was driving home to Seremban from work in Kuala Lumpur on Feb 21 when the accident occurred. He was taken to the Tuanku Ja’afar Hospital in Seremban but the family said they were not notified of the accident. His family members were upset that they were told of his death by a funeral parlour operator the next day.

Hospital director Dr Jaafar Che Mat claimed that it was not hospital procedure to divulge a victim’s information to a third party (funeral parlour operator). He said the hospital would contact the family first and if that was not possible, the police would be informed.

Masa aku kerja dengan kerajaan dulu, aku memang kenal sangat dengan kaki2 malah tauke Undertaker ni. Aku pernah dengar cerita geng2 undertaker bergaduh sesama sendiri sebab berebutkan mayat. Kematian adalah satu perniagaan terutama kepada kaum Cina. Mereka sanggup berhabis2an untuk mati secara gah dan mewah. Jadi, setiap kali ada kematian di hospital, memang meriahlah perkarangan hospital.

Bila ada kematian di hospital, yang paling sibuk ialah kaki2 kepada Undertaker. Biasanya attendan hospital yang bekerja di wad dan di bilik mayat menjadi kaki kepada Undertaker tersebut. Kaki bermakna mereka bersekongkol dengan Undertaker. Khabarnya pemanggil pertama kepada Undertaker akan dapat imbuhan antara RM100-250 bergantung kepada bisnes yang mereka dapat. Kalau ada pesakit collapsed kat wad, nurse sibuk panggil doktor, attendan pula sibuk panggil undertaker. Kadang2 undertaker sampai dulu sebelum doktor sampai.

Masa aku baru jadi MO, aku tak berapa kisah pasal Undertaker ni. Tapi setiap kali ada kematian, undertaker ni lebih menyibuk daripada waris pesakit. Ingatkan saudara-mara si mati, rupa2nya Undertaker. Kematian adalah satu perniagaan. Tong mayat yang diperbuat daripada kayu yang baik mencecah puluhan ribu ringgit. Yang koman pun lebih 2 ribu rasanya. Bayangkan komisen yang dibayar kepada kaki2 Undertaker ni. Lumayan sih!

Aku benci Undertaker. Mereka ingat doktor ni kawan dia. Depan2 orang ramai dia sibuk berbuat baik dengan kita. Pegang2 bahu, salam2 dengan kita. Sebenarnya itu lakonan mereka untuk menyakinkan waris bahawa dia tu memang golongan baik2 dan punya connection dengan kita. Kaki2 undertaker pun sama. Mereka cuba berbuat baik dengan kita. Untung2 ada bisnes boleh masyuk. Tapi aku tak layan mereka semua. Pernah sekali tu, ada pesakit yang dah nazak. Memang tunggu nak pergi aje. Ada lelaki datang salam dan bertanya dengan aku.

" Bila agaknya? "

" Lu ni siapa?"

" Saya kawan dia."

" Kalau lu kawan dia, lu tak tanya itu macam. Lu tanya apa khabar dia? Sudah teruk ke dia.? Bukan tanya bila dia mau mati?." Panas aje hati aku bila ditanya begitu.

Lepas tu baru aku tahu dia tu geng Undertaker. Dia sibuk tanya nurse siapa yang pegang IC pesakit tu. Dah banyak kali pengarah hospital warning staf hospital supaya tak terlibat dengan geng2 Undertaker ni tapi biasalah. Gaji kakitangan kerajaan bukannya besar mana pun.

Ini cerita 10 tahun dulu. Rasanya ianya masih tak berubah sampai sekarang. Jadi aku tak hairan bila Undertaker boleh call waris pasal kematian. Nurse dan doktor pun biasanya tak telefon waris untuk memberitahu kematian melalui telefon. Biasanya kita suruh waris datang ke hospital dan kita beritahu mereka dengan berdepan face-to-face. Bukannya angkat telefon dan berkata,

" Hello! Ini rumah Mr X? Saya telefon daripada hospital mahu beritahu bahawa Mr X sudah mati. Lu datang hospital confirmed mayat dia OK?"

Kalau buat camtu, memang ada yang datang bawak parang ke hospital.

5 ulasan:

  1. hospital mana tu bro? Kulai ke?
    dulu masa saya di HSAJB tak pernah experience benda2 ni...maybe saya yg tak perasan

    BalasPadam
  2. Kulai,
    HSAJB,
    Muar,
    Klang,
    Banting,
    semua hospital sama aje keadaannya.

    BalasPadam
  3. taktau pun ada masalah mcm gini.. nanti saya tanya along saya dkt sepitak muar.. heheh

    BalasPadam
  4. first time saya dengar cerita macam ni
    tak pernah pulak ada pengalaman yg sama
    agaknya undertakers tu taknak kawan dgn saya kot
    ;)

    BalasPadam
  5. Salam Dr.

    Saya nak tanya, adakah hiv boleh berjangkit melalui losyen. dua minggu lepas satu saya terkena minyak panas, lepas tu Dr kat klinik sapu losyen (stick kayu tu mcm dah duduk dalam bekas losyen tu), so jika ada org lain pun dia apply krim guna benda yg sama, boleh kena hiv tak? saya nie buta medic skit

    BalasPadam