Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

31 Mac 2011

Anakku Keluar Asrama



Anak sulungku dah keluar daripada asrama.
Tak tahan.
Masuk hari minggu,
malam Rabu dah call kata pening dan sakit kepala.
Malam tu jugak balik rumah sampai hari minggu.
Petang Ahad aku cuba masukkan asrama semula.
Hari Selasa dia kata dah kemas barang dan nak balik rumah.
Hari Rabu dia officially keluar daripada asrama.
Sebab2nya?
Alasan2 biasa.
Bosan.
Sunyi.
Rindu.
Takda internet.
Makan tak sedap.
Tidur tak cukup.
Dan paling biasa,
barang2 banyak yang hilang.
T-shirt sekolah, t-shirt asrama, tracksuit, selipar.
Satu pengajaran buat dia.
Cakap orang tua tak nak dengar.
Dulu dia yang beriya2 nak duduk asrama.
Aku memang tak sokong sebab aku dah melaluinya.
Tetapi dia tak percaya.
Dia lebih percaya cakap kawan2 banding bapanya.
Belajar daripada pengalaman dan kesilapan.


5 ulasan:

  1. Hahaha...mana boleh celen duduk rumah kan bro:

    -ada internet
    -boleh layan PS2/PSP
    -ada ekon
    -makan best

    Tu belum kira kes ragging lagi tu

    BalasPadam
  2. hehehe
    hilang barang tu memang adat lah duduk kat asrama :))

    BalasPadam
  3. Kat asrama ni,
    takda ragging.
    Tapi undang2 longgar sangat.
    Wardennya buat tak kisah aje.
    Pukul 11 malam masih belum tutup lampu.
    Bilik bersepah pun, takda sapa kisah.

    BalasPadam
  4. Betul.
    Duduk asrama memang asyik hilang barang aje.
    Saya masih ingat.
    Balik daripada bandar beli sandal baru.
    Pakai untuk ke surau.
    Tak sempat nak tulis nama, dah hilang dah.
    Zaman tu duit memang susah nak dapat.
    Nak menangis pun tak guna...

    BalasPadam
  5. Nasi kawah memmmang tak sedap !!

    BalasPadam