Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Aku dan Maharaja Lawak

Anda peminat rancangan Maharaja Lawak?
Aku pernah cadang nak potong Astro Mustika tapi tak jadi.
Ini adalah sebabnya.
Walaupun AC Mizal Gelang tu membosankan,
Amir dan Jihan juga membosankan,
Kumpulan Balas dan Man juga membosankan,
dan banyak lawak2 bodoh, lucah, double meaning dan lawak tak jadi,
yang lain terutamanya Jozan dan Nabil masih boleh dimaafkan.
Jozan adalah peserta favorite aku.
Lawak2 mereka setiap minggu memang sentiasa ditunggu2.
Ada aje idea baru yang diketengahkan.
Masa minggu pertama, mereka kena kutuk habis dengan juri.
Masuk minggu kedua, ketiga dan keempat mereka memang pukul habis.
Lawak2 mereka cukup cerdik, mudah difahami, tiada kutuk-mengutuk,
tiada kata2 kesat dan juga kata2 lucah.
Mereka tak memaksa kita untuk ketawa.
Selepas minggu kelima,
aku confident sangat2 mereka akan menang.
Hanya Sepah dan Nabil yang menjadi saingan mereka.

Aku dan Nuffnang

Dah hampir setahun aku letak iklan Nuffnang kat blog ini.
Duitnya banyak tu jugak.
Tak gerak2.
Aku dah bengang dengan Nuffnang.
Setahun aku setia tapi tak dapat apa2.
Aku nak letak iklan daripada company lain pulak.
Tapi iklan yang senonoh aje.
Iklan2 nak bagi tahan lama, nak bagi keras, nak bagi lagi besar,
aku dah banned awal2.
Kang ada yang bertanya, mampus aku tak reti nak jawab.
Maaf ya kawan2,
aku letak iklan ekstra kat blog aku.
Mana tahu satu hari nanti boleh jadi jutawan dengan memblog sahaja?
Tak payah lagi nak menghadap manusia2 yang tak reti bahasa setiap hari.
Buat naikkan darah aku aje.


Aku dan Lelaki Lembut

Watak Yusuf Wilca yang semakin glamour mempopularkan semula golongan lelaki lembut.
Lelaki lembut lebih disukai dan diminati oleh semua golongan.
Lelaki, perempuan, tua, muda malah kanak-kanak.
Lelaki lembut menjadi penglipur lara di mana2 sahaja.
Bapuk, pondan, nyah, sotong, jambu antara gelarannya.
Di sekolah, mereka selalu menjadi bahan usikan.
Setiap kali ada pementasan atau acara atas pentas, merekalah yang naik dulu.
Bab2 menyanyi, menari dan bersolek merekalah juara.
Cuba tengok siri tv komedi Malaysia.
Kalau nak buat cerita lawak, suruh aje lelaki jadi lembut.
Imuda dan Apek antara contoh terbaik.



Kalau kat U pun sama juga.
Lelaki lembut lebih mudah menonjolkan diri.
Tapi isu baru mula timbul.
Lelaki lembut dikaitkan dengan sexual disorientation.
Ramai yang takut kerana lelaki lembut sentiasa dikait dengan kaum Lut.
Suka kepada benda2 songsang dan kotor.



Bila kerajaan negeri Terengganu mula mengumpul golongan ini,
dan menghantar mereka ke kem 'bina semangat',
ramai ya…

Aku dan Hentian Puduraya

Hentian Puduraya.
Dibuka pada tahun 1976 sebagai tempat perhentian untuk perjalanan jarak jauh.
Sepanjang 7 tahun aku di berkelana di Kuala Lumpur,
inilah tempat yang aku paling tak suka pergi.
Panas, sesak, bau karbon monoksida, ulat2 tiket, traffic-jammed, etc.
Kalau nak balik JB, inilah tempat tunggu basnya.
Kalau balik daripada JB, ini jugalah tempat perhentiannya.
Juga kalau nak tengok awek2 U lain yang cun2, sinilah tempatnya.
Kalau nak beli t-shirt, kasut,jeans atau mini kompo murah, sinilah tempatnya.
Namun sejak April 2011, Puduraya dah berubah wajah.
Dah berhawa dingin sepenuhnya.
Untung anak2ku nanti.
Penat lelah isi borang e-filing dan bayar income tax pada waktunya terbayar sudah.






Taxpayers’ money well spent on PudurayaMORE than 10 years ago, I wrote about the shortcomings and deficiencies at the Puduraya bus terminal. Among my complaints were the traffic snarls, air pollution, lack of security, flooding, ticket touts, unhygienic surroundings etc. Recently, I visited Puduraya and wa…

Aku dan Fernando Torres

Hari Isnin mood aku sangat bagus.
Balik daripada bercuti katakan.
Walaupun pesakitku ramai dan waiting time melebihi sejam,
aku still OK.
Mana2 yang nak scan baby untuk tengok jantina, aku layankan.
Mana2 yang nak MC, aku beri tanpa banyak bicara.
Mana2 yang nak buat dressing, aku buat dengan senang hati.
Mana2 yang nak cabut kuku, aku buat juga walaupun ramai lagi pesakit yang menunggu.
Mamat2 Bangla dan Nepal yang tak pandai cakap melayu pun aku layan.
Tapi malam tadi aku akhirnya hilang sabar.
Korang ingat insiden bapak patient yang ugut aku sebab tak dapat MC?
Ini bukan sambungannya.
Pukul 9.30 malam.
Seorang perempuan lewat 20-an.
Sebangsa dengan perempuan yang bapaknya ugut aku tu.
" Doc, I had Abdominal cramp this morning."
" I took my medicine and now relieved."
" I don't want medicine. I just need MC for this morning."
Pukul 9.55 malam.
Aku dah tak larat.
Perut dah lapar, mata pun dah mengantuk.
Seorang lelaki usia awal 50-an pulak datang.
Sebangsa dengan lelaki y…

Rumahku Syurgaku

Aku dan Laman Impiana

Dah beli majalah Laman Impiana yang terbaru?
Ada lagi gambar dan nama aku disebut dalam majalah tu.
Kali ini dalam rencana hiasan di luar pagar.
Aku suka betul kalau mereka eja nama aku dengan betul.
Tapi mereka kata laman luar rumah aku menghasilkan imej kasar dan tidak mesra tetamu.
Memang itu tujuan asalnya.
Menjauhkan tetamu yang tak diundang.
Luar rumah aku memang nampak semak dan berserabut.
Sekali pandang memang nampak seperti hutan simpan.
Aku tak kisah apa orang sekeliling nak kata.
Aku juga tak kisah majalah nak kata apa.
Yang penting aku kekal dengan identiti aku sendiri.
Yang penting aku selesa dengan keadaan rumahku.

Aku di Wet World Batu Pahat

Sebelum balik, aku singgah di Wet World Batu Pahat.
Kira2 10 minit aje daripada bandar.
Walaupun hujung minggu, suasananya lengang.
Masa masuk dah kena bayar parking 2 ringgit.
"Beberapa tempat termasuk gelongsur tak boleh main.
Sedang di ubah suai."
Itu kata adik kerani yang menjaga pintu masuk.
" 1 Mei nanti baru boleh main. "
Apa nak buat, dah sampai.
Nak tak nak kena masuk jugak.
Tapi harga tiketnya tetap sama.
RM15 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak2.









Seronok jugak main ombak di tengah suasana panas terik.
Dapat jugak melapangkan fikiran.
Juga menggelapkan kulit yang sememangnya dah gelap.
Wet World Batu Pahat dan kelebihannya;
Airnya bersih dan tak berbau klorin.
Persekitarannya pun bersih dan terjaga.
Bilik airnya pun sama.
Ada siaran radio SinarFM terus-menerus.
Cuma harga makanan di sini agak mahal.
Dan anda tak boleh bawa makanan masuk.
Jadi, kenyangkanlah perut dulu sebelum masuk.


Aku dan Nasi Baryani Gam

Ramai kata kalau sampai Batu Pahat kena rasa Nasi Briyaninya.
Antara tempat famous ialah di Benteng Peserai berdepan dengan Hospital Putra.
Ada beberapa gerai yang berniaga Nasi Briyani di sini.
4-5 gerai kalau tak silap.
Yang famous mungkin gerai No 13/14.
Briyani Mat Shah kalau ingatan aku betul.
Sebab orang berbaris panjang kat depan gerai dia.
Gerai2 yang lain pun ramai orang jugak.
Tapi taklah sampai berbaris pelanggannya.
Aku tak minat sangat nasi yang berwarna-warni sebenarnya.
Aku lebih suka nasi putih.
Jadi aku try Asam Pedas orang Batu Pahat.
Rasa masakan di sini sesuailah dengan harganya.
Namun Asam Pedas di Melaka lagi sedap rasanya.
Sebab ada ulam2an dan cencalok.
Ada satu kekurangan di sini.
Bau sampah daripada tempat buangan sampah sesekali datang menusuk hidung.
Boleh hilang selera dibuatnya.
Apa2pun,
Nasi Briyani Batu Pahat memang tak boleh lawan.


Aku ke Pantai Minyak Beku

Pagi hari Ahad di Batu Pahat.
Asalnya nak cari satay untuk sarapan pagi.
Aku dah jumpa gerainya.
Betul2 di sebelah Pasar Pagi Jln Ibrahim.
Gerainya kecil sahaja.
Tetapi ramai betul pelanggannya.
Aku tak jadi nak beli sebab harga satay dah naik 60 sen secucuk.
Juga tak berbaloi nak menunggu giliran.
Jadi aku terus ke Pantai Minyak Beku.
10km daripada bandar.
Apa ada di sana?
Tiada apa yang menarik.
Hanya ada Perigi Batu Pahat.
Perigi yang dipahat dicelah2 batu.
Disinilah Batu Pahat mendapat namanya.

Malam mingguku di Batu Pahat

Malam minggu.
Dinner bersama2 keluarga di Restoran Idaman.
Lauk kegemaran.
Masakan ala-Thai.
Suasana agak lengang.
Jadi servisnya pantas.
Makan di luar dah semakin mahal sekarang.
Sesekali bolehlah.


Bila dah kenyang, kena berjalan2 untuk membakar kalori.
Tak complete perjalanan di Batu Pahat kalau tak melihat monumen tangan memahat batu tu.
Ramai juga orang yang datang melepak2 kat sini.
Duduk sembang2, main bola dan berlari2an.
Ada juga gerai2 menjual barang2 perhiasan, makanan dan permainan di sini.
Pukul 11 malam pun masih lagi meriah.

Aku di Hotel Katerina Batu Pahat

Ini kali kedua aku menginap di hotel ini.
Kali pertama sekitar tahun 2002.
Masa tu aku masih kerja dengan kerajaan.
Kena jadi wakil pengarah hospital untuk attend seminar di Hospital Batu Pahat.
Rasanya hotel ni mula dibuka pada tahun 1998.
Tapi jadi famous bila ada orang buat video dari bilik hotel ini.
Lobby nya luas dan selesa.
Layanan receptionistnya bagus.
Lifnya lancar.
Tempat parkingnya senang.
WiFinya pantas.
Daripada tingkat 12, pemandangan bandar Batu Pahat cukup luas.
Tapi biliknya agak menghampakan.
Semuanya masih guna peralatan2 lama.
Cadar, langsir dan karpetnya dah pudar warna.
TVnya pun bukan jenis flatscreen atau LCD.
Kolam renangnya aku tak sempat nak try.
Menu sarapan paginya biasa2 sahaja.
Pekerja2 di sini semuanya berbangsa Melayu.
Yang kat depan semuanya warga senior.
Naik segan aku bila mereka asyik bukakkan pintu untuk aku.
Keseluruhannya aku beri 7/10.


Aku bercuti di Batu Pahat

Hujung minggu.
Bosan duduk rumah.
Kehidupan terlalu rutin.
Tension asyik buat perkara yang sama sahaja.
Tanpa perancangan awal.
Aku ke Batu Pahat.
Lari daripada kebosanan.
Buat dan lihat sesuatu yang berlainan.
Selamat berhujung minggu.

Aku dan Pesakit Hari Ini

Ini bukan selumbar biasa.
Ini kisah benar tapi sukar nak dipercaya.
Seorang lelaki berusia awal 40-an.
Pernah jatuh terduduk dan mengalami sakit belakang yang berpanjangan.
Bermacam2 ubat moden dan tradisional dicubanya.
Tetapi sakitnya hanya Allah Yang Maha Mengetahui.
Lalu dia pergi berubat dengan seorang hamba Allah di Batu Pahat.
Dia merawat dengan memasukkan duri nibung di sebelah kelengkang kaki kanannya.
Alhamdulilah sakitnya beransur hilang dan dia kembali sihat.
Dia diberitahu duri nibung itu akan keluar dengan sendirinya.
Setahun sudah berlalu.
Kaki kanannya mula sakit dan sengal2.
Kawasan duri nibung mula mengeras dan kejang.
Tok Bomoh yang memasukkannya menyuruh dia ke hospital.
Tapi dia segan nak ke hospital.
Dia tak tahu macamana nak cerita dengan doktor di hospital.
Lalu dia pun bercerita dan slow talk denganku.
Mula2 aku enggan nak buat tetapi mengenangkan kesungguhan dan penderitaannya,
aku pun sanggup melakukannya.
Tapi banyak syarat dan pantang larangnya aku berita…

Aku dan Anak2 Zaman Sekarang

Dunia dah berubah.
Kanak-kanak zaman sekarang terlalu mudah hidupnya.
Bangun pagi terus ke sekolah.
Sekadar buka pintu dan tutup pintu kereta sahaja.
Tak perlu berjalan jauh atau mengayuh basikal.
Di sekolah hanya duduk di kelas dan belajar.
Waktu Pendidikan Jasmani pun duduk dalam kelas sahaja.
Nak berpeluh main bola pun cikgu tak beri.
Itu bukan subjek teras untuk peperiksaan katanya.
Ibubapa pun sama.
Sibuk mintak surat sokongan supaya anak tak perlu berlari dan bersukan.
Semput, allergik dan ada sakit jantung kononnya.
Padahal sayangkan anak kena jemur tengah padang.
Waktu rehat makanannya sosej, keropok dan nasi lemak.
Langsung tiada sayuran dan buah2an.
Waktu balik, emak dah tunggu depan pintu gate.
Tinggal buka dan tutup pintu kereta sahaja.
Tak perlu berjalan ataupun mengayuh basikal.
Sebelum masuk kereta,
singgah dulu beli jajan2 dan aiskrim.
Juga Iceblended bermacam perasa.
Kat rumah, menghadap tv, game, PS2 dan komputer.
Nak main bola, tiada kawasan untuk bermain.
Nak ke pa…

Aku dan Pesakit Hari Ini

Pesakit #1:

Seorang pesakit berusia lewat 40-an.
Bekerja di kilang buat kabel lebih 15 tahun.
Kebelakangan ini hampir setiap bulan dia datang ke klinik aku.
Masalah yang sama iaitu sakit perut dan cirit-birit.
Tengok muka pun aku dah tahu masalah dia.
Mesti silap makan punya.
Sakitnya datang awal pagi bila dia sedang bersiap nak ke tempat kerja.
Selepas itu lebih 5 kali dia kena berulang ke tandas.
Kadang2 dalam perjalanan pun dia singgah ke stesen minyak untuk cari tandas.
Dia memang sakit.
Perutnya penuh dengan angin dan bowel soundnya hyperactive.
Dia dah puas berubat ke sana- sini.
Ramai yang kata dia pemalas dan malingerer.
Boss kat kilang pun dah label dia begitu.
Bila dia dah jemu berubat di klinik swasta, dia ke klinik kerajaan.
Bulan lepas, doktor buat OGDS kat dia.
Keputusannya NORMAL.
Doktor suruh buat ultrasound abdomen pulak.
Pun sama jugak, NORMAL.
Doktor kerajaan suruh dia berubat secara tradisional pulak.
Ada ke patut cakap camtu.
Kenapa dia tak buat Colonoscopy dan re…

Aku dan Lawatan Kerja Ke Sabah

Aku dan anak2 tak ke Sabah.
Wife dan kawan2 seofis yang pergi.
Lawatan kerja sambil melancong.
Hampir 4 hari di sana,
hanya 250 keping gambar yang diambilnya.
Itupun banyak yang boleh di delete.
Belum sempat nak bercerita.
Wife terus masuk ofis.
Ada interview lagi dengan pegawai daripada kementerian.