Aku dan Statistik

Aku dan Cerita-Cerita Lama:

Kata Carian

16 April 2011

Aku dan Diddy's Pizza



Ada satu kedai pizza di Taman Bersatu.
Setiap hari aku lalu depan kedai itu.
Tapi tak teringin langsung nak singgah.
Hari ini anak2 kelaparan macam biasa.
Nak masak dan kemas dapur terasa malas sangat.
Nak makan tomyam dah jemu.
Apa kata try makan pizza pulak?



Kedainya simple sahaja.
Selain pizza, ada lagi menu2 lain rupanya.
Western food ala Malaysia.
Steak ada, Fish & Chip pun ada.



Takpalah.
Hari ini kita try pizza take away dulu.
Lain kali boleh duduk dan makan kat situ.



Pizza Tuna small size. RM 10.00.



Pizza Pepperoni Ayam large size. RM 22.00.
Takda extra charged.
Takda government tax pelbagai.
Anak2 kata rasanya OK bila makan panas2.
Rotinya lembut dan toppingnya sedap.
Baca sini untuk keterangan lanjut mengenai Diddy's Pizza.
Orang Melayu Parit Raja yang punya.
Orang Jawa tak jual tempe lagi.
Orang Jawa jual pizza.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan